Assalamualaikum. Aku tak tahu sangat pasal kereta ni. Pasal enjin lagilah aku tak tahu. Kebelakangan ni aku perasan bila aku memandu kereta keluarga a.k.a family car kepunyaan mak aku tu, mesti ada bunyi bising.
Bunyi bising ketika memandu kereta tu dulu tak ada pun. Dalam 2 minggu yang lepas baru ada bunyi bising tu. Bila memandu sambil pasang aircond, bawa 100km/j pun dah boleh buat sakit telinga sebab bunyi agak bising.
Takkan sebab tayar lama tak ditukar kot? Atau pun mungkin absorber dia problem kot? Wiper rasanya comfirm tak ada kene mengena… Tapi tu la… tak tahu kenapa bunyi bising tu tiba-tiba ada…
Agak-agaknya kenapa ya? Aku sangka mungkin sebab lambat servis kereta tu. Tapi lepas servis pun bunyi bising tu masih ada. Erm… Gelisah juga, kot kot ada kerosakan pada enjin kereta tu.
Payah juga bila ada kenderaan tapi tak ada ilmu pengetahuan yang cukup mengenai kerosakan yang dialami kenderaan tersebut. Kalau motor OK lagi sebab tak terlalu kompleks. Tapi kereta… ia lebih kompleks dan memerlukan belanja yang lebih juga…
Update: 10 Januari 2012
Kereta dah diservis. Tayar kereta pun dah tukar tayar baru. Alhamdulillah, bunyi berdengung yang aku dengar tu dah tak ada lagi. Lepas tukar tayar, bunyi berdengung pun hilang.
Related posts:
ko pakai kereta apa? aku pakai saga blm..enjin memang bunyi kuat gak la..last-last..aku kuatkan bunyi radio lagi kuat dari bunyi enjin..jadi aku tak dengar bunyi enjin. selesai masalah aku. haha..
mungkin ada something wrong. dah tanya pomen?
titan recently posted..Isu ManggaAd yang jadi tanda tanya..
saga BLM gak… sebelum ni kalau masuk highway pakai aircond bwk laju dlm 120km/j tu baru bising… ni tak…
bawak 100km/j pun dah bising… huhu… aritu adik aku dah anta g servis… tp dia tak tanya sbb ingat lepas servis nnt ok…
Kereta sya pun ada bunyi yg myakitkan telinga terutama masa tekan minyak(nak naik bukit). Sya memang nk baikpulih kat bahgian ekzoz tu tp kewangan xmengizinkan pula setakat hari ni.
MEKAR recently posted..Jadilah Wanita yang Mampu Berdikari !
dari pembacaan…. selain dari rumah…. kereta merupakan salah satu dari pada liabiliti…
melainkan kita guna kete jadikan teksi
Bunyi bising?..kereta aku bunyi bising sebab tayar dah botak,bunyi berdengung..satu lagi bearing tayar ada masalah…
erm… maknanya bunyi bising kat kereta mak aku tun mungkin juga disebabkan oleh tayar dah botak la kot… tp mmg bunyi bising tu tiba2 je ada eh?
tu masalah air cond… jgn kaitkan benda lain.. xcaya ko bwk la sampai 160km,,, tp ttp air cond.. pasti xde bunyi bising tu.. tp kalo ko buka air cond,, bwk 80km pon bleh bising
Bunyi bising tu bawa perlahan pun ada bro, bawa laju lagi kuatlah bunyi berdengung tu. Pasang aircond atau tak bunyi bising tu memang ada. Cuma bila tak pakai aircond dan buka tingkap bunyinya tak dengar sangat…
Aku tanya kawan-kawan pun mereka cakap sebab tayar… huhu entahlah, kereta ni bukan bidang aku…
aku pkai kete waja 2001 auto, dlu aku ad mslah sme gak, ble tkan minyak bunyik berdengung kuat.. pas 2 ble aq tkar mounting 1 set, bunyik 2 dah xde..
Baguslah bungi berdengung tu dah hilang.
nak tanya semua..masalah saya bila kereta bergerak je timbullah bunyi berdengung. Ingatkan bunyi bering, tapi bila dah tukar bering..bunyi tersebut still ada. Nak kata tayar, memang saya baru tukar tayar baru tapi tak kan kot sebab bila lalu jalan tar baru bunyi tayar berbeza dengan jalan yang bertar lama. Ada sesiapa yang boleh kongsi info..pening dah kepala fikir..
Erm, maaf ya pengetahuan saya pasal kereta tak mendalam.
Tapi saya ada bertanya dengan seorang kawan yang agak arif tentang kereta. Dia kata tengok pada bunga dan juga brand tayar tersebut. Brand tertentu, walaupun guna tayar baru tetap ada bunyi berdengung. Katanya lagi, tayar yang made in china dengan indon kualitinya kurang baik.
Itu kata kawan saya. Cuba awak dapatkan pandangan orang lain.