Update Windows Secara Offline

Assalamualaikum. Hari ni aku nak kongsi tips komputer. Cara untuk update windows secara offline. Ilmu ni bagi aku agak memudahkan. Dapat juga jimatkan bandwidth broadband untuk download update windows. Kalau 1 pc download 500mb buatnya ada 3 4 5 atau lebih pc sakit kepala juga dibuatnya.

Bagi pengguna broadband yang ada limit benda ni sangat-sangatlah bagus. Sebabnya, kita hanya perlu download update windows tu sekali sahaja dan update yang kita download tu boleh digunakan untuk banyak pc.

Nak buat pun senang saja sebab ada software khas yang digunakan untuk memudahkan kerja kita.

Langkah-Langkah

1. Pergi ke web WSUS Offline Update dan download software WSUS Offline Update yang terkini.

2. Extract zip file yang di download tadi ke lokasi yang sesuai. Aku extract ke desktop je.

3. Open folder wsusoffline dan klik UpdateGenerator.exe. Kemudian pilih version windows yang bersesuaian

update windows secara offline Update Windows Secara Offline

Update Microsoft Windows and Office without an Internet connection

4. Dekat option tu tick semua pun tak apa. Cuma nanti masa first time download tu lama sikit.

5. Kalau nak save terus copy ke pendrive boleh la tick option tu dan pilih lokasi pendrive.

6. Klik start. Aku cadangkan masa mula-mula run software ni, run pada waktu malam. Untuk windows 7, 800mb lebih jugalah saiz fail yang di download masa first run.

7. Run UpdateInstaller.exe dan pilih options yang bersesuaian.

Bagi yang tak save ke pendrive, lokasi file UpdateInstaller.exe ni kat dalam folder “client” kat dalam folder wsusoffline yang di extract tadi tu.

update windows secara offline 2 Update Windows Secara Offline

On the target computer, start UpdateInstaller.exe and select update installation options

8. Anda sudah berjaya mengupdate windows anda secara offline. Lepas ni bolehlah tolong updatekan windows kat PC kawan-kawan sekali.

Kepada yang pakai windows versi cetak rompak, hati-hati sikit sebab nanti akan dapat notification pasal windows tak original. Tapi boleh je remove notification tu pakai RemoveWAT.

Petang ni aku nak balik kampung. Nak lepak kampung sekejap sambil-sambil tolong formatkan komputer mak cik muda aku. icon smile Update Windows Secara Offline

Software ni boleh juga digunakan untuk update Microsoft Office secara offline. Boleh cuba sendiri sebab aku pun tak test lagi.

Related posts:

  1. Dilema Bila Nak Update Blog
  2. Google PageRank Update

0 thoughts on “Update Windows Secara Offline

    • hehe… masa guna broadband celcom dulu rasa la lembab bila bandwidth smpai limit… tp sejak pakai P1 ni puas hati la… tp sekarang kat rumah…. pakai streamyx… alhamdulillah kat rumah tu dah ok dah kualiti internetnya :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge