Assalamualaikum. Pertandingan SEO “Tip Blogging Terbaik“ akan berakhir esok 31 Julai 2011. Pada esok hari juga akan diumumkan tarikh permulaan ramadhan bagi tahun 2011 oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.
Selamat Menyambut Ramadhan 2011
Banyak benda yang aku pelajari dari pertandingan SEO Tip Blogging Terbaik kali ni. Ada benda yang aku tahu dan ada benda yang aku baru tahu. Semuanya hasil pembacaan tip blogging terbaik yang dikongsikan oleh blogger lain.
Antara benda baru yang aku pelajari ialah cara untuk mengintai… Tambahkan &start=990 bila nak tengok persaingan kat google. Guna keyword dalam title post yang kebiasaannya guna tag <h1>. Letak keyword di permulaan post dan di penghujung post. Tingkatkan keyword density dengan mengulang keyword untuk beberapa kali… dll…
Hasilnya entri pertama yang aku buat untuk pertandingan seo ni dah melonjak ke page pertama google.com selepas kandungan entri tersebut diubah. Cuma tak duduk top 3 je lagi…
Cara Nak Update Blog? –> Tulis Cerita Isu Terkini
Dalam masa 2 minggu kebelakangan ini aku telah follow banyak rss feed blog. Hasil pemerhatian dari semua blog tersebut ialah kebanyakan blog yang bukan niche akan membuat blog post mengenai topik yang hampir sama. Contohnya, debat Ambiga dengan spr, duit syiling Malaysia siri ke-3, tarikh pengumuman ramadhan 2011 dan terkini mengenai keputusan Malaysia vs Singapura pada 28 Julai 2011 yang lepas.
Dan bila aku membuat blog post yang hampir sama, trafik ke blog tersebut juga turut meningkat. Dengan kata lain tulis apa yang orang cari dengan menulis cerita isu terkini. Aku dah tahu tip blogging ni cuma tak penah buat. Erm, lepas cuba sendiri baru perasan nak dapat trafik 100uv sehari senang je. Cuma kadang-kadang topik yang nak ditulis tu aku tak minat. Contoh? Isu sukan… Aku tahu Malaysia seri dengan Singapura 1-1 dan tewas dengan aggregat 4-6. Tapi tak biasa nak mengulas isu sukan…
Trafik dari isu semasa ni juga tak bertahan lama… Mana nak cari idea dengan topik yang evergreen agaknya…
Cara Cari Idea Nak Update Blog
Cara cari idea untuk update blog ni ada macam-macam. Kebelakangan ni aku dapat idea menulis blog dari blog-blog yang aku follow di rss feed. Bagi blog bukan niche aku lihat topiknya hampir sama. Cara lain nampaknya kurang berkesan…
Walaupun aku boleh dikatakan tahu kat mana nak cari idea menulis… Ada masanya ia tak boleh nak ditukarkan ke bentuk penulisan. Kunjungan ke web seperti digg.com, blogged.my dll hanyalah sekadar satu kunjungan…
Aku perlu mencari motivasi untuk meningkatkan kualiti penulisan sendiri…
Betulkan Niat Ketika Menulis
Sekadar peringatan untuk diri aku sendiri yang sedang sangat-sangat syok sendiri dengan cabaran seo tip blogging terbaik ni. Nak kena ingatkan diri sendiri… supaya ingat tujuan asal aku menulis…
Adakah untuk trafik semata-mata… Atau untuk dapat komen yang banyak semata-mata… Atau mungkin untuk mendapatkan duit semata-mata… Atau lain-lain lagi…
Kalau aku berkongsi ilmu pengetahuan dengan pembaca… Aku harap ianya bermanfaat buat mereka…
Kalau aku sekadar membebel pun aku masih berharap ada sesuatu yang bermanfaat buat mereka…
Related posts:

blogger semua akan rasa seronok bila dapat trafik yang banyak. if dia nak duit dr hasil iklan makanya earning die akan naik. if dia sekadar tulis saja2 pun, dia akan rasa diri dihargai. depends.
tips yg diberi tu mmg btol. selamat mencuba.hehehehe
lizz recently posted..Jadual Berbuka Puasa dan Waktu Imsak Tahun 1432H/2011M
hehe… dalam sebulan lg byk lak benda baru dapat belajar sbb ia diaplikasikan…
semoga berjaya untuk contest ini bro
samalah.masih mencari idea untuk update blog berpandukan minat sendiri walaupun ramai yang menulis topik yang hampir sama tapi olahan berbeza

izwannizam recently posted..Dapatkan Panduan Ringkas Keselamatan WordPress Percuma
terima kasih… kejap je dah nak habis pertandingan nie…
menulis tu pun satu bakat yg perlu digilap… cumanya idea tu je nak kena cari…
bergantung pada apa yang kita nak. Insya-Allah kita akan dapat. Janji usaha ke arah itu.
hehe… tgh berusaha utk tingkatkan pendapatan online…
baru tahu pasal mengendap tu.

Sya Isyas recently posted..MENANGIS DENGAN EMAK
hehe… ya ya mari menyendap kat page google…. haha…