Adakah Kelajuan Broadband P1 Wimax Sudah Berkurang?

internet p1 wimax perlahan Adakah Kelajuan Broadband P1 Wimax Sudah Berkurang?

Assalamualaikum. Soalan direct to the point… Adakah kelajuan broadband P1 Wimax sudah berkurang? Aku perasan semenjak dari aku mula sem lagi kelajuaan capaian internet aku sudah berkurang. Ia banyak membuatkan aku berasa tidak berpuas hati.

Dulu aku sangat-sangatlah berpuas hati dengan kelajuan internet yang aku dapat. Sehinggakan aku sendiri dengan rela hati mempromosikan broadband P1 Wimax kepada kawan-kawan aku. Untunglah company P1 masa itu sebab dapat promosi percuma dari aku.

Tapi itu dulu, sekarang ini aku selalu tidak berpuas hati dengan kelajuan internet yang aku dapat. Bila masa kelajuan internet P1 menggila, nak loading google pun lambat. Ataupun page yang aku nak lihat boleh dibaca, tapi page itu masih lagi sedang loading.

Masalah Terlalu Ramai Pengguna?

Aku masih belum ada kesempatan untuk bertanyakan soalan ini terus kepada support team P1 Wimax. Sama ada memang ada masalah di pihak mereka ataupun masalah di pihak aku. Mungkin modem yang aku gunakan sekarang sudah rosak.

Adakah masalah ini disebabkan oleh masalah terlalu ramai pengguna P1 Wimax di sekitar UniSZA KGB?

Bagi yang tak tahu lagi, UniSZA KGB itu bermaksud UniSZA Kampus Gong Badak. icon smile Adakah Kelajuan Broadband P1 Wimax Sudah Berkurang?

Adakah jawapan “terlalu ramai pengguna” bakal aku terima jika aku bertanya dengan support team P1 Wimax nanti? Jika Telekom Malaysia boleh memberikan jawapan itu kepada aku bila aku bertanya kepada mereka kenapa capaian internet aku perlahan, jawapan yang sama mungkin boleh aku terima dari pihak P1.

Jika benarlah jawapan itu yang aku akan terima. Jawapan itu mungkin bukan jawapan terbaik yang mereka boleh berikan kepada aku. Dengan kata mudahnya, jika mereka hanya mampu menjaga 1000 orang pelanggan dengan baik pada satu masa, buat apa mereka perlu mencari sehingga 10,000 tetapi gagal menjaga mereka dengan baik.

Bayar Apabila Guna Sahaja

Walaupun umumnya bayaran untuk perkhidmatan broadband di Malaysia sudah boleh dikatakan murah, sebenarnya ia masih lagi mahal jika hendak dibandingkan dengan negara lain.

Boleh dikatakan juga harga dan kelajuan internet yang ditawarkan juga tidak setimpal. Tapi apakan daya, sebagai pengguna broadband di Malaysia, pilihan yang kita ada juga masih lagi terhad kepada beberapa pembekal sahaja.

Aku suka jika ada pembekal yang mengenakan bayaran apabila kita menggunakan servis mereka sahaja. Bila tak guna tiada bayaran dikenakan.

Sebagai seorang pelajar, kadang-kadang aku perlu membayar bil untuk perkhidmatan yang tidak digunakan. Bayangkan saja jika aku perlu membayar bil broadband untuk 3 bulan masa cuti. Tetapi broadband tidak boleh digunakan memandangkan tiada coverage di kampung aku.

Cuti 3 bulan –> Broadband tidak digunakan –> Tetapi perlu bayar bil internet 3 bulan walaupun tak guna broadband

Pada pendapat aku jika syarikat pembekal broadband memberi kelonggaran kepada student untuk deactivate akaun mereka waktu cuti dimana mereka tidak boleh menggunakan broadband, mereka akan sekurang-kurangnya mendapat pelanggan tetap selama 3-4 tahun.

Itu pun jika mereka mendaftar sejak dari semester 1 pada tahun pertama mereka memulakan pengajian mereka.

Apa pun, polisi setiap syarikat yang membekalkan perkhidmatan atau servis broadband memang berbeza. Nak tak nak kenalah juga pakai mana-mana pembekal yang dirasakan terbaik. icon smile Adakah Kelajuan Broadband P1 Wimax Sudah Berkurang?

Aku harap sangat semoga kelajuan internet yang pernah aku dapat semasa menggunakan P1 pulih seperti sedia kala.

Related posts:

  1. Cerita Awal Tahun Baru 2011
  2. Celcom Tak Sezalim Yang Aku Sangka…
  3. 10 Tahun Sudah Berlalu….

0 thoughts on “Adakah Kelajuan Broadband P1 Wimax Sudah Berkurang?

    • Harap-harapnya begitulah… Tapi tadi petang tanya, support P1 kata tak ada masalah dengan akaun. Tapi itulah, masuk sem ini broadband p1 ada masalah sikit rasanya… slow… tak tahulah kalau pengguna lain ok saja…

    • aku duduk hostel la bro…. tak boleh nak guna streamyx…sekarang ni streamyx dah ok dah rasanya… kat rumah mak aku kat Serting tu, rasanya dah tak lembab macam dulu lagi…

      sekarang ni P1 pula yang jadi siput…

    • cadangan saja tu bro, pada pandangan aku kalau mana-mana provider boleh deactivate akaun untuk sementara waktu… mereka akan dapat pelanggan tetap… tinggallagi kena pastikan perkhidmatan ok. Insyaallah mereka akan kekal guna perkhidmatan yang ditawarkan…

      sekadar pandangan aku sajalah… :-)

  1. Aku juga pengguna P1. Pada aku, ianya ikut berapa ramai pengguna yang dihadkan di sesebuah kawasan dan bilangan base station yang wujud untuk sesebuah kawasan tersebut. Sebagai contoh, kawasan aku sendiri di TTDI Shah Alam mempunyai 3-4 base station yang berlainan. Jadi kalau terasa lembab, bolehlah menghalakan modem ke arah base station yang berlainan.

    Dalam kes kerugian yang ditanggung, pada pndangan aku, adalah elok ko terminate P1 dengan menyatakan ketidak puashatian terhadap kurangnya coverage mereka. Kemudian, ko berubahlah ke prepaid broadband yang menggunakan konsep pay-as-u-use seperti Maxis Mobile Broadband dan Celcom Broadband. (jangan ambik celcom.. hampeh..)
    Omar recently posted..Sekitar Facebook f8 Conference 2011My Profile

    • hehe… bagi yang guna prepaid broadband… speed dengan bandwidth dia macam mana pula ya… nanti aku cuba tengok2 mana2 iklan online berkaitan broadband…

      macam mana nak tahu kat tempat kita ada berapa base station?

    • nanti bila lapang aku tanya… sekarang ni tengah agak busy…. Last time borak2 dengan support, dia bagi spec utk check connection internet. Walaupun dalam range yang dia bagi internet slow juga…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge