Belajar Buat Child Theme WordPress

Assalamualaikum. Hari ni telah berlaku sedikit perubahan terhadap rupa blog ni. Tak banyak mana pun perubahannya. Rupa sekarang ni merupakan hasil dari usaha aku belajar buat child theme wordpress.

Nak buat child theme wordpress ni rupanya lagi senang daripada edit theme yang asal. Tak perlu nak edit banyak sangat fail. Kodingnya pun main copy paste je. Untuk child theme ni aku hanya menggodek 3 fail sahaja untuk mendapatkan rupa yang sebegini.

Tak perlu godek-godek sangat dengan koding php. Cuma bermain dengan css tu yang lebih sikit. Kalau nak dibandingkan php  dengan css, bagi aku css lebih mudah lagi untuk difahami.

Kepada sesiapa yang belum cuba buat child theme ni boleh la belajar buat child theme ni. Sedikit sebanyak nanti unik la sikit theme blog kita… icon biggrin Belajar Buat Child Theme Wordpress

Update 23/7/2011

Kelebihan Menggunakan Child Theme

Kelebihan menggunakan child theme ialah kita tidak membuat sebarang perubahan pada parent theme asalnya. Sekira parent theme asalnya diupdate ianya tidak memberi kesan kepada child theme yang kita buat.

Langkah-Langkah Membina Child Theme WordPress

Secara mudahnya dengan 3 langkah sahaja child theme wordpress sudah boleh dibuat.

  1. Buat folder child theme dalam direktori wp-content/themes

    cara buat child theme wordpress Belajar Buat Child Theme Wordpress

    Buat folder child theme dalam directory wp-content/themes

  2. Letakkan style.css dalam folder child theme

    cara buat child theme wordpress 2 Belajar Buat Child Theme Wordpress

    Letakkan file style.css dalam folder child theme

  3. Active child theme wordpress

Secara ringkasnya tu saja steps yang perlu kita ambil untuk buat child theme. Tapi secara detailnya, kita masih perlu buat benda lain juga seperti memasukkan maklumat mengenai child theme ke dalam fail style.css

Maklumat yang perlu dimasukkan ke dalam file style.css:

/*
Theme Name: ChildAkuLearn
Theme URI: Http://akulearn.com
Description: Child theme untuk blog akulearn.com
Author: Fahmi Raazali
Template: twentyten
*/
@import url(../twentyten/style.css);

Bahagian yang diboldkan tu penting. Template tu mesti sama nama dengan nama folder parent theme yang kita pilih. @import url tu pula baris kod yang akan import maklumat dari css dari parent theme.

Bila dah buat langkah-langkah ni… Bila activate child theme kita tu nanti… Rupanya sebijik macam parent theme sebab kita belum edit apa-apa lagi. Lepas edit baru la kita nampak perubahan pada rupa child theme kita tu nanti.

Sebagai contoh aku nak edit bahagian komen. Dengan menggunakan add-on firefox firebug, aku check css bahagian komen tu.

cara buat child theme wordpress 4 Belajar Buat Child Theme Wordpress

Cara check css code bahagian yang nak di edit

Kemudian aku copy paste css code tu ke style.css child theme yang aku buat dan edit properties yang aku nak.

cara buat child theme wordpress 5 Belajar Buat Child Theme Wordpress

Contoh css yang di edit

Dengan menggunakan langkah yang sama aku gunakan untuk check css properties lain yang hendak diedit, copy dan paste kan ke fail style.css child theme yang aku buat.

Andai kata kita nak edit file php yang lain seperti function.php. Copy fail function.php yang nak diedit ke dalam folder child theme dan edit fail tu.

cara buat child theme wordpress 3 Belajar Buat Child Theme Wordpress

Contoh file dari parent theme yang diedit dan diletakkan di folder child theme

Aku harap penerangan yang aku buat ni boleh beri kefahaman kepada mereka yang ingin membuat child theme sendiri. Jika ada sebarang kekeliruan tanya kat bahagian komen. Kalau aku boleh tolong. Aku tolong. icon smile Belajar Buat Child Theme Wordpress

Related posts:

  1. Cara Baru Promosi Blog…
  2. Cabaran SEO: Aku Seorang Blogger vs Buat Duit Dengan Blog vs Tip Blogging Terbaik
  3. Update Windows Secara Offline
  4. Theme…. Extreme Makeover

0 thoughts on “Belajar Buat Child Theme WordPress

    • child theme tu theme yg ikut ciri2 parent theme dia… contoh… utk theme blog aku ni… aku guna theme twentyten… jadi apa yg ada kat twentyten tu child theme akan ikut ada sekali…

      kat child theme ni boleh la delete or edit mana2 yg tak berkenan… aku cuma edit sikit2 mana2 ciri2 pada theme twenty ten yg aku tak nak (previout post dgn next post)… then hias sikit dgn css…

      kelebihan dia… andai kata theme twentyten tu diupdate… ia tak effect dgn child theme… so xpayah la edit banyak kali… :-)

      harap aku explain ni dapat fahamkan ko pasal child theme…

      if tersilap kata… betul2 kan la… sama2 belajar :-)

      • Ooo.. Barulah aku faham child theme ni mende apa.. Aku ingat child theme ni ialah nama theme..he3..

        So, cemna nak buat child theme? Maksud aku, nak jadikan sesebuah theme tu kepada child theme?

        • secara ringkas nya lebih kurang gini…

          1. buat folder baru kat direktori theme.
          2. kemudian letak satu file style.css
          3. dah boleh start edit2 css…
          4. jika perlu edit la fail php yg berkaitan :D

          • ni cnth benda yg kena ada kat child theme tu…

            /*
            Theme Name: ChildAkuLearn
            Theme URI: Http://akulearn.com
            Description: Child theme untuk blog akulearn.com
            Author: Fahmi Raazali
            Template: twentyten
            */

            @import url(../twentyten/style.css);

            bahagian yg aku bold kan tu penting… yg template tu nama folder parent theme…
            yg kat bawah tu plak commant utk import css dari parent theme…

            kalau bro letak code yg kat atas tu je dlm style.css tapi tak letak apa2 kode lain bila active… bro akan tgk child theme tu akan still ikut rupa parent theme dia…

  1. salam singgah..

    tumpang tanya.maklumlah masih kosong tentang php dan css ni…
    adakah child theme ini akan berfungsi seperti biasa pada parent theme yg baru diupdate tu?maaf sebab memang blur pasal ni semua.huhu

    • klu ikut hasil pembacaan… child theme ni akan berfungsi seperti biasa bila parent themenya diupdate… :-)

      tak mengganggu apa2 pun… aku sendiri pun belajar sikit2 pasal php dgn css nie… sbb minat… tp faham yg simple2 jek… :-)

  2. ingatkan child theme tuh theme bertemakan anak-anak. hehe. saya tak reti sangat nak edit-edit dalam direktori nih, ubah sikit-sikit dalam dashboard je. kalau tak buat macam tuh, bila theme update blog kita jadi lintang pukang ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge