Seronok Bila Orang Tegur Kita

Assalamualaikum, selepas jadi PM aku ada kenal beberapa muka yang biasa aku lihat. Ada yang aku ingat nama mereka sebab aku ada tanya dan ada yang aku tak ingat rupa dan nama pun aku tak ingat.

Hari ini ada seorang budak degree yang sama course dengan aku bertanya dengan aku. Lebih kurang maksudnya dia risau kalau-kalau tersalah tegur orang. Dengan kata lain tegur senior-senior dalam course aku. Sebab dia baru saja masuk dan aku kenal dia pun masa jadi PM. Tapi masa itu aku kenal muka dia sahajalah.

Kemudian aku jawap yang maksudnya lebih kurang begini. Kalau orang tegur kita secara baik buat apa kita nak marah. Seronok bila ada orang tegur kita. Asalkan kena cara mesti tak ada masalah punya.

Pada pendapat aku kebanyakan budak dekat UniSZA itu memang baik-baik belaka. Tapi ada juga yang perangai mereka agak kurang senonoh. Tapi itulah, dalam kes tertentu aku cuma diamkan diri sahaja. Kalau orang yang aku kenal, mungkin boleh saja aku tegur bila mereka buat sesuatu yang tak berapa nak betul.

Nak Tegur Macam Mana

Ini adalah kes lain, kes budak yang tumpang tinggal dekat bilik orang lain. Kadang-kadang mereka yang menumpang ini agak menggeramkan hati. Nak tegur tak sampai hati pula. Nanti ada pula yang terasa hati.

Aku tak suka orang merokok dalam bilik aku. Tapi itulah, di UniSZA ini satu bilik ada 2 orang penghuni. Kalau dapat teman sebilik yang menyenangkan hati memang seronok. Kadang-kadang ada perkara kita tak perlu cakap pun. Tapi orang lain yang terlibat itu boleh faham.

Serius, memang lepas nak bernafas dengan bila ada asap rokok. Itu tak kira lagi bila baju orang yang tak merokok pun agak berbau rokok bila kena asap rokok. Tambah teruk lagi bila yang merokok itu jadikan bawah katil sebagai tempat untuk buang abu rokok.

Lepas itu pula ada yang lagi baik hati, buang puntung rokok terus ke luar tingkap. Dah bertambah pula satu lagi kerja makcik cleaner itu nak sapu atau kutip puntung rokok yang dibuang perokok tadi.

Itu belum kira lagi bila orang yang tumpang itu buat bising. Kalau aku boleh kurangkan tahap kebisingan yang aku lakukan ketika mereka tidur, kenapa pula mereka tak boleh berbuat perkara yang sama bila aku tidur?

Atau pun tolong jangan semakkan tempat aku yang sedia semak. Memanglah barang aku agak berterabur. Ada yang aku letak tepi katil, ada yang aku letak atas tilam, dan ada yang aku letak atas meja. Jadi aku rasa tak perlulah mereka pun turut sama semakkan lagi tempat aku.

Bila bilik ada 2 punghuni, seolah-olahnya ada satu sempadan yang tak kelihatan di tengah-tengah bilik itu. icon smile Seronok Bila Orang Tegur Kita

Related posts:

  1. Bila Orang Macam Minta Disepak….
  2. Kadang-Kala Kita Lupa Bahawa….
  3. Rajinkan Diri Menegur Orang Lain…
  4. Berhati-Hati Bila Bercakap
  5. Ingat Kepada Orang Yang Tersayang…

0 thoughts on “Seronok Bila Orang Tegur Kita

    • erm bertolak ansur-bertolak ansur juga… tapi kenalah pihak lain itu pun bertolak ansur juga… kalau situasi hanya satu pihak untung… itu kes lain dah tu…

      hehe… tp itulah memang kena belajar bersabar… :-)

  1. Di rumah sewa aku juga terdapat mereka yang merokok (kenapalah mereka ada di mana2), apa yang sangat menyakitkan hati adalah apabila mereka berhimpun dan merokok ramai2. Sungguh mengganggu ketenteram awam.

    Alhamdulillah, rakan sebilik tidak suka orang merokok. Aku akan kekalkan bilik sebagai kawasan larangan merokok.

    Mereka (orang yahudi) untuk mengambil keuntungan daripadanya. Adakah mereka juga merokok? Hmm… :neutral:
    Hadi Rofiee recently posted..Pengalaman Menjadi Pemandu PelancongMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge