Mohonlah Supaya Ditenangkan Hati…

Tadi (12/4/2011) selepas solat Isyak dan solat sunat hajat para jemaah dihidangkan dengan jamuan ringan. Makan pun biasa-biasa je. Cukuplah untuk isi perut aku yang lapar dan boleh jugak jimatkan duit belanja untuk satu malam. Lagi-lagi pulak, hujung-hujung semester ni, aku sangat-sangat memerlukan wang lebih untuk buat belanja siapkan model untuk subjek DIS3055 Industrial Design 1.

Berbalik pada cerita asal, seorang kenalan aku ada menegur aku. Katanya muka aku kelihatannya seperti sedang menghadapi masalah. Aku pun jawap la, tak ada masalah pun. Cuma projek aku untuk satu subjek yang aku ambil tak berapa nak berjalan.

Kemudian, kenalan aku tu pun menasihatkan aku supaya sentiasa berdoa agar dikurniakan ketenangan hati oleh Allah swt dan dapat menyiapkan tugasan yang diberikan sehingga selesai. Katanya, dalam hidup hidup ni kita akan sentiasa diuji dengan dugaan. Seronok bila dengar nasihat tu.

Sebelum solat Isyak tadi juga ada kuliah Maghrib. Aku tak dengar semua sebab datang pukul 8 malam lepas solat Maghrib kat bilik. Dalam kuliah tu penceramah ada bercerita dan menasihatkan jemaah supaya sentiasa muhasabah diri selalu. Katanya, cuba cari masa untuk muhasabah diri. Seeloknya cuba cari kawan yang jujur yang boleh memberitahu kesilapan yang kita lakukan.

No related posts.

0 thoughts on “Mohonlah Supaya Ditenangkan Hati…

  1. cari la kawan yang betul2 memahami kita di kala susah dan senang.. ada setengah kawan time seronok nak seronok sama2.. tapi bila ditimpa masalah di terus menghilang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge