Perhimpunan Rakyat dan Kuasanya

Bersih 2 Perhimpunan Rakyat dan Kuasanya

Bersih 2.0

Assalamualaikum, kebelakangan ni negara kita ni kecoh dengan isu perhimpunan “Bersih 2.0″ yang bakal berlangsung pada 9 Julai 2011 nanti. Pandangan dari pelbagai pihak boleh kita dengar. Dah tentu di media utama Malaysia majoritinya menolak sama sekali perhimpunan tersebut.

Perhimpunan rakyat ini sangatlah hebat. Dalam sejarah Malaysia sendiri kita dapat lihat apabila British mengisytiharkan penubuhan Malayan Union. Orang Melayu pada masa itu telah bangkit menentang penubuhan Malayan Union yang dilihat boleh menggugat kedudukan orang Melayu di negeri sendiri.

Seperti mana yang berlaku di Mesir, kita juga dapat melihat betapa hebatnya kuasa perhimpunan rakyat. Rakyat Mesir telah bangkit setelah sekian lama hidup mereka dihimpit. Akibat dari perhimpunan tersebut presiden Mesir  Husni Mubarak telah mengundur diri.

Ada yang kita dapat lihat di sini ialah perhimpunan rakyat secara besar-besaran boleh mengubah nasib sesebuah kerajaan. Kebangkitan rakyat akibat dari ketidakadilan dan tekanan hidup boleh memberikan kesan yang positif dan negatif.

Jadi amatlah tidak pelik sekiranya sesuatu kerajaan takut akan perhimpunan rakyat yang berlangsung secara-besaran.

Dikala berlakunya berhimpunan secara besar-besaran ini, ia juga boleh bertukar menjadi huru-hara sekiranya berlaku provokasi oleh pihak tertentu. Oleh itu sekiranya berlaku perhimpunan rakyat secara besar-besaran pihak yang berkenaan harus berusaha memastikan ia berlangsung secara aman.

Perhimpunan rakyat dengan demonstrasi boleh merujuk kepada situasi yang sama tak?

Perhimpunan Bersih 2.0 tu akan tetap jadi perhimpunan haram walaupun sekiranya permohonan untuk membuat perhimpunan tersebut ditolak.

Aku terpelik la pulak bila dengar ada juga pihak lain nak buat perhimpunan lain pada hari yang sama. Jadinya nanti itu perhimpunan haram jugak la yek?

Kiranya betul la yek ayat ni… “Kuasa rakyat, kuasa keramat” icon smile Perhimpunan Rakyat dan Kuasanya

Related posts:

  1. Pendidikan Percuma Untuk Rakyat….

0 thoughts on “Perhimpunan Rakyat dan Kuasanya

  1. memang HARAM kalau rakyat yang buat
    kalau BN buat kompem HALALAN THOYYIBA

    dan untuk perkongsian, bukan semua yang menyokong/menyertai Bersih adalah dari Pembangkang/pro/penyokong pembangkang..

    Ramai juga dari BN yang punya KESEDARAN

    kenapa tak mahu POLITIK BERSIH? asyik guna TAKTIK KOTOR

    orang yang kotor je tak suka BERSIH.

    Mode: Hairan dengan yang tak penah2 nak sedar.

  2. Pingback: Kalau Dah Haram Tu… Haram La Jugak… | Aku Learn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge