Perlukah Begitu…

Aku selalu dengar cerita yang situasinya lebih kurang begini. Seorang hamba Allah A ni menegur seorang hamba Allah B. Tetapi hamba Allah B ni kata macam la hamba Allah A ni baik sangat nak tegur orang. Katanya, diri dia sendiri pun tak betul. Kalau nak betulkan orang betulkanlah diri sendiri dulu.

Jika kita nak menegur kesilapan dan kekurangan orang lain perlukah diri kita ini lebih baik daripada orang yang kita nak tegur itu?

Jika kita lebih baik dari orang yang kita tegur itu, ya mungkin dia akan sudi menerima teguran yang kita berikan. Tetapi jika diri kita tak cukup baik lagi perlu atau tidak kita menegur kesilapan dan kekurangan orang lain?

Terima Kasih Kerana Menegur Ku

Bagi diri aku sendirilah, aku taklah kisah sangat bila orang lain menegur kesilapan aku. Biarlah budak kecil sekali pun yang menegur aku. Asalkan kena caranya insyaallah aku boleh terima.

Aku tak kisah orang lain menegur kekurangan aku itu sebab aku tahu teguran itu untuk kebaikan aku juga. Masih ada orang yang sudi memperbetulkan diri aku. Dengan erti kata lain mereka sayangkan aku.

Situasi Janggal

Kadang-kadang aku juga boleh melenting macam budak-budak. Itulah yang aku buat bila terkadang-kala terlalu mengikut perasaan. Respon kawan terhadap perangai aku itu kadang-kadang membuatkan aku berada di dalam situasi janggal.

Tapi aku tak sangat pasal benda itu sebab aku tahu aku juga antara penyebab situasi janggal itu berlaku. Cumanya kadang-kadang tu terasa hati jugalah dengan cara dan reaksi yang diberikan.

Kadang-kala respon yang diberikan itu terlalu memedihkan hati. Ada yang membuatkan aku halimunan di hadapan mereka. Aku ada di situ tapi aku tiada di situ. Jujur kata dari hati, melihat kawan baik kita buat begitu memang memedihkan.

Nak bertegur orang itu kelihatannya tak sudi ditegur. Nak berbual pun orang itu tak sudi nak berborak. Nak bertembung pun orang itu mengelak.

Ada Permulaan Ada Penamat

Jika dalam berkawan ada permulaan, mungkin juga ada penamatnya. Jika sudah tersurat sesuatu ikatan itu berakhir, semoga ada kebaikan yang aku perolehi darinya. Aku berharap dengan setiap ikatan persahabatan yang aku bina, ia akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Komputer di kampung telah pun selamat diformat. Aku install windows 7 guna pendrive. Kebetulan pula pak ngah aku datang melawat moyang aku di sana. Kebetulan pula dia bawa sekali pendrive yang aku perlukan untuk memformat komputer.

Semoga moyang aku bertambah sihat. Sekarang ni kelihatannya dia sudah beransur sembuh. icon smile Perlukah Begitu...

Related posts:

  1. Lakukan Apa Patut Dilakukan….

0 thoughts on “Perlukah Begitu…

  1. betol2.. kita tak boleh lah nak yang PERFECT je tegur kite..
    kan Nabi pernah bersabda yang bermaksud;
    ‘sampaikanlah dariku (nasihat,kebaikan,kebajikan) walaupun satu ayat (sedikit)’

    mungkin pada mulanya kita pun aka rasa
    ‘hei ko ingat ko sape huh nak tegur aku?’
    tapi kalau kita terima secara positif benda tu akan jadi OK..

    para hukama’ juga ada menyebut:
    ‘lihatlah apa yang dikatakan, jangan lihat siapa yang mengatakannya’

    melenting macam budak2?
    budak2 melenting ker? hek3..

    anak buah saya umor sepuluh tahun penah cakap kat saya
    tahu dia cakap apa?
    ‘awak ni kebudak-budakan lah!’
    aih?? hampeh tol anak sedara aku ni :P

    • hehe… seb baik budak2 lagi kan… kata orang tak cukup akal lagi… :-)

      ada anak buah dah yek…. budak2 ni masa kecik2 seronok la layan… dh besar tu je kene tgk orang tu macam mana :-D

  2. tegur kena betul caranya… erm macam kau baut format guna pendrive.. aku pernah try, tapi tak jadi… masih tak pandai nak setting…

    • erm, format windows 7 pakai pendrive.. cepat sikit… tu yg aku suka format pakai pendrive tu…

      ada software kecil yg akan format pendrive dan akan copy file2 ke pendrive tu…

      tp kalau ikutkan… aku pernah je format pendrive tu guna format ntfs then copy je file2 kat dvd windows 7 tu kat pendrive…

      lepas tu nanti format mcm biasa…

  3. sabo je lah..

    masa tingkatan 1 dah dapat status ibu kepada anak adik-beradik
    hehehe..

    tapi mungkin sebab tu kot anak2 buah suka bertempek dekat bilik saya
    hahaha

  4. Saya pun pernah alami situasi janggal macam tu tapi ambil saja teguran itu secara positif walaupun pedih nak terima. Kadang-kala kita tak perasan salah betul yang kita lakukan, jadi, orang yang paling hampir atau rapat dengan kita rasa ia tanggungjawab mereka untuk sedarkan kita :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge