Melayu… Boleh…

keyword melayu boleh dulu Melayu... Boleh...

Suggestion keyword Melayu dulu... Sekarang lain dah...

Assalamualaikum, entri kali ini keywordnya ialah Melayu Boleh. Memang sengaja aku target keyword ini selepas melihat blog ini berada di page ke-4 Google bagi keyword “Melayu Boleh”

Perkataan “Melayu Boleh” telah lama tercemar dengan imej-imej negatif lantaran perkataan ini telah dikaitkan dengan sesuatu yang berunsur lucah. Perkataan “Melayu Boleh” itu sendiri tidak mambawa mesej yang berbaur seks tapi entah macam mana ia boleh tercemar.

Cabaran SEO Melayu Boleh

Rasanya sekitar tahun 2009 satu cabaran SEO Melayu boleh telah dianjurkan oleh forum WangCyber bagi membersihkan keyword tersebut dari web yang berunsur lucah. Sekarang ini pun masih kelihatan beberapa buffer blog yang masih berada di Search Engine Result Page (SERP) Google.

Tapi selepas Google mengemaskini algoritma mereka, nampaknya masih ada beberapa web yang tak sepatutnya ada di muka pertama tersesat di situ. Sakit jugalah mata memandang web-web yang tak sepatutnya terpacak di muka pertama bila keyword Melayu Boleh digunakan.

Bagi kepada pakar-pakar SEO yang ada masa lapang, ada baiknya juga mereka meluangkan sedikit masa bagi membersihkan keyword Melayu Boleh ini dari web berunsur lucah dengan teknik-teknik SEO yang bersesuaian.

Kerana “Melayu Boleh…” Kongsi Dosa Sama-Sama

Senarionya begini, ada sesetengah pemilik website sama sekali tidak kisah untuk berkongsi bahan lucah mereka dengan orang lain. Melayu Boleh lah katakan… Bahan tersebut diletakkan di sharing website seperti megaupload dan mediafire. Apa mereka tak kisah untuk kongsi dosa bersama-sama kah?

Abu ada satu video XXX bertajuk “Aksi Melayu Boleh Malam Merdeka”. Kemudian dia upload ke sharing website dan letakkan linknya di blog XXX beliau. Video XXX tadi kemudiannya di-download pula oleh 10 orang pelawat blog beliau yang kemudiannya kongsikan pula dengan 1 orang rakan mereka yang lain dan kitarannya berterusan…

Di zaman teknologi yang canggih ini, kita juga boleh berkongsi dosa secara viral. Oleh itu kita perlu berhati-hati apabila berkongsikan sesuatu di internet. Jika tersilap, bahan yang dikongsikan tadi mungkin akan masih tersebar secara berterusan walaupun kita dah meninggal dunia.

Laratkah kita nak menanggung saham dosa yang terus tersebar tadi dengan pahala yang tak seberapa yang kita lakukan…

Melayu Boleh Berjaya

Melayu boleh berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Tiada sebab untuk Melayu tidak berjaya jika mereka berusaha sehabis baik bagi merealisasikan matlamat dan impian mereka. Bangsa bukanlah satu faktor penghalang untuk kita mencapai kejayaan.

Kadang-kadang bosan juga bila asalkan ada individu berbangsa Melayu yang membuat masalah, semua orang yang berbangsa Melayu turut dikaitkan. Macamlah bangsa lain itu tak pernah buat masalah.

Tambah hebat lagi bila ada pemimpin pun turut sama ambil port. Jadinya bila pemimpin pun dah kata Melayu bla… bla… bla… bla… kepada orang Melayu… orang Melayu pun dapat mentaliti bla… bla… bla… Pemimpin perlu berhati-hati bila mengeluarkan kata-kata…

Tak kisahlah pemimpin keluarga mahupun pemimpin yang pangkatnya lagi tinggi seperti menteri-menteri mahupun perdana menteri sendiri…

Sebagai contoh, kalau dah mak dengan ayah setiap kali bila marah cakap anak mereka bebal… Lama-lama anak mereka betul-betul akan bebal… Walaupun sebenarnya anak mereka itu bijak. Sebabnya ialah minda separa sedar tak boleh bezakan antara perkara yang benar dan perkara yang bohong.

Setiap hari aku akan berkata dalam hati… “Saya sangat bijak dan rajin berusaha.” Itu belum kira lagi kata-kata lain yang aku katakan dalam hati… Anda bagaimana pula?

Erm, aku rasa kebelakangan ini, entri di blog ini agak mengarut. Betulkah entri aku memang mengarut, atau aku sahaja yang berasa begitu…

Related posts:

  1. Lemah Berbahasa Melayu?

0 thoughts on “Melayu… Boleh…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge