Assalamualaikum. Agak lama aku tak update blog. Kalau ikutkan nak update pasal Bersih 2.0. Tapi disebabkan dah lewat sangat, aku batalkan niat nak update pasal Bersih 2.0 tu. Biarkan sajalah point-point yang aku nak utarakan tu kat dalam buku blogging warna oren tu.
Kebelakangan ni aku selalu dapat spam. Bukan kat blog ni la tapi kat blog lain. Spam tu pula berjaya melepasi filter oleh Akismet yang mana kerjanya memang untuk menapis komen-komen spam. Dalam alamat URL tu mereka gunakan alamat google, yahoo, dan bing…
Tengok… Spamming pun ada tekniknya… Inikan pula nak buat benda lain. Jadi ada baiknya jika kita rajin-rajinkan diri menambah ilmu dalam apa juga bidang yang kita minat dan yang penting sekali… Gunakan ilmu yang kita belajar itu untuk tujuan kebaikan.
Dalam itu juga kena ingat… “Matlamat tak menghalalkan cara.” Jika tujuannya baik tapi caranya tak betul… Cara tu maknanya tak boleh gunapakai… Mungkin aku sendiri kena renung-renung dan fikirkan semula kata-kata itu. Fahamkah aku akan maksudnya…
Erm, tak lama lagi akan berkunjung ke UniKL MIIT untuk hantar adik aku mendaftar di sana.
No related posts.
Aku sebelum ni tak tau juga apa itu tujuan AKismet berfungsi, tapi bila aku buang je sebab nak baikpulih blog, sehari je spam sampatu berpuluh2.. Banyak mat saleh pulak tu.. DIorg nak buat apa sebenarnya?
UNIKL MIIT yang kat KL ke bro? Tempat lama aku.. Rindu nak belajar sana balik…
yup kat MIIT yg kat KL tu…. ooo bro ambik multimedia gak ke… huhu… adik aku ambik diploma kat sana… pegi semalam sesat lak waktu nk g ke hostel dia
Hostel masih lagi kat bangsar atau tempat lain?
still kat bangsar… sesat2 la aku g sana… terlajak jalan… kata dataran maybank… aku ingat tempat lapang la… rupanya kecik je tmpat tu… last2 pusing2 masuk semula torowong smart tu… lalu balik sebelah UniKL tu… haha…
hehe..ramai spammer terhebat zaman nih..
betul2… klu komen tu relevan dgn isi yg di spam ok gak… ni xkene mengena langsung….
blog aku salu di spam oleh spammers mat salleh uhuhu. tempatan agak jarang uhuhu
aku ada blog satu ni je la yg aktif… yg lain xdevelop lagi… ada domain je… rasa mcm tau nak isi apa… tp xdpt2 nak buat entrinya…
kadang-kadang ada gak spam masuk. tapi tak banyak la berbanding blog lain.
selalunya mmg tak banyak… tp tah knp ada lak spammer yg guna url google, yahoo dgn bing ni… jadi akismet tak filter…
Spam Mat Salleh yang masuk kadang-kadang lebih berunsur lucah…
aku xde dpt emel yg berunsur lucah… bila spam masuk tu asyik masuk je kejenya… semak inbox… bila lengang tu… aman je rasa…