Politik di Malaysia: Disebalik Video Skandal

Assalamualaikum, kebelakangan ni aku lihat cerita mengenai video skandal Anuar Ibrahim sedang hangat diperkatakan. Sibuk 1Malaysia membuat liputan mengenai video panas tersebut yang dihangatkan lagi oleh pelbagai media massa. Media elektronik mahupun media cetak, cerita ini terus hangat diperkatakan. Lagi-lagi pula pilihan raya Negeri Sarawak yang bakal berlangsung tak lama lagi dan ia bakal diikuti pula dengan pilihan raya umum ke 13.

berita video skandal anuar ibrahim Politik di Malaysia: Disebalik Video Skandal

berita video skandal anuar ibrahim

Cerita pendek dari versi panjangnya ialah beberapa orang pemimpin memiliki bahan lucah. Kemudian mereka bangun untuk membongkar sebuah kebenaran (memberitahu kepada kami rakyat) mengenai bahan lucah (video) tersebut. Video lucah tersebut pula di dalamnya menunjukkan rakaman aksi panas seseorang yang dikatakan seorang pemimpin yang lain.

Kami (rakyat) perlu bersikap positif kerana ia demi untuk membongkarkan sebuah kebenaran. Hukuman ke atas mereka (pemilik video lucah) adalah tidak adil kerana tindakan mereka adalah  untuk membongkar sebuah kebenaran. Video tersebut bukanlah bertujuan untuk diedarkan ataupun ditayangkan kepada pihak umum. Video itu hanya dipertontonkan kepada sekumpulan wartawan bertujuan untuk mencari sebuah kebenaran semata-mata.

Pelik aku dibuatnya, sibuk ditanyakan betul ke si polan tu betul-betul orang yang dalam video tu. Bagaimana pula dengan orang mendedahkan video tu? Bukan ke sekarang ni boleh dikatakan mereka memiliki dan menyimpan bahan lucah. Bahan lucah ini kemudiannya disebarkan kepada pihak tertentu untuk mengesahkan video tersebut. Kalau betul la si polan dalam video tu si polan yang dimaksudkan. Itu jelas menunjukkan beliau bukanlah seorang yang baik untuk dijadikan role model.

Memiliki bahan lucah tu satu hal. Bab membuka aib orang kepada umum itu satu hal. Setahu aku aku, tak baik dedahkan keaiban orang kepada umum. Bukan ke tak sopan namanya tu. Persoalan yang timbul di sini ialah:

  • Bagaimana mereka boleh memiliki video tersebut?
  • Siapa pula yang bertangungjawap menyebarkan (menyerahkan) video tersebut kepada mereka?

Jika memiliki bahan lucah merupakan satu kesalahan, selayaknya mereka dihukum.

Pelik-pelik… Bila la politik Malaysia ni nak matang agaknya. Berbelit-belit sungguh icon smile Politik di Malaysia: Disebalik Video Skandal

Wartawan bukan orang awam, mereka alien agaknya… icon wink Politik di Malaysia: Disebalik Video Skandal

Peruntukan Akta Penapisan Filem 2002: Seksyen 5

Tiada seorang pun boleh:

  1. Ada atau menyebabkan dirinya ada dalam milikan, jagaan, kawalan atau pemunyaannya; atau
  2. Menyebarkan, menayangkan, mengedarkan, mempamerkan, membuat, mengeluar, menjual atau menyewakan apa-apa filem atau bahan publisiti filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam

Hukuman

Seksyen 5(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

sumber:

27/3/2011 – http://www.moha.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=156&Itemid=682&lang=ms

Related posts:

  1. Warna-Warni Politik Di Malaysia
  2. Politik di Malaysia…

0 thoughts on “Politik di Malaysia: Disebalik Video Skandal

  1. ala..ni la bila undang2 Allah tak diguna pakai..undang2 manusia bole diubah2 ikot suka saja..kalau guna undang2 Allah sesiapapun tidak akan terlepas..politik semakin kotor..tak tahu pihak mana yg benar sebab 2,2 pihak ada agenda sendiri.

    aku amat berharap adanya pemimpin seperti muhammad alfateh.tetapi itu sukar untuk terjadi kerana pemimpin yg ada skarang tidak ada ciri2 mcm dia..pemimpin yg boleh memimpin rakyat dan tentera menjadi org yag taat kepada allah..

    • tak ramai pemimpin yg betul2 ikhlas nak jadi pemimpin… kalau adapun mungkin kena tekan dgn puak2 tertentu…
      betul gak kata kau tu… politik semakin kotor… bila la agaknya perubahan boleh dilihat…

  2. Salam akulern,
    Saya susah nak percaya berita2 yang seumpamanya spti ini. Dari dulu sampai sekarang, xde satu bukti sahih pun yg menunjukkan si polan dgn kesalahan2nya.
    Tambahan musim2 PR di Sarawak dan juga PRU yg dengarnya akan di adakan tak lama lagi.
    mekar recently posted..Hukum menyebut Ooo! MG OMGMy Profile

    • betul gak tu… nak dekat pru nie macam2 kes keluar… kita rakyat ni plak kena cari pelbagai sumber bacaan… bukan berita dari sebelah pihak jek…kalau tak kita boleh tertipu…

  3. semakin ponin dengan dunia politik malaysia… bila tersebar crita meluas camni.. paling tak best budak2 kecik dah pandai search term “seks” kat internet..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge