Perut Bukan Tong Drum

Assalamualaikum. Bulan puasa ni ada juga terbaca berita pasal pembaziran di bulan Ramadhan. Pembaziran itu berlaku apabila mereka yang berbuka membeli juadah berbuka secara berlebihan. Sampai satu tahap juadah yang dibeli tu dibuang ke dalam tong sampah.

Memandangkan sekarang ni aku tengah bercuti dan duduk dirumah, tiada sebarang belanja untuk juadah berbuka aku peruntukkan. Kalau macam tahun lepas kebiasaannya aku belanja dalam RM4-RM6 untuk beli juadah berbuka. Beli air dan beli nasi dengan lauk sekali. Itu pun dah lebih dari kenyang sebab nak habiskan makanan yang dibeli tu pun tak larat.

Satu kes bila berbuka puasa ialah kita hentam makan segala macam juadah depan mata sampai nak bernafas pun siksa. Ingat perut bukan tong drum, asal teringin apa-apa sumbat masuk je. Seelok makan janganlah terlalu kenyang. icon smile Perut Bukan Tong Drum

Adab-Adab Berpuka Puasa

1. Menyegerakan  berbuka puasa.
2. Berbuka dengan rutap atau tamar ataupun air.
3. Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka.
4. Tidak makan secara berlebihan ketika berbuka.
5. Berdoa ketika berbuka puasa.
6. Mendoakan orang yang menjamu kita berbuka. [sumber]

Ingatlah ketika kita berbuka puasa dengan mewah di sini, masih ada insan diluar sana yang memerlukan bantuan. Elakkanlah pembaziran dan hulurkanlah bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Untuk Mereka Yang Sentiasa Kenyang

derma ke islamic relief malaysia Perut Bukan Tong Drum

Alhamdulillah hari ini tiba-tiba keyboard kat rumah ni elok semula… icon smile Perut Bukan Tong Drum

Related posts:

  1. Puasa Hari ke-2, 1431 Hijrah
  2. Bukan Senang Nak Memancing

0 thoughts on “Perut Bukan Tong Drum

  1. Teringat zaman belajar dulu…
    lebih kurang macam Fahmi jugak
    spent bawah RM5.
    pernah RM5-6 share ngan housmate, beli untuk 5 orang!
    hehe jimat2..
    nasi 2 bungkus, rm2. lauk rm3/4.
    perghh sempoi

    • hehe… tu bila dapat kawal diri… leh la budget2… tp bila tak dapat kawal… boleh selamba makan mahal2… habis budget belanja makan 2-3 hari kena tarik… :D

      sem depan kena usaha lagi belanja ikut bajet harian :-)

  2. Pingback: Untuk Anda Yang Sentiasa Kenyang — Izwannizam Ruslim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge