Tips Bermain Mercun dan Bunga Api

Hari baru masuk hari ke-5 bulan Ramadhan 1432 hijrah tapi dekat TV dah keluar berita mereka yang tercedera akibat bermain mercun dan bunga api. Kecederaan yang mereka alami itu mungkin disebabkan tiada pendedahan tentang tips bermain mercun dan bunga api.

Tips Bermain Mercun dan Bunga Api

1. Pentingkan Diri Sendiri

Pastikan tiada pihak lain akan terlibat sama apabila anda ingin melakukan sesuatu yang merbahaya. Masa-masa macam ini anda sangat-sangat perlu pentingkan diri sendiri. Berani buat berani tanggung dan jangan sesekali membiarkan mereka yang tidak berdosa turut terkena tempias akibat perbuatan anda itu.

2. Jadi Seorang yang Kreatif

Mercun yang sedia ada sekarang membosankan. Ada mercun meletup pun tak kuat. Ada bunga api pun bunga api yang dah lemau. Barang tak ada kualiti tapi harga mahal boleh tahan. Oleh itu gunalah kreativiti anda untuk menjadikan ia lebih menarik dan mendebarkan. Walau apa pun yang anda buat ingat tips yang pertama. Anda perlu pentingkan diri sendiri.

3. Berjimat Sebolehnya

Seperti tips ke-2 harga mercun dan bunga api memang mahal. Oleh itu anda perlu menggilap kembali kemahiran tawar-menawar anda bagi mendapatkan harga yang terbaik. Gunakan segala kabel, wireless, mahupun wifi connection yang anda miliki bagi memastikan anda boleh mendapatkan stok yang diperlukan dengan harga terendah. Baru boleh main puas-puas.

4. Ingat Orang yang Tersayang

Bila bermain mercun ingat orang yang tersayang. Apakah perasaan mereka sekiranya anda meninggalkan mereka dalam keadaan yang menyayat hati. Jika anda ditakdirkan tercedera bagaimana pula dengan belanja perubatan tiba-tiba yang terpaksa dikeluarkan? Berbaloikah semua itu hanya sekadar untuk mendapatkan kepuasan bermain mercun dan bunga api?

Sebenarnya tips bermain bunga api dan mercun mudah sesangat. Pastikan anda selamat. Jika hendak melakukan sesuatu yang berbahaya pun pastikan juga anda selamat. Rasa-rasa pegang pakai tangan bahaya janganlah pegang. Kalau rasa bila baling boleh terkena orang janganlah baling.

Pesanan terakhir, be safe. Ingat orang yang tersayang.

Tips yang tak berapa santai untuk bermain mercun dan bunga api ini dikongsikan dengan mesej “Biar selamat sekarang asal jangan selamat selama-lamanya“. Ada faham?

Sila-silalah passing-passing dengan mana-mana kawan yang patut… Copy paste pun tak apa… Mana tahu ada yang dapat seru… icon smile Tips Bermain Mercun dan Bunga Api

Related posts:

  1. Tips Menjaga Mata…
  2. Tips Belajar Untuk Pelajar
  3. Tips Blogging Terbaik?
  4. Tips Belajar Saat Akhir/Last Minit

0 thoughts on “Tips Bermain Mercun dan Bunga Api

    • sama la… mercun ada gak la… tiap2 kalai balik kampung boleh pow dgn pakcik… tapi meriam tu mmg lama dah tak main… bukan main meriam buluh la… buat pakai tin susu punya…

      bila balik kg… mmg terasa rindu dengan zaman kecik2 dulu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge