Aku rasa aku adalah seorang yang lemah berbahasa Melayu. Mungkin sebab itu jugalah kadang-kala hasil penulisan aku bunyinya agak pelik. Kalau tak pelik pun, ayatnya mungkin berbelit dan sukar difahami.
Bayangkan setiap hari aku bercakap guna bahasa Melayu. Mimpi pun dalam bahasa Melayu tapi tahap penguasaan Bahasa Melayu aku masih lemah. Aku boleh faham apa yang orang cakapkan. Tapi apabila kata-kata diterjemahkan ke dalam bentuk perkataan lain pula jadinya.
Penguasaan Bahasa Ke-2
Di Malaysia bahasa Inggeris boleh dikatakan sebagai bahasa ke-2. Jadi beruntunglah mereka yang menguasai bahasa Inggeris. Aku sendiri sekadar faham bahasa Inggeris dan tidak boleh bercakap dalam bahasa Inggeris.
Selain dari bahasa Inggeris aku ada juga belajar bahasa Jepun semasa pengajian di peringkat diploma dulu tapi tak khatam. Sekadar faham sesuatu perkataan itu sikit-sikit. Itu pun sebab selalu menonton anime Jepun.
Semasa pengajian di peringkat ijazah sarjana muda pula aku belajar bahasa Mandarin. Itu pun sekadar lulus sahaja. Subjek bahasa mandarin ini jugalah yang menjadi punca pointer aku jatuh pada semester tersebut.
Umumnya memang ramai rakyat Malaysia yang lemah dan malu untuk bercakap dalam bahasa Inggeris. Ia mungkin disebabkan oleh faktor persekitaran.
Tatabahasa
Setiap bahasa itu ada tatabahasanya yang tersendiri. Aku akui aku lemah dari segi penguasaan tatabahasa. Istilah-istilah yang digunakan pun ada yang aku tak faham dan keliru.
Bila asas dalam tatabahasa dalam bahasa Melayu sendiri pun lemah. Sedikit sebanyak ia mengganggu pemahaman tatabahasa dalam bahasa lain juga.
Moral of the story?
Basic is very important
Related posts:
ia lebih melibatkan faktor persekitaran… contohnya duduk di jepun… confirm2 dalam 2,3 tahun kalau duduk sana.. dah boleh cakap bahasa jepun… kalau duduk malaysia … confirm2 boleh cakap malaysia.. walaupun hanya berkata “sikit-sikit”
zik recently posted..Sotong kurita curi video kamera scubaman yang tengah rakam video
tp masa aku LI dulu… ada org yg dari China tu… dah 10 tahun duduk Malaysia… tp masih tak boleh bercakap bahasa Melayu… Faham pun sikit2 jek… nak tak nak kena la cakap breken english…
aku pasang hajat nk duduk ket negara omputih la gitu… nk boleh speaking english
lepas dh OK balik la Malaysia balik…
Yang dah duk Malaysia bertahun tapi still tak pandai cakap Melayu tu memang tak nak amik tau.. Kalau tak takkan la bangla yang duk 2-3 bulan pun dah terer ckp Melayu…
nak buat mcm manakan… dah namanya dia orang kerja kat Malaysia… tapi jiwa kat negeri tempat asal dia orang lagi…
Aku tak la lemah Bahasa Inggeris dan tak lah terlalu terer… tapi menulis dalam Bahasa Melayu memberi lebih kepuasan.. ada juga terminology yang lebih tepat jika ditulis dalam Bahasa Inggeris , that’s why aku tulis pun kekadang rojak…
aku pun faham bahasa inggeris… boleh tulis sikit2 bahasa inggeris…
mungkin sbb dah biasa tulis bahasa sms… bila menulis secara normal… rasa kekok…
kekadang memang faktor persekitaran… kalau sentiasa bercampur orang2 yang bercakap bahasa inggeris akan lebih cepat untuk belajar tapi kadang persekitaran akan menghukum kita dengan ayat ” ish dah tak reti cakap melayu ke?” padahal hati ingin meningkatkan penguasaan bahasa tersebut… begitu juga sebaliknya… sekadar pendapat je bro…
xpe2…
ada pendapat berlainan xsalah…
saya lebih confident bila bercakap & berurusan mgunakan bahasa kebangsaan ini.
MEKAR recently posted..Malaysia Terpaksa Akur…
bercakap dlm bahasa yg kita dah biasa guna mmg lebih selesa… yg tu sy pun setuju juga…
tp kadang2 ada perkara yg lebih mudah difahami bila ia dalam bahasa asing… lagi2 untuk istilah teknologi dan sains… bila translate ke bahasa Melayu bunyinya jadi pelik… dan lagi susah nak faham… hehe…