Mungkin rezeki aku sudah tiada lagi dengan adsense. Hari ini bila aku bangun dari tidur dapat emel mengatakan akaun adsense aku telah di-disable-kan oleh google. Aku sangka ia cuba emel spam yang berniat jahat. Tapi sangkaan aku itu meleset sama sekali. Akaun adsense aku rupanya betul-betul telah di-disable-kan oleh google.
Alasan akaun aku di-disable-kan ialah fraud click? Pelik juga aku dibuatnya. Aku tak pernah click iklan sendiri dan tak pernah suruh orang klik iklan adsense dekat blog aku. Sekurang-kurangnya dalam 3-4 tahun kebelakangan ini memang klik tersebut semulajadi dari pengunjung blog.
Masa mula-mula masuk adsense dulu pernahlah terlibat dengan aktiviti tak sihat seperti geng klik iklan ni. Tapi selepas dah matang sedikit adalam arena blog, aku sendiri pun tak suka dengan aktiviti scamming yang tak sihat. Antara sebab kenapa SeductiveX aku tak digunakan… Aku belum jumpa cara lain nak guna SeductiveX ni…
Aku memang tak aktif dengan adsense. Dah berapa bulan dah akaun adsense tu terperap. Rasanya dah adaa USD30 dah kat akaun adsense aku. Tapi itulah bila akun kena disable, google bukan nak bagitahu sebabnya dengan lengkap. Sekadar bagi sebab umum dan tak lengkap.
Contoh, jika akaun kena disable bagitahulah akaun kamu kena disable sebab fraud click. blog XXX.com tu kliknya luar biasa.
Google boleh dikatakan raja dunia internet. Boleh dikatakan google ini tiada saingan yang setara dengannya. Saingan paling dekat ialah Facebook, itupun nampaknya google telah pun mula menyusun langkah dan strategi bagi memastikan takhtanya tak dirampas.
Dah kena berkemas untuk balik Terengganu. Dah habis dah cuti 3 bulan aku rupanya. Serius, rindu nak balik Terengganu
Nak eja takhta pun kena check dengan google.
Related posts:
boleh cash out ke adsense tu… selamat balik hari raya aidilfitri maaf banyak2 sekiranya ada salah dan silap….
Dah tak boleh dah rasanya… Adsense tu memang tak boleh nak buat apa dah rasanya… Selamat balik raya juga…
Isu ni selalu di alami oleh blogger yg guna google adsence…mmg sama macam di alami oleh sesetengah blogger,elok disable jer google adsence tu.
azman recently posted..Surat isteri seorang blogger
Tengok gaya memang comfirm kena tinggalkan adsense. Kena cuba benda lain pula… Sekarang tengah belajar ClickBank pula…
Bimbang juga berlaku kena ban Google Adsense nak kumpul earning bukannya senang. Salam hari Lebaran dan sampai selamat ke destinasi yang dituju
akubiomed recently posted..Salam Aidilfitri kepada sahabat blogger
Salam haei Lebaran juga untuk saudara dan keluarga. Semoga selamat pergi dan selamat pulang dari destinasi yang dituju.
aku dah lebih 10-20 kali kena ban. Haha..masih ada 1 akaun lama yang masih selamat dan ada 1 akaun yang baru aku buat. Nak main adsense ni kena hati kering. Tak leh cepat putus asa.. Hoho..
bab kena ban ni..tak semestinya berpunca dari kita. Kekadang, berpunca pada orang lain..hosting kita..ada orang report dan sebagainya.. biasanya kalau akaun kita tu dilihat membahayakan atau merugikan pihak advertiser..memang selamba aje diorang ban. Diorang ada hak..baca tos diorang. Diorang memang ada hak nak ban orang suka hati diorang..
titan recently posted..Komisen ke 4 dari Kerja-kerajaan.com
tu yang bila baca geram saja… tos tersebut macam tak adil saja… agak2 orang yang main ikut rules ada juga yang kena ban agaknya…
dah tuh, bila nak datang kat umah aku alang2 dah balek ganu ni?
FD recently posted..#Raya – Kelengkapan Persenjataan Personaliti Raya 2011
nanti aku ajak member aku datang beraya rumah engkau ya… minta2 la persiapan untuk sambut budak2 yang baru masuk tak sibuk sangat…
ad masih ada lagi…cuma masih tak berapa laju earning dia..
zik recently posted..Koleksi kad raya yang cool 2011
Tak apa, biar sikit-sikit lama-lama nanti banyaklah tu
Selamat hari raya kepada kamu
hoho..baru aje nak mencuba adsense nih..
sayacomel recently posted..Happy Eid Mubarak 2011 – Selamat Hari Raya!
Cuba jangan tak cuba, adsense salah satu dari cabang untuk mendapatkan pendapatan dari internet yang agak menarik. Cuma jangan langgar term Google sudahlah.
Main Google Adsense ni memang kena berhati2, Carilah alternatif lain selain Adsense, Aku dah xde mood main Adsense ni lepas rm 1900 lebur, GA banned akaun aku tanpa alasan yang kukuh. TQ
Welcome to BlogerPower.info
tu la dlm term dah memang ada nyatakan google boleh banned sesiapa sahaja, bila-bila masa pun.
Aku ada baca kat mana entah, ada blogger yang lawan google untuk tuntut bayaran adsense mereka guna lawyer. Tak silapnya berjaya dapatkan duit adsense mereka sebab dapat buktikan blog mereka itu memang white-hat dan ikut term google.
aritu dah try. rasa cam tak best plak. haha..
ohcikgu recently posted..Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog Ohcikgu.com
adsense ni bila buat kena cara baru best. aku sendiri pun tak dapat merasa nikmat bermain adsense yang sebenar lagi. tak sempat nak improve pun dah kena banned sudah…. hehe…
boleh buka akaun baru bro..cuba lagi.
Kalau nak buka kena guna mana orang lain dengan alamat lain ke? Ada apa-apa tips tak?