Kalau Dah Haram Tu… Haram La Jugak…

Kisah ni tak ada kena mengena dengan babi. Babi memang tak bersalah dalam bab ni. Jangan nak salahkan binatang pulak atas perangai manusia yang agak kebinatangan. Manusia <— tak sama dengan binatang.

Bersih 2 Kalau Dah Haram Tu... Haram La Jugak...

Bersih 2.0

Kisah ni ada kena-mengena dengan perhimpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai 2011 nanti. Kena juga terima kenyataan Bersih 2.0 tak mungkin halal lagi sebab jelas terang lagi bersuluh media massa semua kata Bersih 2.0 tu perhimpunan haram.

Bila tengok berita pun boleh tahan jugalah sakit hati. Berita hentam-menghentam yang jelas nak menjatuhkan pembangkang dan mengangkat kerajaan. Bak kata orang macam tengah bodek kerajaan.

Seronok agaknya menghentam satu-satu pihak tanpa pihak yang dihentam membela diri. Seriusly, moga-moga nanti pilihan raya umum ke-13 nanti akan membawa sinar perubahan kepada Malaysia ni.

Alasan Bersih 2.0 Tak Perlu Diadakan

Ada saja alasan kenapa perhimpunan tersebut sangat-sangatlah diharamkan. Antaranya nanti jalan raya sesak. KL tu dah memang sesak sentiasa, nanti kalau ramai-ramai berarak kat sana bertambah sesak la KL tu.

Pulak tu nanti, dengar-dengar dan baca-baca pendapat orang lain. Ada yang cerita pasal sampah. Kesan perhimpunan tu nanti mesti banyak sampah yang akan bertaburan di sepanjang laluan.

Kenapa ada yang cakap begitu? Sebab salah satu dari sikap murni rakyat Malaysia ni ialah gemar memastikan pihak majlis bandaran sentiasa mempunyai kerja untuk dilakukan. Ye la katanya nanti kalau tak ada kerja makan gaji buta pulak.

Bersih 2.0 juga dikhuatiri akan menjelaskan sektor pelancongan negara. Ini sekaligus akan mengurangkan pendapatan negara kerana pelancong akan menjadi takut untuk melawat Malaysia.

Bersih 2.0 boleh menjatuhkan nama baik Malaysia. Bukan senang Malaysia ni nak membina kredibiti dan dikenali dimata dunia. Bersih 2.0 boleh merosakkan nama baik Malaysia.

Dikhuatiri juga Bersih 2.0 boleh bertukar menjadi ganas apabila berlaku provokasi oleh pihak yang tertentu. Hal ini akan menjadi bahan bualan media asing yang mungkin membuat liputan di sana nanti. Dikhuatiri juga aksi rakyat Malaysia yang sedang “berhemah” itu tersebar di pelusuk dunia.

Alternatif Lain?

Aku tengok kat berita tu… Tak ada pun berita yang positif pasal bersih ni… Siap bagi amaran lagi ada la… Jangan sertai Bersih… Kalau tak Siap kau nanti… Kalau tak caya pergi la Bersih tu… Bersih kau aku kerjakan nanti…

Lepas aku translate masuk kepala aku… lebih kurang gitu la bunyinya…

Mungkin alternatif lain diperlukan bagi menyampaikan suara rakyat yang kian tenggelam. Nak buat perhimpunan tu bukan tak boleh. Tapi mungkin kena tukar strategi sikit. Kalau dia tak kasi berarak… Tak payahlah berarak… Perhimpunan tu boleh la kot buat kat stadium.

Lepas tu ada pihak lain yang bawa memorandum tu dari stadium ke pihak yang sepatutnya. Mesej yang mungkin boleh disampaikan… Lihat kami rakyat yang beribu-ribu lemon ni berhimpun di sini bagi menyokong apa-apa usaha yang diusulkan di sini.

Kalau Perhimpunan Sejuta Belia boleh buat, tak kan perhimpunan yang lebih kurang sama tak boleh buat kot. Mana tahu boleh panggil Pesta Bersih 3.0… siap ada jual-jual dengan funfair lagi…

Nanti tak ada la pihak bagi alasan Bersih 3.0 boleh merencatkan ekonomi negara… Nanti boleh jawap… Cakap fikir-fikir dulu ya… icon biggrin Kalau Dah Haram Tu... Haram La Jugak...

Baju Bersih itu haram… Kalau pakai atau jual… Boleh kena tangkap… Mungkin nanti Malaysia akan menghadapi phobia dengan perkataan “Bersih” dan warna “Kuning”.

Tak decide lagi nak pergi ke tak perhimpunan Bersih tu nanti. Nak pergi perlukan duit… Aku pun sedang memerlukan duit…

Related posts:

  1. Perhimpunan Rakyat dan Kuasanya
  2. Kalau Dah Minat…

0 thoughts on “Kalau Dah Haram Tu… Haram La Jugak…

  1. komen 1:
    kalau bab kerajaan, apa2 pun tentang pembangkang semua HARAM.

    komen 2:
    kenapa Bersih HARAM? antara sebab-sebanya seperti berikut;

    a) Bersihkan senarai undi
    • Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
    = mane boleh weh! hantu takde macam mane nak MENANG

    b) Akses media yang bebas dan adil
    • RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
    • Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
    • Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
    = ape keADILan-keadilan? mane maen adil-adil ni. TAK LOGIK! dunia ni tak ada keadilan. yang ada parti keADILan je.

    c)Hentikan politik kotor
    BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.
    = hisshh pembangkang ni pun satu. bagi tuntutan yang susah2… cube la bagi yang BEST2 sikit… KOTOR people always think KOTOR, and for sure hate BERSIH.

    komen 3:
    tidak lama lagi (Dewan Pusat Buku) DPB akan mengeluarkan perkataan ‘BERSIH’ dari kamus.

    • hehe… kerajaan tgh sibuk nak melarang… xde tanda2 nak bagi kerjasama tolong lancarkan pergerakan perhimpunan tu nanti pun…

      dalam berita… terang2 ada unsur ugutan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge