Cermin Mata Pelajar Patah

SERTING 24 Ramadhan 1432 Hijrah – Satu kejadian yang tidak disangka-sangka telah menimpa seorang pelajar di sini. Menurut Fahmi Raazali seorang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin, cermin mata beliau telah patah secara tiba-tiba.

Kata beliau ketika menjawap soalan dari wartawan, “Saya terkejut, kejadian itu berlaku secara tiba-tiba. Saya masih rungsing memikirkan kejadian itu. Saya telah bersana cermin mata tersebut lebih dari 2 tahun. Saya pasti saya perlu mencari penggantinya secepat mungkin.”

Beliau yang sedang menghabiskan cuti semester sebelum menyambung kembali pengajian beliau pada awal bulan September nanti masih belum membuat keputusan sama ada ingin membeli cermin mata yang baru ataupun sekadar membeli contact lens memandangkan harga contact lens yang jauh lebih murah.

Menurut beliau lagi , beliau telah memilih untuk menghabiskan cuti semester beliau seminggu lebih awal bagi menjadi sukarelawan bagi menguruskan kemasukan pelajar ijazah sarjana muda (degree) sesi September yang dijangkan akan mendaftar masuk pada 4 September 2011 nanti.

“Nampaknya saya akan kembali ke UniSZA dengan gaya yang baru dan lebih kacak dari biasa.” Itulah kata-kata terakhir beliau kepada wartawan sambil tersenyum sebelum sesi berakhir. -Bernama

Related posts:

  1. Tips Menjaga Mata…
  2. Lihatlah dengan Mata Hati….
  3. Tips Belajar Untuk Pelajar
  4. Emel Kepada Pihak Maxis Part 2

0 thoughts on “Cermin Mata Pelajar Patah

    • hehe.. ni pun pakai bantai saja… berseronok dengan blog sendiri… :-)

      erm, soalan yang dekat hujung tu… aku sendiri pun tak berapa yakin dengan style penulisan aku… dalam proses penambahbaikan… tak yakin boleh menulis untuk orang… huhu…

    • kau pun pernah kena juga? itulah pasal, aku terkena hari itu terkejut… sebab tak jangka cermin mata boleh patah.

      aku lama dah tak main bola. satu-satunya aktiviti riadah untuk keluarkan peluh yang aku buat ialah semata-mata berjoging. seronok berjoging. :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge