Tips Untuk Jimatkan Ruang Server Blog

Assalamualaikum, hari ini aku nak kongsi tips untuk jimatkan ruang server blog yang baru saja aku belajar. Masa mula-mula diaplikasikan dulu aku dapat jimatkan lebih dari 50mb ruang server.

Delete Fail Error_Log Untuk Jimatkan Ruang Server

tips jimatkan ruang server blog Tips Untuk Jimatkan Ruang Server Blog

Jimat 8mb ruang server. Kalau tak pernah buat mesti dapat jimat ruang server lebih lagi.

Aku perasan kadang-kadang fail error_log ni saiz dia besar. Jadi kalau delete memang jimat sikit ruang server blog kita tu. Masa mula-mula dulu aku delete guna cara manual. Boleh tahan jugalah lecehnya. Mana taknya dah kat dalam server tu ada banyak sangat folder.

Sehinggalah pada suatu hari aku terjumpa cara untuk delete fail error_log ini secara mudah. Sekarang dengan hanya satu langkah sahaja semua fail error_log yang ada di dalam server boleh dibuang. Tak perlu lagi cari satu-satu.

Cara Mudah Delete Fail Error_Log

Aku ada terjumpa  satu php script yang boleh kita gunakan untuk delete fail error_log. Kalau nak cuba boleh download script php tersebut di laman web lesterchan.net. Nak install script ni pun senang. Cuba perlu upload ke root directory server kita.

Download GaMerZ error_log Cleaner

Cara Lain Untuk Jimatkan Ruang Server Blog?

Cara kat atas tu adalah tip yang aku sendiri buat dan dah cuba sendiri. Tapi ada juga terbaca kat blog orang lain cara untuk jimatkan ruang server blog ni. Antaranya ialah dengan meletakkan fail-fail gambar di hosting-hosting percuma seperti picasa, imageshack, dan banyak lagi. Ataupun host kan fail-fail gambar kita di satu blog blogspot.

Cuma aku tak suka cara yang ke-2 ni sebab boleh menyebabkan loading blog menjadi lambat. Walaupun kita dah kecilkan fail tersebut, blog kita masih perlu mendapatkan fail yang kita host kan tadi dari server lain. Jadi ia menambahkan lagi masa blog untuk loading.

Berapa je ruang server blog yang korang dapat jimatkan dengan cara yang pertama tu?

Related posts:

  1. Kesan Apabila Hosting/Server Down?
  2. Meningkat Tahap Keselamatan Blog WordPress
  3. Tips Belajar Untuk Pelajar
  4. Kerja Semalaman… Format Komputer dan Laptop
  5. Tips Blogging Terbaik?

0 thoughts on “Tips Untuk Jimatkan Ruang Server Blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge