The Art of Making Penganan a.k.a Dodol

Assalamualaikum. Tak ku sangka the art of making Penganan yang juga dikenali sebagai dodol ini boleh tahan mencabarnya. Mana taknya letih jugalah tangan nak mengacau ramuan yang dicampurkan kat dalam kawah tu. Ramuanya simple saja tapi nak dapatkan penganan tu penat sesangat.

Ramuannya seingat aku lebih kurang gini la. Santan kelapa, beras pulut yang dikisar, gula enau, gula pasir, dan garam. Tu je kot ramuan dia. Tapi kalau nak campur bahan lain pun boleh kot.

Seawal pagi lagi moyang aku, wan busu aku dengan mak aku dah memerah santan yang dimesin oleh pak cik aku. Beras pulut tu dah dihantar ke kedai untuk dikisar awal-awal lagi sebelum aku balik kampung hari Sabtu lepas.

Mula-mula sekali kena panaskan kawah la kan.  Santan akan dimasukkan ke dalam kawah dan dikacau sehingga mengeluarkan sedikit minyak. Tapi aku tak nampak pun minyak nya…

Seterusnya masukkan tepung beras pulut tadi. Tepung ni dah siap bancuh dengan air. Aku pun tak tau apa istilah nak guna. Sebab aku tengok tepung tu memang gitu. Masa ni nak mengacau penganan tak susah lagi.

Bila dah lama sikit, adunan ni akan menjadi lebih pekat. Color dia pun cerah je lebih kurang warna kelabu cair. Biasanya moyang aku akan ambil sedikit penganan yang warna kelabu ni.

Seterusnya gula enau akan dimasukkan ke dalam adunan tadi. Masa ni dapat la tengok warna penganan ni berubah sikit. Jadi lebih kurang warna cokelat. Tak lama lepas tu gula pasir pula dimasukkan.

Semasa gula pasir dimasukkan, adunan yang tadinya pekat menjadi sedikit cair. Aku pun tak tahu apa logiknya adunan tu boleh sedikit cair.

Proses kacau-mengacau akan berlangsung buat beberapa jam. Selepas penganan menjadi pekat dah boleh la angkat. Nak tau penganan tu dah ready untuk diangkat ataupun tidak pun ada tips dia tau.

  1. Test dengan daun pisang. Kalau penganan tu tak melekat dah kira boleh angkat la tu. Semalam ada test guna cara ni jugak.
  2. Test dengan cara pusing-pusingkan pengacau tu. Kalau dah boleh pintal-pintal gitu kira okey la tu. Semalam masa kacau macam belum boleh angkat jek sebab penganan tu macam tak cukup pekat je.

Tapi moyang aku kata dah boleh angkat dah. Katanya dia tengok penganan tu dah nampak pekat. Tapi seriously betul kata moyang aku tu. Tak lama lepas tu penganan tu pun menjadi. Masa ni aku dengan pak cik aku dah kelam-kabut nak alihkan kawah kat tempat lain.

Proses nak buat penganan ni bukan senang. Boleh dikatakan sebagai satu seni juga. Lepas siap je alihkan kawah aku dah tersadai di atas kusyen membaringkan diri keletihan. Kipas pun buka maksimum nombor 3.

Kata pak cik aku, semalam tu penganan tu dah dikira siap cepat. Dia anggarkan sepatutnya siap lebih kurang waktu Maghrib. Tapi semalam selesai dalam pukul 5.15 petang. Patutnya lebih kurang 8 jam baru siap…

Apa yang aku belajar semalam? Cara nak buat penganan walaupun aku tak tau sukatan ramuannya secara spesifik. Lain? Nak membuat penganan secara tradisional tu mencabar prosesnya. Oleh itu hargailah penganan yang orang bagi kita percuma.

Sayang tak bawa kamera nak shot gambar proses buat penganan ni. Nak kamera DSLR je pulak tu… icon biggrin The Art of Making Penganan a.k.a Dodol

No related posts.

0 thoughts on “The Art of Making Penganan a.k.a Dodol

  1. fuyooo …
    macam mencabar je nop buat nye …
    nop wat kek pom xm’cabar mcm ni …
    huhuhu …
    ala ,, nape dop bawak copong ??
    hehehe ..
    lau dop ,, leh shot gmbr time b’gotong royong memasak ..
    hehehe …

  2. lahhh yeke tak bawak kamera????
    kamera hp ke ape ke??

    memang mencabar buat dodol..
    tengok orang buat pun dah tau..

    dulu masa kicik2 konon2 nak tolong la..
    yerlah.. boleh tolong masa baru masukkan bahan2 je..

    bila dah liat tuuuu
    adoi tak larat nak kacau!

    • hehe… insyaallah kalau masa raya nnt moyang saya buat dodol lagi… saya tangkap gambar… :-)

      sebenarnya xtlintas dlm hati nak buat cerita pasal proses buat dodol nie… tp lepas dh rasa mcm mana penat nk buat baru decide nk tulis…

  3. oo patutla moyang sakit..rupanya ko soh wat dodol..weh nnt rajin2 ko buat wajik k plak utk ak..pastikan ak balik malaysia raya ni ada dah.. :p

    p/s : aku suka dodol yg cair kaler kelabu..nikmat je rasa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge