Aku Berasa Sangat Aman

Aku berasa sangat aman semenjak hari Khamis 25 Ramadhan 1432 yang lalu. Ini disebabkan laptop kesayangan aku telah pun kembali dan aku dapat menggunakan ia untuk aktiviti online.

Aku berasa sangat aman semenjak menggunakan laptop aku sendiri. Salah satu sebabnya ialah aku terlupa untuk install software feed reader. Jadi laptop aku menjadi lebih senyap kerana tidak mendapat notifikasi apabila blog-blog yang aku follow di-update oleh tuan punya blog.

Rancangan untuk hari ini ialah jalan-jalan di LowYat. Membeli laptop untuk adik yang baru menyambung pelajaran di UniKL MIIT.

Harga Emas jatuh bawah RM750 semalam. Pagi ini nampaknya harga dah menunjukkan pola menaik.

Sekarang dah ingat jadi kena install feed reader.

Aku nak leech fail torrent yang saiznya 1.7GB… SeedBox RM30/bulan terasa mahal…

No related posts.

0 thoughts on “Aku Berasa Sangat Aman

    • spec 4gb dengan ada grafic card tu kemestian… memandangkan adik aku tu guna software yang berat-berat… tak ada grafik kad dengan tak cukup ram nanti masalah pula. macam tahun lepas, laptop adik aku yang seorang lagi, aku beli spec biasa saja sebab dia tak guna berat sangat…

      nanti aku cuba web yang kau cadangkan tu, aku nak siap-siap pergi jalan-jalan dah…

      boleh juga pakai google reader, tapi aku dah selesa guna software… :-)

    • aman tu aman saja, cuma kadang-kadang kegeraman dek kelembapan PC tu sebab pc model yang boleh dikatakan agak usang. Lagi satu bila pakai pc tu tak boleh nak biarkan pc tu berjalan 24 jam. Nanti bil api melambung naik dan aku dah pun kena warning pasal perkara itu. :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge