Macam Tu Ke Cara Berniaga….?

Dah beberapa hari berturut-turut aku jadi pengunjung tetap hentian bas MBKT. Ada sedikit urusan di sana. Sama ada menghantar kawan yang nak balik kampung ataupun belikan tiket untuk kawan yang nak balik kampung. Setiap kali lalu depan kaunter tiket yang tertentu akan ada orang yang tanya, nak beli tiket ke mana.

SetakatĀ  bertanya nak beli tiket ke mana tu tak apa la. Masalahnya, bila dah mula bertanya tu nanti. Mereka yang bertanya tu beria-ria sangat sampaikan mereka seolah-olah memaksa kita untuk beli tiket daripada mereka.

Suasana macam tu boleh menaikkan suhu badan sungguh. Jadi kita kena buat keputusan dengan bijak. Keputusan yang terbaik yang boleh diambil ialah dengan berlalu pergi tanpa mempedulikan mereka yang tengah SS a.k.a syok sendiri tu dengan dunia mereka sendiri.

Apalah salahnya bercakap elok-elok dan guna bahasa yang lembut sikit bila bercakap. Tak la sakit hati bila telinga mendengar. Ni bercakap macam nak paksa orang beli tiket, lepas tu pulak buat muka ketat. Macam tu ke cara berniaga?

Kawan aku kata bila beli tiket kat MBKT tu kena hati-hati sebab dia pernah terkena sekali. Dia nak beli tiket bas untuk balik ke Kota Bharu, Kelantan. Tapi akibat dari mereka-mereka yang SS kat atas tu, rupa-rupanya dia balik naik van aje ke Kelantan tu dan bukan naik bas. Harga mahal pulak tu…

Jadi buatlah pilihan yang bijak dengan membeli tiket bas dari syarikat bas yang bertauliah, berdaftar dan lagi berkredibiliti. icon smile Macam Tu Ke Cara Berniaga....?

Related posts:

  1. Bila Orang Macam Minta Disepak….

0 thoughts on “Macam Tu Ke Cara Berniaga….?

  1. Kalau sampai ja jalan duta, belum sempat kita sampai di kaunter, dah ada orang tunggu kat luar. “Abang nak pi mana abang, a.setar, penang..”

    Walaupun mereka ejen yang sah, tapi cara mereka itu kurang menyenangkan.

    Hmm…

  2. Haaa aku memang salu kena..siap kadang gigih nak pegang bahu..bajet nak jugak suruh kita beli kat dia..dah la dia mark up harga untuk dia balun skali..aku salu direct ke kaunter terus

  3. Di Hentian Putra pun sama keadaannya. Rasa terganggu sebab kita bukan nak beli dengan dia pun. Sibuk je nak tanya. Itu ulat tiket namanya. Berhati-hati, jangan tertipu.

  4. aku dah serik nak naik bas nih… tunggu dekat 2,3jam… hadoi…. dahla memang urgent… sabau jerla… kalau nak beli , better beli kat kaunter jerla…

    • betul gak tu… kalau beli tiket utk balik kampung boleh tahan lagi kalau terlewat… tp kalau ada benda urgent tu yg masalah tu lagi2 bila bas pulak lewat….

      apa-apa pun bila bas lewat… mmg sakit hati… jenuh nak menunggu bas sampai… xpun bila bas rosak tgh2 perjalanan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge