Kesimpulan Minggu Mesra Siswa 2011/2012 UniSZA

Assalamualaikum. Akhirnya tamat juga Minggu Mesra Siswa 2011/2012 bagi pelajar degree yang baru mendaftar du UnisZA. Tahniah kepada mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat degree pula.

Pengalaman Jadi Pembantu Mahasiswa

Pengalaman jadi Pembantu Mahasiswa ini agak menyeronokkan. Banyak benda baru yang dapat aku pelajari. Tak kurang juga dapat berkenalan dengan lebih ramai kenalan baru yang turut menjadi PM. Ada juga kenalan dari pelajar degree yang baru melanjutkan pelajaran mereka di UniSZA.

Ada satu tugasan yang mana setiap PM ditugaskan untuk menyelia satu kumpulan untuk persembahan kebudayaan. Jadi nak tak nak kena jugalah uruskan mereka. Lepas kumpulkan mereka, aku beritahu mereka tugasan yang mereka perlu lakukan. Cari nama kumpulan dan lantik seorang ketua dari kalangan mereka.

Lama jugalah nak dapat nama kumpulan. Lepas itu aku cari seorang budak suruh dia jadi ketua. Standard lah budak-budak ini bila ada orang kena target jadi ketua, mereka tolong sokong sahaja.

Belajar Mengurus Manusia

Ada masa kita akan dilantik untuk memegang sesuatu tanggungjawap. Sebagai orang ketua contohnya, kita kena belajar menguruskan anak buah. Bila ada kerja berkumpulan elok lantik seorang ketua bagi memudahkan lagi urusan.

Aku bersyukur sangat-sangat kerana ketua kumpulan yang aku pilih buat kali kedua untuk kumpulan kebudayaan aku boleh menguruskan ahli kumpulannya dengan baik. Tinggal lagi aku cuma perlu pantau mereka sahaja.

Masalah Berkait

Semasa orientasi, masa adalah sangat terhad dan sangat penting. Masalah berlaku apabila sesuatu yang dirancang lari daripada jadual. Contohnya, sepatutnya makan mula pada jam 7 pagi tapi pada masa itu makanan tak siap lagi.

Ataupun makanan dah siap pada masanya tapi bila dah diagihkan kepada pelajar, makanan tak cukup pula. Jadi makanan perlu dimasak dan pelajar perlu menunggu makanan siap pula.

Bila masa makan lewat aktiviti lain turut sama terpaksa mula lewat. Itu belum lagi kira masa untuk pelajar bergerak dari tempat makan ke tempat untuk aktiviti seterusnya. Jadi bila buat aktiviti orientasi kena pastikan makanan disiapkan pada waktunya dan mencukupi. Sebab lambat makan lambatlah aktiviti lain mula.

Dah diamanahkan jaga anak orang jadi kenalah jaga betul-betul. Nanti jika berlaku apa-apa kes, kami juga yang kena jawap.

Mesti Tamat Sebelum Jam 12 Malam

Aku baru tahu yang apa-apa program orientasi mesti ditamatkan sebelum jam 12 malam. Maklumat pasal isu ini aku tak pasti sangat tapi itulah yang aku dengar-dengar semasa jadi PM bagi kemasukan kali ini.

Dengar-dengarnya ia disebabkan oleh peristiwa seorang pelajar telah menghantar mesej twitter ke Perdana Menteri Malaysia… erm…

Pandangan Pertama Kali

Pandangan pertama kali aku apabila mendengar ucapan Menteri Besar Terengganu sesama perasmian Minggu Mesra Siswa ialah beliau memang profesional. Tiada sebarang isu politik diucapkan dalam ucapan oleh beliau.

Banyak juga perkara yang beliau sentuh semasa majlis perasmian MMS UniSZA yang lalu.

Untungnya Pelajar Terengganu

Terasa jealous bila dengar MB Terengganu berucap pasal penghargaan yang diberikan kepada pelajar cemerlang yang berasal dari Terengganu. Pelajar yang mendapat pinjaman dari kerajaan negeri akan ditukarkan menjadi biasiswa sekiranya mereka mendapat Ijazah kelas pertama dengan keputusan 3.75 ke atas + dapat RM5000. Kalau aku tak silap ingat lebih kurang begitulah ganjarannya.

MPP UniSZA Memang Sporting

Serius, MPP UniSZA yang aku kenal semasa Minggu Mesra Siswa ini memang sporting. Mereka tak lokek yang kongsi pengalaman dan beri tunjuk ajar kepada kami yang baru menjadi Pembantu Mahasiswa.

Belajar Speaking English

UniSZA ada menerima beberapa pelajar antarabangsa pada kali ini. Ada seorang dari mereka datang dari Bangladesh dan aku berpeluang untuk bercakap dengan beliau. Memandangkan beliau bercakap dalam bahasa Inggeris aku dapat belajar speaking English.

English aku memang berterabur, jadi aku main bantai sahaja cakap bahasa Inggeris tu janji dia faham. Kalau aku cakap dia boleh faham dan balas semula perbualan aku itu dah kira OK bagi aku… icon smile Kesimpulan Minggu Mesra Siswa 2011/2012 UniSZA

Related posts:

  1. UniSZA – Program Minggu Mesra Siswa Sesi 2011/2012
  2. Cabaran Jadi Ketua….
  3. Perpustakaan UniSZA – Benda Baru
  4. Krisis Air UniSZA…
  5. Hari Mengundi MPP di UniSZA…

0 thoughts on “Kesimpulan Minggu Mesra Siswa 2011/2012 UniSZA

    • tu tak silap aku kalau berjaya bergraduasi dengan first class degree dengan pointer atas 3.75… dengan kata lain, siapa yang belajar dan cemerlang akan dapat penghargaan dari kerajaan Terengganu…

      even atlet sukan pun dapat penghargaan… jadi orang Terengganu perlu rebut peluang yang diberikan oleh kerajaan Terengganu…

      • kalu tak buat pinjaman dari kerajaan negeri, tapi pakai ptptn, mcm mne pulak? boleh dapat ke rm 5000 tu kalu bergraduasi dengan pointer 3.75 ke atas?

        • *saya dah betulkan typo dalam komen saudara.

          Saya kurang pasti pula. Seingat saya, MB kata pelajar yang mendapat pinjaman dari kerajaan negeri yang keputusannya atas 3.75 pinjamannya akan ditukarkan menjadi biasiswa dan mendapat saguhati rm5000. Saya rasa saudara layak mendapat saguhati yang dijanjikan. Cuma ptptn tak boleh nak convert jadi biasiswalah.

          Apa pun, cuba saudara comfirm-kan semula. Saya bukan orang Terengganu. Cuma kebetulan saya dengar MB berkata tentang hal ini ketika beliau berucap. Masa itu saya jadi Pembantu Mahasiswa untuk sesi kemasukan pelajar degree yang baru. :-)

          • oh mcm tu ke? tu la. saya pun tak sure sangat sebab tak pernah dengar MB ckp macam tu. dengar orang2 je yg cakap. thats why nak tahu. btw, ptptn pun dah leh convert jadi biasiswa sekarang kalu dapat first class honors. terima kasih for your information. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge