Makanan Naik Harga

Assalamualaikum. Sekarang ini aku dah berada di minggu ke-2 dalam kalendar akademik UniSZA bagi sem 5. Sejak sem baru bermula, ada beberapa benda baru yang aku dapat lihat di UniSZA.

Contohnya, ada bangunan baru sedang dibina di belakang blok kediaman pelajar (hostel blok D) yang aku duduki sekarang. Gelanggang futsal yang nampak macam dah siap dan lain-lain lagi seperti di gym UniSZA sudah ada basikal yang boleh digunakan oleh pelajar untuk aktiviti riadah.

Antara perubahan terbaru yang aku tak suka pada semester baru ini ialah kenaikan harga makanan. Nak makan pun dah terasa mahal bila makanan naik harga. Daging burger pun harganya dah dinaikkan dari 50 sen kepada 70 sen.

Jadinya bila membeli makanan dikafe, aku perlu membuat sedikit kira-kira agar tak terlebih dari budget yang telah ditetapkan.

Apa Nak Buat Bila Harga Makanan Mahal Sangat

Bila harga makanan yang kita beli itu mahal sangat, pelajar digalakkan untuk bertanyakan harga setiap lauk yang diambil. Kadang-kadang peniaga boleh pula pakai hentam sahaja letak harga. Jika bernasib baik, boleh jimat sedikit wang selepas tanya semula harga makanan yang kita ambil.

Kualiti Tak Sepadan Harga

Kadang-kadang kualiti makanan yang dihidangkan tak setimpal dengan harga yang dibayar. Ini juga menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada aku sebagai pembeli. Lauk yang simple pun harganya mahal. Harga makan secara buffet pun dah hampir seperti harga makan tempah.

Sebut tentang kualiti, aku ada terdengar cerita pelajar yang jumpa ulat dalam makanan yang mereka beli. Siap ulat itu hidup lagi dan bergerak-gerak lagi. Tak tahulah bagi mereka yang terkena apa yang mereka rasa.

Tapi rasanya kes jumpa ulat dalam makanan itu mungkin kes terpencil. Sama ada kes itu memang banyak tapi aku tak tahu ataupun kes itu memang kes terpencil.

Jika Jumpa Ulat Dalam Makanan

Ada baiknya tangkap gambar sebagai bukti jika terjumpa ulat dalam makanan. Sekurang-kurangnya nanti tak adalah dicop sekadar buat cerita untuk memburuk-burukkan sesuatu cafe.

Masalah Sampah

Bila pelajar makan di cafe, sampah sering menjadi masalah utama. Agaknya sudah menjadi kebiasaan mereka makan di kedai makan, lepas makan tinggalkan sahaja bekas makanan mereka.

Kalau yang ditinggalkan itu cuma pinggan dan cawan bagi aku kira OK lah. Tapi kalau dah cawan plastik polistrin/plastik jernih itu pun ditinggalkan sekali, bagi aku ia agak melampau. Sebabnya, nanti bila ditiup angin habis cawan itu pula jatuh ke lantai. Dah bersepah pula sampah atas lantai.

Cawan plastik itu bukan berat sangat pun. Apalah salahnya tolong buangkan ke dalam tong sampah.

Related posts:

  1. Aku Si AJK Makanan…
  2. Kesimpulan Minggu Mesra Siswa 2011/2012 UniSZA

0 thoughts on “Makanan Naik Harga

    • ada saja garai yang berdekatan dengan kampus. Cumanya, berapa ramai pula yang sanggup keluar untuk makan di gerai berhampiran kampus. Lagi-lagi bagi mereka yang tidak ada kenderaan.

      Dengarnya sekarang dah ada gerai yang dibuka pelajar sendiri. Dengarnya juga harnya pun murah saja… Tapi belum ada kesempatan berkunjung ke gerai itu lagi memandangkan ia baru dibuka dan lokasinya di pintu belakang UniSZA… :-)

    • erm, memang diakui banyak barang naik harga sekarang ini. Tapi kalau peniaga dapat maintain harga yang mereka kenakan ke atas pelanggan mereka da pandai susun strategi mereka masih boleh mendapatkan keuntungan.

      Kebiasaannya, pelajar tak kisah sangat tentang rasa makanan yang mereka beli. Asalkan rasanya sedap boleh tahan pun sudah cukup. Lagi elok kalau harga pun harga yang mesra pelajar. :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge