Kalau ikutkan aku dah pun merdeka kecil sejak dari 11 Mei 2011 yang lalu. Pada tarikh keramat itulah buat pertama kalinya aku ada assessment untuk subjek Industrial Design 1 yang aku ambil. Umumnya… kata pensyarah aku… beliau sangat kecewa dengan prestasi yang ditunjukkan oleh rakan sekuliah aku… yang mana termasuklah aku…
Aku dapat rasakan aku adalah diantara mereka-mereka yang telah berjaya menarik perhatian pensyarah dengan prestasi yang agak buruk. Boleh dikatakan tergolong dalam golongan yang tak sedar diri la kot… Syok sendiri tak bertempat… Ego yang tak kurang hebat… dan lain-lain lagi…
Serius… Bila pensyarah aku meluahkan kekecewaan beliau… Aku sangat-sangatlah terasa… Sebab prestasi aku untuk subjek yang beliau ajar tu… Sangat-sangat tak memuaskan. Kalau aku sendiri pun tak puas hati dengan hasil kerja separuh siap tu… Pensyarah aku tu apatah lagi…
Mungkin kali terakhir aku buat macam tu… Lepas ni dah tak nak buat lagi… Tak seronok buat pensyarah kecewa macam tu…
Balik Kampung…
Esok hari Jumaat, 20 Mei 2011, aku akan bergerak pulang ke Serting. Budget sampai dalam tengah hari kat rumah tu nanti. Cadangnya esok nak gerak dari UniSZA ni pukul 4 atau 5 pagi. Sampai Kuantan dalam pukul 7 atau 8 pagi terus pergi Kolej Polytech Mara Kuantan untuk jemput adik aku pulak. Dia habis exam hari ni… 19 Mei 2011.
Rumah mak aku kat Serting tu dah tak ada internet. Mak aku dah potong sebab tak ada orang yang pakai. Biasanya tiap kali aku atau adik-adik aku balik bercuti baru ada orang pakai. Tiap-tiap bulan boleh dikatakan sedekah free-free je RM60 kat Telekom tu…
Mungkin ini kali terakhir aku update blog untuk kali ini. Kalau tak mungkin awal bulan September nanti baru aku update semula…
Sem 5 nanti… aku nak cuba jadi seorang yang pendiam pulak. Nanti boleh lihat reaksi orang lebih sikit kot… sebab kurang masa untuk bercakap… lebih masa untuk memerhatikan gelagat dan tingkat laku orang.
Related posts:
lama x updet blog hehe
oh anggp tu sbg satu pnglaman hidup ok..pas ni wt pnsyarah bangga dgn kamu sume..
kdg2 kte diberi ujian supaya kte x sntiasa leka dgn ksronokan dunia
boleh ke org yg bnyk ckp jd pndiam tbe2..nt sume org plik hehe
btw slmt bcuti ..cri idea bnyk2 tuk next sem
boleh je kot… diam je…. ada cakap dengan sorang kawan… nnt dia kata… nnt kawan2 ingat lepas cuti saya jadi bisu lak… haha… tgk la cam ne nanti…
Rasanya eloklah dulu offline seketika. Pengajian itu penting untuk menentukan kedudukan yang baik didalam kerjaya nanti
akubiomed recently posted..Masih adakah hari esok untuk aku
hehe….. mungkin akan offline lama jugak kot… sekarang nie balik kampung baru ada internet…
Pensyarah kecik ati tu…
erm… mungkin gak la kot… sem depan usaha supaya pensyarah saya gembira…
Offline la dulu.. Pulihkan keadaan… Pensyarah pun ibarat ibu bapa.. Memberi harapan yang tinggi untuk anak buah.. Tapi bila keadaan sebaliknya, mestilah diorg terasa…

Jai recently posted..Maharaja Lawak Minggu Ke 11 Serbu Nak Dapatkan Pas Masuk Percuma
salah satu sbb knp boleh terasa hati bila lecturer kata dia kecewa ialah sbb bila dia menegur tu… anggap macam ayah tegur anak…
habis selepas projek.
apa nak tunggu lagi.balik kampung la.
kalau ikutkan aritu mmg nak balik awal… tp kena tunggu adik aku abis exam kat kuantan tu… kalau tak nnt nk kena jemput dia balik… dh keje 2x…. jimat masa hidup 6 jam…
haa ada yang tak kena tu cuba teliti betul2 mana yag baik harus d buat yg tak baik jagn di amalkan lagi huu..
biasanya… saya tangguhkan kerja… buat lambat… tp sem lepas… saya tangguhkan kerja… buat betul2 lambat… selain dari asyik duduk layan blog aje… tu antara komen kawan rapat yg saya tanya…
balik kg take time heee…moga ada ruang utk d perbetulkan sebelum sem baru bermula
insyaallah sem depan akan diimprovekan lagi…