Masalah Yang Perlu Diselesaikan

Assalamualaikum.

Kebelakangan ni ada beberapa masalah telah berlaku yang melibatkan server. Aku sedang dalam proses untuk mencari penyelesaian terhadap semua masalah yang timbul. Backup untuk entri dan semua komen dalam blog ni dah buat. Incase kalau apa-apa hal berlaku.

Boleh menangis dibuatnya kalau semua entri yang dah tulis hilang macam tu saja. Kes macam ni selalu berlaku masa aku berblogging di blog aku yang terdahulu.

Penyelesaian terhadap masalah berikut diperlukan:

Masalah 1: Server down

Alhamdulillah masalah ni dah elesai. Pihak pembekal hosting juga katanya telah memindahkan datacenter lama ke datacenter yang baru. Harap-harap selepas ni blog ni akan dapat dikunjungi pada setiap masa.

Masalah 2: Akismet dan spam

akismet error sebelum Masalah Yang Perlu Diselesaikan

Error...

Semalam aku telah meletakkan blog ni dalam maintenance mode dengan harapan agar masalah akismet ni boleh diselesaikan selepas menginstall semula wordpress. Tapi nampaknya masalah berkaitan dengan akismet ni masih belum dapat diselesaikan lagi.

Aku baru saja hantar mesej ke blog website akismet untuk mendapatkan pertolongan dari pihak akismet pula.

Disebabkan plugin akismet bermasalah, setiap hari aku kena delete komen-komen spam yang masuk ke blog ni. Emel notification yang masuk ke inbox aku juga boleh tahan banyaknya. Jenuh pula nak delete emel tu.

Satu lagi, bila aku balas komen pengunjung, aku kena approve semula komen yang aku buat. Ada ke patut aku kena moderate komen aku sendiri. Antara penyebab kenapa aku tak balas komen-komen baru kat blog ni. (-_-’)

akismet error new Masalah Yang Perlu Diselesaikan

Akismet error

Masalah 3: Error lagi

Sekarang ni lepas reinstall wordpress baru aku perasan yang aku akan dapat error bila nak search plugin. Jadi tak boleh nak install plugin secara automatik. Dah submit support ticket pasal error ni. Harap mereka balas dengan cepat.

error bila search plugin Masalah Yang Perlu Diselesaikan

Error lagi...

Kesimpulannya, aku kena banyak-banyakkan bersabar lagi sementara menunggu semua masalah yang timbul dapat diselesaikan. Bila kita memerlukan penyelesaian dan bidang tu pula bukan bidang yang kita ketahui. Pertolongan dari pihak lain diperlukan.

Bila melibatkan pihak ketiga, sedikit sebanyak kena melayan kerenah mereka pula. Harap-harap pihak hosting boleh bersabar dengan aku sebab asyik hantar tiket ke support team mereka dan aku pula boleh bersabar sementara menunggu masalah aku diselesaikan.

Related posts:

  1. Aku Perlu Belajar Jadi Ketua…
  2. Kesan Apabila Hosting/Server Down?
  3. Celcom Tak Sezalim Yang Aku Sangka…
  4. Duit Adsense Aku yang Pertama

0 thoughts on “Masalah Yang Perlu Diselesaikan

    • gitu la harapnya…
      dari satu perspektif lain… blog kata…

      “Fahmi g buat assignment mu tu… bukan aku tak tau mu tak buat pun sketches dgn research utk subjek industrial design tu kan… dah… dah… g wat keje tu dulu…”

  1. Pingback: Kenapa Mesti Berbeza? | Aku Learn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge