Tips Blogging Terbaik?

Assalamualaikum. Entri ini dibuat bagi menyertai pertandingan SEO anjuran 2dayBlogger. Cubaan untuk berkongsi tips blogging dengan orang lain. Diharapkan ia merupakan tip blogging terbaik dan berguna kepada semua pembaca.

Tujuan Berblogging

Tujuan atau matlamat yang hendak kita capai dari berblogging ni sangat penting. Macam blog ini, aku gunakan untuk meluahkan perasaan dan apa sahaja yang terlintas dalam kepala aku ini. Dah namanya pun blog peribadi. Aku tulis apa-apa sahaja.

Bagi yang ingin membuat duit dengan blog. Ada baiknya membina niche blog iaitu blog yang spesifik membincang sesuatu isu sahaja. Contoh: blog oh artis – cerita pasal dunia. Amanz.my cerita pasal teknologi, gadget dll…

Kalau nak lebih peluang buat blog dalam bahasa inggeris kerana di situ kita boleh mendapat pengunjung dari seluruh dunia.

Kandungan Blog

Kandungan blog haruslah menarik dan boleh memberikan input kepada pembaca. Tak guna ada trafik yang banyak ke blog kita tapi semua pengunjung tersebut hanya berada di blog kita beberapa saat sahaja. Ramai blogger-blogger berjaya yang menyarankan supaya kita mengutamakan kualiti dari kuantiti artikel yang dihasilkan.

Tulis apa yang orang nak baca… Aku selalu baca pasal benda ni tapi aku tak berapa nak amalkan tip tersebut. Contoh, baru-baru ni isu bersih 2.0 merupakan isu panas. Jadi tulis pasal isu tersebut. Lebih kurang macam marketing la ni… Demand and supply.

Promosi dan Penjenamaan Blog

Promosikan blog kita menggunakan semua medium yang boleh digunakan. Hampir mustahil untuk mendapatkan hasil dari blog yang tiada pengunjung. Oleh itu jangan lupa promosikan blog yang telah kita buat.

Trafik = Money. Lebih banyak trafik ke blog kita bermakna lebih banyak peluang untuk kita mendapatkan duit dari blog tersebut.

Disebabkan mahukan trafik ni kadang-kala ada blogger yang menggunakan bantuan tools tertentu bagi membantu mereka mendapatkan trafik. Ada yang guna software dan ada juga yang promote guna pengiklanan berbayar. Viral marketing adalah diantara cara promosi yang terbaik.

Monetize Blog

Bila trafik dah banyak dan kandungan blog pun bagus, kita boleh monetizekan blog kita tadi. Cuma sebagai peringatan janganlah sumbatkan terlampau banyak iklan dalam blog kita tadi.  Ia mungkin menyebabkan pembaca blog anda berada kurang selesa.

Etika Berblogging

Berblogging biarlah kena caranya. Tulislah dengan bertanggungjawap. Gunakanlah blog dengan cara yang betul. Jangan gunakan blog kita itu untuk menyebarkan cerita palsu dan seangkatan dengannya.

Buat duit dengan blog bukanlah sesuatu yang mustahil. Ia juga tidaklah semudah yang disangkakan. Usaha <– Diperlukan bagi memastikan kita berjaya dalam bidang blogging dan apa jua bidang yang kita ceburi.

Tip Blogging Terbaik hanya berguna apabila ianya dicuba dan diamalkan secara berterusan. Oleh itu marilah kita istiqamah dalam apa jua yang kita lakukan. Peringatan untuk diri aku sendiri dan juga kepada yang lain icon smile Tips Blogging Terbaik?

“Contest SEO ini telah dianjurkan oleh Blog 2DayBlogger.Com dengan kerjasama blog upprofits,  lepak dan broframestone. Manakala hadiah telah disponsor oleh 2DayBlogger,upprofits,broframestone , MJ,MySuperKids , Muje,Puan Bee ,Ellen, DenaiHati,k-worlds,hairulazni,ummihanie,dinsblog“.

Related posts:

  1. Cabaran SEO: Aku Seorang Blogger vs Buat Duit Dengan Blog vs Tip Blogging Terbaik

0 thoughts on “Tips Blogging Terbaik?

  1. penjanaan blog ambil masa.. 5 tahun pun belum tentu akan dalam kedudukan yang stabil.. kalau kita masih lagi tidak membuat sebarang perubahan dari segi content dan juga promotion,,,

    • hehe perancangan mmg sangat penting… dh merancang kena ambil tindakan pulak… perancangan tanpa tindakan tak bermakna… :-)

      sy kena belajar untuk mengambil tindakan lebih lagi :-)

  2. Pingback: Tips Menjaga Mata… | Aku Learn

  3. kena banyak belajar untuk semua tu.. apa pun memg betul blogger2 otai bagitau content is the king.. good luck contest.. menarik juga entri ni… ;)

  4. Pingback: Keputusan Kontest SEO: Tip Blogging Terbaik | Blog Komuniti Blogger!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge