Jangan Kahwini Wanita Negeri Sembilan?

“Jangan kahwini wanita Negeri Sembilan!” Pernah tak dengar sesiapa yang berkata begitu? Kata-kata itu mungkin agak keras untuk dilafazkan kerana terang-terangan ditujukan kepada wanita Negeri Sembilan. Realitinya ia berlaku di dalam masyarakat Melayu Islam kita. Mereka terang-terangan meluahkan kata-kata tersebut walaupun sebenarnya mereka tak mengetahui perkara yang sebenarnya.

Mungkin mereka terdengar kata-kata kawan mereka. Mungkin juga mak dan ayah mereka awal-awal lagi telah berpesan begitu kepada mereka. Jangan kahwini wanita Negeri Sembilan, bukan kerana ciri-ciri yang dimiliki oleh wanita tersebut tetapi hanya kerana mereka wanita yang berasal dari Negeri Sembilan. Akibatnya, ramai  juga dikalangan lelaki yang takut untuk menikahi wanita Negeri Sembilan akibat dari salah faham ini.

Salah Faham Mengenai Adat Perpatih

Bila tak diterangkan tentang isu tersebut mereka tak faham, bila dah diterangkan pun masih tak faham. Habis tu nak terangkan macam mana je lagi ya? Cecite… cecite… Aku tak adalah arif sangat pasal adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan ni, jadi kena membaca lebih sedikit mengenai adat Perpatih ni. Jadi kena membaca sikit. Ayat kopi pasta dari Wikipedia mengenai Adat Perpatih.

Selalu menjadi topik perdebatan hangat mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat.

Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih. Maksudnya, seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa pun, dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup.

Jika dia pulang ke kampungnya dia sudah ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup (survival). Akan harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja).

Salah faham terhadap perempuan Negeri Sembilan boleh dikatakan agak meluas. Pernah kawan aku berkata bahawa dia tak akan berkahwin dengan perempuan Negeri Sembilan. Lagi menarik, katanya mak dia yang pesan macam tu. Lebih kurang maksudnya, kalau berkahwin dengan perempuan Negeri Sembilan habis nanti harta kena kikis. Nanti kalau bercerai, habis tinggal sehelai sepinggang. Ada ke patut…

Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga“. Cuba fahamkan ayat tersebut. Kalau seorang lelaki menikahi perempuan Negeri Sembilan, buat apa dia nak sentuh atau ambil harta pusaka sebelah isteri beliau? Itu bukan hak beliau pun. Amboi, kalau dah datang sehelai sepinggang tak kan nak ambil hak atau harta isteri jika berlaku perceraian kot? Itukan tanah adat keluarga sebelah isteri… harta pusaka yang dah sedia ada sebelum lelaki tersebut menikahi isterinya lagi…

Isu adat perpatih adalah berkaitan dengan tanah adat iaitu tanah pusaka yang diturunkan kepada saudara sebelah perempuan. Ianya tidak berkaitan dengan harta sepencarian.

Tak ada sebab untuk takut mengahwini perempuan Negeri Sembilan. Kalau dah memang orang tu tamakkan harta dan suka mengambil hak orang lain tak kiralah mereka tu orang Negeri Sembilan ke, Melaka ke, Tengganu ke, Kelantan ke, atau dari negeri manapun, lelaki atau wanita, tak mustahil hak orang lain pun kalau boleh nak mereka ambil. Jadi tak perlu nak prejudis kepada mana-mana warga negeri lain dan bangsa lain.

Pandangan dan kenyataan yang berunsur negatif ini secara tidak langsung telah menyebabkan timbulnya perasaan negatif dikalangan ahli masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Cukuplah dengan masalah yang ditinggalkan oleh penjajah dulu yang kian tak sudah. Tak perlu ditambah dengan masalah lain lagi. Marilah bersama-sama membina masyarakat Malaysia yang bersatu-padu.

Prejudis ialah pandangan negatif yang tersemat di dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tidak dinyatakan atau diluahkan secara terbuka. Pandangan itu pula lazimnya tidak bersandarkan maklumat tepat. Apabila prejudis disuarakan, prejudis akan menjadi stereotaip.

Stereotaip ialah kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik. Dengan kata lain, stereotaip merupakan gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik oleh etnik yang lain.

Prejudiskah kamu? Ataupun stereotaipkah kamu? icon smile Jangan Kahwini Wanita Negeri Sembilan?

Pernah tulis pasal isu ni dulu kat blog lama. Aku tulis semula kat blog ni icon wink Jangan Kahwini Wanita Negeri Sembilan?

No related posts.

0 thoughts on “Jangan Kahwini Wanita Negeri Sembilan?

      • ha..tapi loghat dia mmg bestkan..suri klu ckp rasa tak mau bhnti jer…

        skrg mmg rindu nak cakp lighat tu,,dlu study ada jer kwn satu bilik melayan karenah suri hee..skrg dah dok ipoh lgi pekat pula bahasa dema susuh kekedang nak paha huuu

    • hehe… nak kahwin ikut sunnah pun sekarang ni dah susah… faham2 je la… umumnya kat Malaysia nie… adat tu diutamakan lebih dari yg sepatutnya…

      rukun nikah tu simple jek… adatnya tu yg leceh… penat mengantin dibuatnya… :-D

  1. saye rase patut tukar topik sebenarnye….bukan nya “Jangan Kahwini perempuan Negeri Sembilan”tapi,”Jangan Kahwini Perempuan Kelantan”!!!!

  2. aku prmpn n9 tp hampir semua lelaki setiap negeri pernah suka aku..ape cer..?segelintir je kot..ade aku kesah ko suka x suka prmpn n9..? =P

  3. yg org cakap kalau bercerai nanti tinggal sehelai sepinggang tu pun nak melindungi perempuan..maksudnya, dah kahwin elok2 jgn la sampai bercerai-berai..bknnya bermaksud prmpuan n9 nak kikis harta lelaki..sebab ada je lelaki yg x kaya tp kahwin dgn prmpuan n9 yg berharta..so, x logik la klu prmpuan nak kikis duit lelaki..lgpn, kalau prmpuan yg dpt tanah pusaka, silap2 laki dia yg mnumpang duduk atas tanah pusaka tu..
    loghat nogoghi ni best..tp kasar sikit..janji jujur n x plastik..

  4. Dulu masa belum kawin aku selalu ckp, jgn selalu buruk sangka. Berfikiran positif, tapi sejak dua menjak dah beripar duai ni macam-2 perangai biras yang aku ada. orang johor, penang, melaka, kelantan, kedah, 1 malaysia gitu. Semua kepala gila-2 yang hawau biras nogori gak. Dulu aku bukan main baking orang nogori ni, mcm le laki aku tu orang nogori, hehehe…., Rata-rata mana member-2 aku ckp pasal org nogori tu mcm betul je. Ontah le memang dah takdir kot dpt orang nogori yg hawauuuuuuu. heheheeee. Jgn mrh org nogori. Sehinnga aku search dlm internet psl adat nogori ni. Bkn adat tu yg salah tapi segelintir manusia yg memang tamak haloba memburukkan nama nogori 9 tu. Sedar-2 lah wahai manusia jgn awak yg 2-3 kerat buat perangai habis 1 negeri 9 dpt nama busyukkkkkkkk. Sabar aje la …..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge