Assalamualaikum. Pertama sekali, pemilik blog ini masih single dan tak ada pengalaman bercinta apatah lagi berkahwin. Jadi tak boleh nak bagi tips atau cara-cara mengambil hati pasangan. Tips tu mungkin boleh tanya dengan Kak Jie

-
Mahu Disayangi?
Banyak buku yang aku baca yang maksudnya lebih kurang begini. Jika mahu orang menyayangi diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi diri sendiri. Ada logiknya juga difikir-fikirkan.
Satu lagi aku pernah baca buku yang ada kata sesuatu yang bunyinya lebih kurang begini. “To be love, just be yourself but a little bit better.” Sweet tak maksud dia… Point dia… Jadilah DIRI SENDIRI.
Persediaan Mental?
Dah teringin sangat nak bercinta tapi pasti ke diri tu dah bersedia. Kalau ikutkan keadaan di Malaysia ni umur dalam 20an boleh dikatakan agak muda. Zaman dulu-dulu orang memang nikah awal sebab mereka matang walaupun umur masih muda.
Belajar dan dalami ilmu rumah tangga. Penuhkan dada dengan ilmu yang diperlukan. Ilmu agama, kewangan, keibubapaan, ekonomi, politik dan lain lain ilmu berkaitan. Asalkan ilmu yang berfaedah dan boleh memberi kebaikan untung diri sendiri juga kalau belajar.
Sebagai lelaki apa tanggungjawap suami. Sebagai isteri apa tanggungjawap isteri. Nanti bila dah dapat anak, apa pula tanggungjawap sebagai ibu bapa. Tanggungjawap terhadap ibu bapa, masyarakat, negara, dunia, dll… Sila ambil tahu.
Kepada kaum Adam dan kaum Hawa, aku mencadangkan kalian semua membaca ataupun mendengar audio book Men Are from Mars, Women Are from Venus. Buku ini sangat-sangatlah bagus. Ada cerita pasal perbezaan kaum lelaki dan wanita dan rahsia untuk saling memahami antara satu sama lain.
Persediaan Fizikal?
Sebagai lelaki, kena fikir juga dah mampu ke belum nak tanggung anak dara orang. Ingat anak orang makan nasi bukan makan pasir… Nak nikah pada usia muda? Erm, pada aku itu bukan satu masalah sebab aku sendiri memang menyokong nikah pada usia muda…
Page Untuk Mereka Yang Nak Kahwin Awal
Rezeki untuk setiap anak Adam sudah ditentukan oleh Allah jadi tak perlu risau pasal rezeki. Asalkan kita usaha insyaallah pintu rezeki itu akan Tuhan buka. Sebelum nikah Allah bagi rezeki untuk seorang. Bila dah nikah Allah bagi rezeki untuk dua orang pula.

-
Rumah atau Kereta?
Hasil pembacaan aku, katanya rumah dan kereta merupakan liabiliti paling besar bagi seseorang. Ada satu pandangan katanya jika kita tak merancang untuk menetap disesuatu tempat menyewa rumah adalah langkah yang lebih bijak. Katanya lagi, apabila kita telah membeli rumah, kita akan berasa berat hati apabila mendapat kerja diluar kawasan.
Tips untuk membeli rumah ialah membeli rumah pada bawah harga pasaran. Tapi macam mana nak beli rumah yang bawah harga pasaran? Jawapannya ialah dengan membeli rumah lelong. Dengan membeli rumah lelong kita akan dapat menjimatkan duit kita kerana ia lebih murah. Jika bernasib baik, rumah yang kita beli juga sudah siap diubahsuai dan lengkap dengan kelengkapan perabot.
Tips membeli kereta pun sama juga. Beli kereta second hand untuk menjimatkan duit kita. Tapi jika kereta itu bukan keperluan lebih baik duit untuk membeli kereta itu kita gunakan untuk menabung.
Tapi bila beli kereta second hand kita kena pandai pilih. Kalau jenis yang tak pandai pasal kereta ni. Elok bawa teman atau upah mekanik untuk teman kita pergi beli kereta. Biar mereka tengok kereta yang kita nak beli itu elok atau tidak. Oh! ya jangan sampai terbeli kereta potong sudah…
Kereta second hand juga adalah kereta baru cuma telah digunakan beberapa tahun…
Menabung dan Wang Kecemasan
Jadikan tabiat menabung sebagai amalan. Kalau nak kahwin duit tersebut boleh digunakan sebagai wang hantaran. Elok menabung awal-awal supaya nanti tak lah tertekan nak jadi duit bila nak nikah. Siapkan awal. Bila dah nikah pun amalan menabung perlu diteruskan juga. Kalau nak mula menabung untuk pendidikan anak-anak pun dah boleh dah.
Wang kecemasan ni pula adalah wang untuk kegunaan kecemasan lah kan… Nama pun wang kecemasan. Incase tiba-tiba kita perlu menggunakan wang, wang kecemasan ini boleh digunakan tanpa menganggu wang untuk perbelanjaan yang lain.
Hutang Baik VS Hutang Buruk
Putus Cinta?
Incase bila cinta tak kesampaian ingatlah bunga bukan sekuntum dan kumbang bukan seekor. Jangan putus asa kerana satu masa nanti kita pasti akan ketemu dengan insan yang kita sayangi dan turut menyangi kita juga.
Stupid Things To Do To Get Your Ex Back
Fuh… Kena mengena ke semua yang aku bebelkan dengan cara mengambil hati pasangan? Orang tak pernah bercinta nak bagi tips cinta… Memang tak patut… Saya budak baru belajar, kalau silap tolong betulkan.
Penulisan berdasarkan keyword yang sesat ke blog ni
Picture credit: [source] [source]
Related posts:
ahaha aku tak pernah lagi nak menulis based on keywords yg sesat.
anyway,point2 yang kau bagi tu dah betul dah.lagi2 kalau yg serius dengan pasangan.bukan setakat cakap,”sayang,jom kahwin” tapi banyak benda nak fikir & pertimbangkan.
nota : thanks for the backlink

izwannizam recently posted..Dugaan Benda Baru
sama2…
cuba la buat gitu gak… ingat nak tulis sikit jek… sekali terlajak lak…
yg dah kawin pon bole gunapakai tip ni – ko dah kawin ker bro

neo recently posted..Buat Duit Dengan BuySellAds – Pengalaman Peribadi Aku
mananya… masih single… hajatnya gitu la… tapi belum ada rezeki lagi…
trivia :
org lelaki, janganlah anda duk kejar-mengejar perempuan. kelak anda akan bosan dengan yang dikejar.. so, stay cool, be smart, nice attitude… 3 tuh minima… 4 itu optimia…
FD recently posted..#SPM – Bagaimana Proses Meniru Itu Berlaku Di Dalam Exam Hall
haha…. kena juga ada menolak dan menarik… kasi sikit tapi tak banyak… tah cam ne nak explain pun tak tahu… baca buku punya pasal…
yang penting, kena jangan mudah putus asa. Kena pandai buat seo sikit untuk tackle hati pasangan tu. Kalau wat blackhat seo..memang sah-sah la pasangan tu lari. hehe..
hehe… kalau buat greyhat seo ok tak…?
hehe… blackhat seo yek… anak orang tu… tak baik buat jahat dengan anak orang kan… tuhan tu maha adil… cam ne kita buat org… cmne la nnt kita kena… nasihat utk sesiapa yang bercita-cita nak jadi BUAYA DARAT… muahahaha
peringatan untuk diri aku sekali…
masih solo, tak payah baca entry ni boleh tak???bahahahahaha.tapi, apa pun betul jugak apa yang kau tulis ni.
hehe…. yg menulis pun masih solo… nnt jadikan draft post balik… nnt publish bila dah berpunya…. hahaha…
Aku ada 1 tip untuk jaga hati pasangan.. bukan mudah untuk dibuat tapi tidak mustahil,
“pastikan bau kentut pasangan sentiasa wangi dari courting sampai dah beranak pinak”
Dapat buat ni, InsyaAllah bahagia… makna? Just read between the lines!!
adamfaiz recently posted..Kereta Saya Rosak…Saya Nak Balik Seremban!!!
hehe… mencabar tu…
aku suka part menabung tu..
buatlah sebelum kahwin..
betul2… kalau nk nikah baru nak menabung… mmg lama la menunggu… jgn nnt pasangan cari yg lain sbb dah tak mau tunggu…
apapun sebelum mengambil hati kena bersedia untuk mengambil tanggung jawab dan sifat kerjasama juga persefahaman, tapi kalau belum kawin dan kontrol macam2 tu agak2lah… huhuhu
hehe… apa yg penting… kerjasama… moto wonderpet leh pakai la…
hikhik ..
sudah lama dop singgah sini =) ..
mak ai ,, terbaek la tips fahmi …
mcm dowh ada pengalaman je >_<
ehem2… buat2 tak tau lak sy cm ne…
hehehe …
ye saya taw kamu cam ne ..
hehehe ..
oooo tu ke cara diaaa
Mungkin…