
Sayangi mata anda
Assalamualaikum. Lama tak update blog lepas tulis entri untuk pertandingan seo “Tip Blogging Terbaik” aritu. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah tumpang sekali join pertandingan seo tersebut.
Kebelakangan ini aku rasa tahap kerabunan mata aku ini telah bertambah. Ini mungkin disebabkan oleh tabiat harian aku yang duduk mengadap laptop dalam tempoh masa yang panjang tanpa rehat.
Ia juga mungkin disebabkan oleh pengcahayaan di bilik aku yang kurang baik. Kekurangan cahaya juga menyebabkan aku sakit mata untuk membaca tulisan di screen laptop aku ni.
Hasil dari pembacaan aku ada beberapa petua yang boleh diamalkan bagi menjaga mata kita. Antaranya ialah dengan:
Pastikan Pengcahayaan Baik
Bagi pengguna komputer atau laptop pastikan cahaya screen komputer tidak terlalu terang. Pengcahayaan yang melebihi cahaya matahari ataupun dari lampu bilik di persekitaran akan menyebabkan mata keletihan.
Kerap Kelipkan Mata
Kerap kelipkan mata sebagai senaman bagi mengelak kekeringan mata “dry eye”. Penggunaan komputer yang lama akan menyebabkan mata kurang berkelip dan ini menyebabkan berlakunya gejala “eye dry”.
Penggunaan pelembab mata seperti EyeMore juga boleh membantu untuk membasahkan mata yang kering.
Rehatkan Pandangan
Rehatkan pandangan selepas fokus terhadap screen komputer dalam jangka masa yang panjang. Rehatkan otot-otot mata dengan memandang objek yang jauh setiap 20 minit. Ini akan mengurangkan tekanan terdapat bebola mata kita.
Kajian juga menunjukkan pengguna yang merehatkan mata selama 5 minit sebanyak 4 kali sehari adalah lebih baik dan melegakan berbanding penggunakan yang merehatkan mata selama 15 minit sebanyak 2 kali sehari.
Rendahkan pandangan mata dan jauhi dari memandang aurat yang tidak sepatutnya dilihat. Selain dari dapat menjaga mata ia juga turut menyumbangkan pahala kepada kita.
Sumber:
1.http://sitik.wordpress.com/2010/02/15/10-tips-penjagaan-mata-bagi-pengguna-komputer/
Related posts:
bersyukur mata masih elok..mata kena jaga… screen warna computer kurangkan sikit…
erm betul tu… besarnya ada nikmat mata nie… pakai cermin mata leceh… lagi2 bila main air…
syukur dah berumur ni tak lagi pakai cermin mata walaupun duduk depan komputer berjam2… tapi tips ni elok juga dipraktikkan… tq2
ok la gitu… sy sejak tingkatan 2 rasanya pakai cermin mata…
aku pakai spek sejak form 5 sampai sekarang, kecik2 dulu aku suka men game tv dekat2 so ni lah akibatnya hehe
tu la pasal… xnak jaga mata… diri sendiri jugak yg merasa akibatnya… klu dh ada keluarga sendiri kene selalu ingatkan anak utk jg mata…
yap..kena jaga mata seeloknya. mata kita ni ada dua aje..takde spare part dahh..
klu ada duit lebih… xpe la… boleh buat pembedahan betulkan mata…
Mata ku dah x berapa nampak.. Sebelum ni guna kanca mata, tapi dah x pakai sebab kata org, kalau pakai makin lama makin kena tambah power, bukan lagi elok, betul ke?
aku rasa pun gitu gak… kalau dh pakai spek mata… power makin naik… kalau nk turun tu boleh… jugak aku rasa… member aku cerita dulu dia rabun… tp bantai makan lobak selalu… then… mata dia OK…
kalau dia dia aku… maknya aku tipu ko la sekarang nie
Ha3.. Dataran maybank tu sempit bro, nama je dataran.. Aku dulu berpusing2 gak nak g jumpa buah hati aku memalam buta lepas abis kuliah…kah3..
Eh, silap port reply…ha3
hentam sajalah…
tu la pasal… patut dh kena tukar nama dah tu…
Nanti aku try la makan lobak.. kalau x ok maknanya kawan bro tu tipulah..ha3
hehe… bukan sehari makan lobak terus elok tau…
patut la aku rasa macam tekanan je bila usha lappy. hahaha
hehe… aku pun selalu kena… sakit mata… gk screen laptop…
Ambil blueberry baik untuk kesihatan mata. Kalau mengadap lama pada skrin monitor boleh meletihkan mata. Ubah sedikit kecerahan cahaya monitor. Apa salahnya berehat sekejap dengan menghirup air kopi
kalau pasal air minum tu…. kebiasaannya… secawan teh mmg ada kat atas meja