Evolusi Perkembangan Saiz Pinggang

Amaran awal entri ini bukan bersifat ilmiah. Cerita yang agak mengarut yang tiba-tiba ingin dijadikan entri blog tatkala kekenyangan selepas berhahur pada 8 Ramadhan 1432 hijrah tahun 2011 masihi yang jatuhnya pada hari Isnin.

Dalam banyak-banyak cerita yang boleh dibuat, kenapalah agaknya aku memilih cerita tentang saiz pinggang? Setahu aku umumnya orang lelaki tak kisah mana pun tentang saiz pinggang mereka. Tapi aku ambil kisah sikit kot atas alasan tersendiri.

Saiz pinggang masa aku form 4-5 aku rasa mungkin 27 inci. Sebab aku tak muat nak pakai seluar f4 bila dah masuk diploma. Saiz pinggang masa diploma pula ialah 28 inci, yang ini aku comfirm. Sekarang masuk degree saiz pinggang pun upgrade sikit dalam 29 inci.

Bila dah masuk degree ini aku memang berkira pasal saiz pinggang. Sebab apa? Sebab nanti kalau dah tak muat nak kena beli baru dan aku bukan pandai sangat nak memilih pakaian untuk dipakai. Pakaian yang nampak cantik dimata aku kureng di mata kawan-kawan aku. Kata mereka tak padan…

No related posts.

0 thoughts on “Evolusi Perkembangan Saiz Pinggang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge