Hai Teman… Aku Sentiasa Ada Di Sini…

Assalamualaikum. Antara hobi aku ialah menyakat kawan-kawan perempuan. Biasanya setiap hari dalam kelas, habis satu kelas aku merayap tengok apa kerja yang kawan-kawan sekelas aku buat. Kebiasaannya… meja aweks-aweks kawan-kawan perempuan la yang aku selalu kunjungi.

Jalan-jalan saja. Lebih kurang mengeratkan ikatan percintaan persahabatan… Datang-datang tanya apa kerja yang mereka tengah buat. Siapa yang aku gemar sakat tu… aku duduk melepak kat sana lama-lama sikit. Seronok menyakat kawan-kawan ni. Harap-harap aku tak melampaui batas-batas kesabaran mereka.

Selain tu, aku juga suka duduk memerhatikan riak muka dan reaksi kawan-kawan. Biasanya kita memang akan dapat tengok muka kawan-kawan yang cerianya lebih dari biasa. Ya, memang setiap hari pun muka mereka ceria, tapi kadang-kadang… Muka mereka ni akan lebih berseri dari biasa.

Tapi kadang-kadang dapat juga perhatikan muka mereka agak sugul. Tak berapa nak berseri. Rupa pun dah macam kucing hilang anak. Kucing hilang anak tu okey lagi sebab kucing comel, kalau kucing marah pun still comel lagi. Tapi bila muka orang tak ceria… Boleh kata muka minta penyepak… Aku tak tau nak kata apa…

Teman Bercakap

Aku suka bercakap tapi bila masalah datang… Kadang-kadang tu sugul juga muka. Kalau ada tempat dan teman untuk bercakap mesti best. Sepanjang aku dekat UniSZA ni ada juga teman untuk bersembang. Tapi bersembang tu pun ada level-level tertentu. Bezanya, dengan teman-teman yang tertentu, aku cakap dengan lebih terbuka.

Dengan teman yang itu, mungkin sekadar cakap… “erm… saya tengah sedih… gadis yang saya suka… sudah berpunya…” Dengan teman yang ini, aku akan cakap detail sikit… “erm… aku tengah sedih… ___ tu dah berpunya…” Hehe… ni ayat contoh saja tahu. Rekaan semata-mata. Kisah ini mungkin ada kena-mengena dengan insan yang masih hidup dan akan mati jua suatu hari nanti.

Ada juga kawan yang aku langsung tak cerita pasal cerita-cerita peribadi ni. icon smile Hai Teman... Aku Sentiasa Ada Di Sini...

Hai teman… Aku sentiasa ada di sini…

Penutup bicara, aku sangat gembira untuk berbicara dengan teman-teman aku. Kerana kamu juga membuatkan aku mampu untuk terus mengukirkan senyuman dalam menghadapi hari-hari yang mencabar. Kerana itu, aku bersyukur bertemu dan berkenalan dengan mu.

Di kala kamu menghadapi masalah. Ingatlah, aku sentiasa ada di sini. Aku sedia untuk mendengar mengenai apa yang kamu ingin bicarakan. Aku berharap agar kau akan gembira setiap masa dan segala apa yang kau hajati akan diperolehi.

Erm, suka tak semestinya memiliki. icon smile Hai Teman... Aku Sentiasa Ada Di Sini...

Layanlah orang lain seperti mana kamu ingin dilayani.

Cerita ringkas dari entri yang panjang ni ialah… Aku suka bila ada kawan-kawan aku sudi berbicara dengan aku. Tak kisah la pasal pelajaran ke, or cerita lain-lain. icon smile Hai Teman... Aku Sentiasa Ada Di Sini...

Related posts:

  1. Selamat Hari Lahir Teman…

0 thoughts on “Hai Teman… Aku Sentiasa Ada Di Sini…

    • yup, pakai twentyten… tengah cari theme lain yg font dia senang nak baca… buat sementara ni pakai yg ni je kot… :-)

      aku pun kadang2 teringat kat kawan2 lama… teringat kenangan lama2 lak… :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge