Operation Malaysia – Apa Yang Kita Belajar?

Operation Malaysia aka operasi malaysia Operation Malaysia   Apa Yang Kita Belajar?

Operation Malaysia aka operasi Malaysia

Assalamualaikum, apa khabar dengan perkembangan terkini korang semua ya? Aku kat rumah ni sihat-sihat la sangat. Tambah pulak ada internet ni kan… Ku sangka hujan hingga ke petang rupanya panas di tengah hari… Habis rosak Bahasa Melayu aku kerjakan…

Sebenarnya aku adalah diantara ribuan atau mungkin jutaan rakyat Malaysia yang tak berpuas hati dengan keputusan kerajaan yang telah menyekat 10 laman sharing site. Bukan aku guna semuanya pun… Tapi masih menyusahkan kerja-kerja nak mendownload. Bak kata orang… Internet tu berbayar la derrrr… bukan kerajaan bagi percuma…

Mananya aku tak puas hati? Aku guna internet bukan untuk main FB ni semata-mata. Segila-gila aku main poker kat FB tu pun aku tetap juga buka website lain dan mendownload movie atau anime tu antara aktiviti yang kerap aku buat. Tak ke kurang kerja namanya tu kalau langgan internet mahal-mahal untuk main Facebook je…

web 1pengguna tak selamat Operation Malaysia   Apa Yang Kita Belajar?

Lepas kerajaan umum sekatan ke atas 10 lawan web tu pulak. Tiba-tiba heboh 1 Malaysia pasal hacker pulak. Aku teringin juga belajar hack-hack nie… tapi apakan daya hajat tak kesampaian. Secara tiba-tiba juga aku mengenai 2 nama nie… Anonymous dengan Dragon Force.

Dengar cerita 2 kumpulan hacker ni nak hack web kerajaan. Aku dengan hati lagi gembira mendengar berita tu. Sakit hati tadi tu terubat la sekejap. Malam serangan dilancarkan, aku seronok tengok web-web yang dihack satu demi satu.

Ramai tak puas hati dengan keputusan kerajaan sekat 10 web yang disekat tu. Dari sekat 10 sharing site tu… Baik kerajaan sekat 100 ke 1000 ke or 100 000 web lucah. Lagi baik lagi berfaedah. Ni tidak nak masuk laman web lucah tu lagi senang senang. Sekarang kalau nak download tutorial dari sharing site bertambah susah.

Selain tu, boleh dikatakan laman web kerajaan Malaysia ni tak selamat la kot. Senang-senang je kena godam dek hacker. Apa guna kerajaan belanja ribu-ribu atau mungkin juta-juta bina web kerajaan tapi tak selamat.

hehe… Sebenarnya ada baca pasal benda ni kat blog yang pro-pembangkang… Aku rasa lately ni aku dah jadi pembangkang tegar dah…

Dengar-dengar kerajaan belanja juta-juta promosi web kerajaan kat Facebook. Menarik…

Dengar-dengar juga, kerajaan belanja juta-juta jugak untuk bina website 1pengguna yang mana sebelum ini dilaporkan boleh diancam keselamatannya. Menarik…

Bila PRU13 nak berlangsung ni… Aku tengah cuti-cuti ni la patutnya buat pilihan raya. Baru la mahasiswa/wi yang bercuti boleh keluar mengundi dengan senang hati…

Ada baca pasal cara nak unblock web yang diblock SKMM tu… tapi tak rajin nak buat… icon biggrin Operation Malaysia   Apa Yang Kita Belajar?

Related posts:

  1. Ingat Kepada Orang Yang Tersayang…
  2. Warna-Warni Politik Di Malaysia
  3. Malaysia Menang Ke…?
  4. Kadang-Kala Kita Lupa Bahawa….
  5. Politik di Malaysia…

0 thoughts on “Operation Malaysia – Apa Yang Kita Belajar?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge