Assalamualaikum. Kira-kiranya lepas aku bersahur pagi tadi aku melakukan aktiviti menjelajah ke blog kawan-kawan. Tapi entah macam mana aku boleh tersesat ke blog yang menceritakan perihal kewangan. Cerita pula pasal emas. Dah sekarang ni, aku pun nak simpan emas juga.
Selepas menjelajah dan terus menjelah, kegilaan aku terhadap emas menjadi lebih tinggi. Habis segala macam ilmu berkaitan aku cari. Cara nak pajak emas, cerita tentang dinar emas, bar emas, sampai pasal barang kemas pun aku cari sekali. Tiba-tiba saja aku jadi gila emas.
Terperasan aku rupanya orang dah heboh pasal emas ni lama dah. Cuma aku saja yang lambat dapat seru. Sampai aku perasan teknik pajak emas Public Gold dan pajak dinar emas dah tidak boleh lagi digunakan kerana bank yang berkaitan telah membekukannya sekitar Mei 2011 yang lalu. Kalau teringin sangat nak pajak emas, hanya barang kemas sahaja yang diterima.
Lagi satu aku terbaca tentang, sandarkan sesuatu yang akan susut nilainya dengan sesuatu yang menaik nilainya. Contoh, nak beli kereta tapi harga kereta akan semakin menurun, jadi sandarkan ia dengan emas atau benda lain yang nilainya meningkat dengan masa.
Alangkah bagusnya jikalau aku mengetahui dan memahami tentang emas ni lagi awal. Mungkin juga sekarang ini aku sedikit berharta dari sekarang. Memandangkan aku terlewat aku kerugian. Tetapi dalam satu pandangan lain aku beruntung sebab Tuhan buka minda untuk tahu lebih sedikit tentang ilmu kewangan.
Alangkah Beruntungnya Menjadi Orang Yang Tahu
Sekarang ni harga satu dinar sekitar RM800 ++, serius aku teringin sangat nak simpan emas. Satu dinar pun jadilah. Nak beli emas bar yang 10gram belum mampu lagi.
p.s: Bagi mas kahwin kat bakal isteri guna emas macam best saja. Bolehlah kiranya pasang cita-cita kumpul emas buat mas kahwin untuk bakal isteri. Rasa sangat sweet…
No related posts.
wow! yang menarik dekat CITA-CITA tu!! hehe
dah lama pasang hajat tu, moga2 dapat dijadika kenyataan… ada gak cerita kat sorang dua member or dengan adik2…
kalo nak join ‘fenomena’ bak alamt k?

puteri recently posted..fenomena kad raya
hehe… puteri nak kasi kat bape ramai ni… nanti saya sms alamat kat no yg puteri kasi kat blog tu
emas makin laku sekarang…hihihi..:)
p/s: bro mcm mana nk buat quote code ada warna

W.R recently posted..Tips Blogging | 10 Cara Tingkatkan Ranking Alexa
yang color2 tu pakai css… guna class… sebab class ni boleh guna banyak kali…
cnth…
.alert {
background:#FFFF99;
border: 1px dashed #FF9900;
}
nanti bila kat entri letak class tu pada perenggan tu…
Ini perenggan satu
———————–
betul tu harga emas naik dan terus naik… kena mula cari modal simpan emas dah nie…
memang boleh kaya kalau kena caranya
abang ipar saya buat bisnes ni je , dr surat gelang dan sekarang berpuluh2 kg emas dia …. bagi mas kawin kat bakal isteri tu bagus sebenarnya , bukan saja boleh simpan malahan main menaik harganya kan ..
puanbee recently posted..Perjalanan Initty Setakat Ini
hehe… antara sebab kenapa saya nak kasi emas kat bakal isteri… harganya sentiasa naik…
ada gak harta dia kan… buat tambah harta dia yang sedia ada…
Harga emas tengah melambung sekarang ini kerana mendapat permintaan tinggi. Tidak semesti beli Dinar atau Jongkong emas dan boleh juga dibeli perhiasan emas untuk disimpan.
akubiomed recently posted..Rawatan rel keretapi elektrik
pasal perhiasan emas dah pun disaran kepada bonda tercinta dengan harapan dia pun turut menyimpan emas… tengok la macam mana nanti…
haha aku dah plan.start kerja tahun depan,kumpul emas banyak2

tapi dah cukup haul & nisab,kena bayar zakat.baru bertambah kaya
izwannizam recently posted..Misi 12 Bulan
awat cepat sangat hang keje dari aku… aku paling kurang lagi setahun setengah baru kerja… tak tau la pula kalau sambung master
hehe… semoga cita2 tu tercapai… bila dah cukup haul kena bayar zakat… baru berkat…
hahah takpa.carilah extra money sikit2.boleh beli emas nanti.hehe aku pun kena depends on gaji nanti..x la teruk inflation
hehe… tgh2 belajar ni cari dsikit ilmu kewangan… kalau ada peluang boleh apply… dah keje insyaallah ruang nk apply ilmu tu lagi terbuka luas sebab ada income dari kerja kita… boleh buat modal…
hehe satu je nasihat aku.jangan cepat jual bila harga dia naik.kadang2 semua tu spekulasi pasaran…jadikan long term investment.1/3 simpan dalam bank.1/3 simpan dalam unit trust ke.1/3 dalam emas…so ada cover la bila emergency.
emas utk simpanan jangka panjang… itu la cadangan aku… tengah nasihat mak buat benda yang sama… tukar sikit simpanan duit kertas kat bank tu ke bentuk emas.
membuat pelaburan emas juga perak memang menarik dan menguntungkan untuk jangkamasa panjang… cuma jgn lupa membayar zakat emas dan perak kelak… terasa nak simpan juga bila terbaca entry ni…. tq2
sama-sama… sekarang zaman emas dan perak, jadi lebih selamat comvert sikit simpanan ke bentuk emas dan perak… sebab nilainya tak dipengaruhi oleh inflasi…