Apa adab menggunakan telefon? Kadang-kadang aku pelik dengan orang yang menelepon ni. Dengan tidak memberi salam terus saja minta bercakap dengan orang. Kalau nombor yang didail tu betul okeylah. Tapi kalau salah?
Dahulukan Salam
Apalah salahnya dahulukan salam bila menelefon orang lain. Dapat juga pahala mendoakan orang. Lepas bagi salam baru tanyakan ada atau tidak orang yang dicari tu. Begitukan lebih sopan dan lebih manis.
Perkenalkan Diri
Tak ada salahnya memperkenalkan diri lepas bagi salam. Ataupun cuba bertanya siapa gerangan yang menjawap telefon tu untuk mendapatkan kepastian. Dah betul tempat yang didail baru nyatakan hajat menelefon tu untuk apa.
Jangan Menyumpah
Jika salah dail nombor telefon dan orang yang menjawap tu pun agak banyak songeh, jangan mengumpah pula. Tak tau ke orang yang mendengar tu ada perasaan juga. Sakit hati mereka bila mendengar sumpah seranah dari insan yang tidak diketahui.
Minta Maaf
Jika salah dail nombor telefon, tak ada salahnya meminta maaf dengan orang yang disebelah sana. Salah satu sebabnya anda mungkin sudah mengganggu kerja mereka. Jika mereka kepenatan dan sedang berehat, anda telah pun mengganggu masa rehat mereka.
Buat Panggilan Kena Waktu
Bila nak menelefon orang biarlah kena waktunya. Takkan nak telefon rumah orang pagi-pagi buta kot? Kan kebiasaanya waktu tu orang sedang tidur. Jika orang yang ditelefon tu lecturer a.k.a pensyarah kena ingat juga, jangan ganggu waktu privasi mereka. Sesetengah pensyarah dah bagi tahu awal-awal jangan telefon mereka selepas waktu pejabat.
Apa guna negara semakin maju dalam teknologi tapi mereka yang menggunakan kemudahan tersebut seperti duduk dalam hutan. Bila dikatakan tak bertamadun tahu pula terasa hati. Jadilah orang yang bertamadun okey
Kenapa cerita pasal adab menggunakan telefon? Sebab aku yang terkena…
No related posts.
betul..aku sejak praktikal ni mmg dah biasa telepon perkenal kan diri..
okey la buat gitu… benda baik, buat tak rugi pun… untung pada kita gak…
hoho..tapi kalau dah kena call sampai 5-6 kali..dan aku dah beritahu ini salah nombor punya kes..memang aku maki gak kalau tak makan saman..
aku dah kata, ko call nombor salah nih..takpun ko kena tipu..
titan recently posted..Buffered Earnings yang ke 20 dan 21 dari Nuffnang
ada gak ye org yg salah 5-6 kalai ke nombor yang sama… dahsyat sgt org tu… huhu… mmg jenis yang tak makan saman la tu… hahaha..
macam titan jugak, aku pernah dapat no recycle (dah tak pakai … konon nak pakai no cantik)… berderet ah long, bank, orang perseorangan cari…. rujuk2 punya rujuk rupanya no orang kenamaan kaki belit…. waduh parah…
bab pakai no recycle… tu ada kes… kredit kena tolak tiap bulan… buat org marah jek… sbb kredit kena tolak free je…
hehe aku dulu salu kena indon mane call random tepon camtu je..skang dah takde dah
haha… aku pun rasa2 penah tkena dengan indon… confiden je dia cakap…
klau voicemail, bagi salam pun tak berjawab jugak.. kurang asam sunggoh operator…. dia tak tau ke jawab salam tuh wajib?
FD recently posted..#SPM – Bagaimana Proses Meniru Itu Berlaku Di Dalam Exam Hall
haha… tak boleh blah… dgn mesin pun jadi…
Cara menjawab telefon ini ada kursusnya. Bukan sesuka hati sahaja nak jawab telefon. Cara menjawab telefon akan mencerminkan imej syarikat. Kalau syarikat koperat besar biasanya akan merakam perbualan khidmat pelanggan mereka untuk tujuan audit
hehe… syarikat besar mmg pentingkan kualiti khidmat pelanggan…
kalau ada orang call, selalu tunggu dia cakap dulu. hehe..selagi dia tak cakap, selagi kita saya senyappp..

ohcikgu recently posted..Perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia di Wembley: Milik Lee Chong Wei atau Lin Dan?
hehe… aku selalu akan mula bagi salam… tak kisah la dia senyap ke tak…
hehehe …
mcm mn klau owang kita call xangkat ek =P
org dah tak nak angkat… letak la telepon… hehe…
hahahaha …
a’aah kan ..
xkan nop tunggu sampai dia angkat ..
satu lagi tips call lah hanya dua ke tiga kali untuk satu-satu masa sahaja, kalau orang tak angkat, telefon la waktu lain pulak.
Tips yang bagus… terima kasih untuk tambahan tips tersebut…