Ini Bukan Kisah Nyata
Tiada Kaitan Dengan Siapa
Kisah Dongeng Tulisan Belaka
Tiada Menyerang Sesiapa Jua
Jikalau Sudi Jemputlah Baca
Kisah Satu Negara Bangsa
Pernah Kau Dengar Ini Cerita
Kisah Satu Negara Bangsa
Makmur Rakyatnya Gah Pemimpinnya
Bersatu Hati Menjaga Negara
Kedaulatan Negara Tunggak Utama
Pemimpin Dulu Hidup Tak Lama
Pergi Mereka Diganti Kepimpinannnya
Waris Pemimpin Bijak Orangnya
Tiada Menipu Rakyat Jelata
Rakyat Marhaen Kisah Pertama
Kepentingan Peribadi Kisah Kedua
Mereka Dulu Rakyat Biasa
Tapi Diangkat Diberi Kuasa
Memacu Negara Ke Puncak Jaya
Menggerak Rakyat Maju Bersama
Mereka Sangat Sayang Negara
Mencari Formula Hidup Bersama
Agar Hidup Aman Sentosa
Lagi Harmoni Lagi Sejahtera
Akhirnya Formula Terjumpa Juga
Mereka Setuju Berkongsi Kuasa
Demi Kemaslahatan Seisi Negara
Akhirnya Perjanjian Diikat Bersama
Oleh Pemimpin Wakil Bangsa
Isu Sensitif Dilarang Bicara
Keistimewaan Diberi Sebagai Tanda
Mereka Akan Berkongsi Kuasa
Negara Berdaulat Milik Bersama
Lama Berkuasa Sangatlah Suka
Tiada Lawan Setara Kuasanya
Agenda Dulu Sejarah Belaka
Tiada Diingat Dilupa Sahaja
Dengarnya Rakyat Kisah Kedua
Kisah Pertama Kekalkan Kuasa
Mereka Tak Ingat Sejarah Lama
Kisah Zaman Dulu Kala
Satu Negeri Kecil Sahaja
Sangatlah Luas Masyhur Negerinya
Hasil Bijaksana Ketua Atasnya
Negeri Berkembang Luas Jajahannya
Tapi Sayang Tak Kekal Lama
Akhirnya Tumbang Negara Bangsa
Kerana Bebal Pemimpin Atasnya
Selalu Bersaing Mencari Kuasa
Cara Tak Sihat Sering Diguna
Lawan Tak Menang Tiada Puasnya
Akhirnya Ambil Pihak Ketiga
Minta Sokongan Dapat Kuasa
Harga Murah Tak Terkira
Bayar Dengan Harta Negara
Tanah Luas Apa Guna
Digadai Demi Dapat Kuasa
Wahai Pemimpin Di Atas Sana
Ingatlah Rakyat Beri Kuasa
Agar Memimpin Majukan Negara
Tak Kan Tak Ingat Sejarah Lama
Pemimpin Jatuh Kerana Alpa
Jangan Sibuk Dengan Kuasa
Ingat Rakyat Di Bawah Sana
Kerana Mereka Adalah Raja
Ikut Pangkat Engkau Kulinya
Dilantik Bekerja Untuk Mereka
Memimpin Negara Maju Bersama
Sebagai Tanda Beri Kuasa
Hormat Keputusan Urus Negara
Demi Melihat Maju Agama
Demi Melihat Maju Bangsa
Demi Melihat Maju Negara
Nukilan,
Fahmi Raazali
10 Ramadhan 1432 hijrah
tanggal 10 Ogos 2011 masihi
Sorang Diri Mencari Hiburan
Datang Teman Tambah Ceria
Jemputan Bukan Sekadar Jemputan
Anggap Cabaran Membuka Minda
Zul Panggilan Teman Seperjuangan
FD Teman Baru Berkenalan
AunieZ Siapa Nama Gerangan
Maafkan Saya Terlupa Nama Gelaran
Buat Teman Jadi Panduan
Buat Mencari Maklumat Tambahan
Pertandingan Puisi Jadi Cabaran
Cabaran Sulung Blog MohamadAzhan
Related posts:

Ingat Rakyat Di Bawah Sana
Kerana Mereka Adalah Raja
Ikut Pangkat Engkau Kulinya
Dilantik Bekerja Untuk Mereka
aku suka yg ni..
ps..ini pertandingan ke apa?
haah la.. aku lupa nk link ke entri contest nie… jap lg aku edit…
sementara tu ko tgk sini… http://www.mohamadazhan.com/2011/07/contest-aku-berpuisi-tarikh-akhir-16.html
hadoi..aku tak de idea nk mengarang skrg ni..otak tak ley fikir benda2 seni..kalau ko tgk blog aku pon takde entry yg kreatif sket..yg simple2 je aku post skrg..lgpon masa tak de ar..
hehe.. ye la… org bekerjaya…
semoga murah rezeki
hari hari “say: i love you”
aku cuma reti “say: thank you”
FD recently posted..#SPM – Malam (Hari) Pertama, Cobaan
haha…
fokus utk SPM sekali… huhu…
wah, ada contet berpuisi pula..hehe..
nak join ke tak ekk..
ohcikgu recently posted..Ada cikgu-cikgu yang berniaga pada bulan Ramadan kali ini?
hehe… ada masa join la… sekali-sekali jadi puitis sikit ye tak
menarik! maybe boleh skodeng.kot2 nak join jugak.hahahaha
Lizz recently posted..Kita Tengok Siapa Lagi Mantap, Nuffnang Atau Innity!
join jangna tak join…
ahha sampai hati tak ingat nama saya..cari balik .. :p
hehe kna wat gak ke..adeh tak sepuitis ini..nt jd merepek je bunyinya hehe
haziqah recently posted..30 Things in 30 Days Challenge
erm… dah cari dah… tapi tak jumpa… klu nama kat fb tu… Haziqah tu dah tgk dah… saya nak cari nama panggilan tp tak jumpa lak… huhu…
hoho..sudah menang. Tahniah, tahniah..

titan recently posted..Komisen ke 7 dari SenangHamil.com
hahaha…. awal sgt ucap tu… tarikh tutup contest lambat lagi… kalau masin mulut ko… merasa la aku…
fahmi, masuk link Azhan, tengok details contest..
letak banner dalam entry dia
dan tinggalkan link entry ni kat sana
ada baca… tapi tak ingat nak letak… huhu… nnt sy check semula… dah tinggalkan link… tp belum letak banner… jd lagi sy edit semula…
terima kasih bg tahu… sy tak perasan… hehe…
heheheee…
puteri recently posted..Contest Aku Berpuisi – Sendiri
Mintak2 lah pemimpin kita baca
luahan hati rakyat jelata 

azman recently posted..Sketsa 12 Ramadhan
hehe… kalau la dia orang rajin blogwalking…
walau apa yang berlaku jangan dilupa pertahankan kedaulatan raja dan negara.. jgn biarkan kita dijajah lagi… baik negara, minda dan juga situasi… sekadar pendapat… menarik la bro puisi kat atas nun… semoga berjaya…
terima kasih bro… penjajahan tu luas maknanya… sekarang ni orang dah tak jajah secara fizikal… orang jajah secara halus2…
orang jajah minda je sekarang ni. huhu.. Sya dah lama x buat entri puitis2 ni. Good luck ya untuk contest ni.
Sya Isya recently posted..KONTEST MENANG DUIT RAYA
betul tu… jajah minda kesannya lagi dahsyat…
terima kasih…