Seronok Mendengar Cerita Pengalaman Orang Lain

Assalamualaikum, semalam aku ada subjek Industrial Design 2. Kiranya setiap orang pelajar perlu beritahu kepada pensyarah atau tutor maklumat-maklumat yang telah dikumpulkan dari kajian yang telah dibuat.

Memandangkan topik untuk semester ini ialah “rice cooker” maka ramailah kawan-kawan sekelas aku yang telah mula bercinta dengan rice cooker. Setiap hari fikir rice cooker.Tidur rice cooker, makan rice cooker, mandi pun rice cooker. Setiap masa rice cooker saja.

Semua orang pun cuba untuk buat yang terbaik untuk semester ini sebab tak mahu pisang berbuah dua kali.

Dalam sedang bercerita tentang kajian yang telah dibuat, kadang-kadang pensyarah akan ceritakan pengalaman mereka dan pada masa yang sama cuba memberi guide kepada pelajar untuk mereka mencuba sesuatu yang baru dan melihat sesuatu itu dari perspektif yang berbeza.

Seronok Mendengar Cerita Pengalaman Orang Lain

Dalam minggu lepas sahaja banyak cerita dari pengalaman orang lain yang telah aku dengar. Itu belum campur lagi cerita baru yang aku dengar untuk minggu ini. Seronok dengar sebab ada diantara pengalaman yang diceritakan itu tak pernah aku alami sendiri.

Macam-macam cerita, dari pengalaman kerja sampai ke pengalaman belajar. Seronok juga dengar cerita macam mana nak sambung belajar ke peringkat  master mahupun phd.

Atau pun dengar cerita macam mana nak mohon kerja sebagai Research Assistant. Dapatlah dengar istilah-istilah seperti “geran” dan lain-lain lagi. Kerja jadi Research Assistant boleh dapat dalam RM1500 sebulan. Menarik jugalah dengar.

Mendengar cerita pengalaman orang lain sedikit sebanyak boleh memberi motivasi kepada mereka yang mendengar. Sedikit sebanyak dapat jadikan pengalaman orang sebagai pengalaman sendiri. Cumanya kita belum alami sendiri pengalaman yang orang ceritakan tadi.

Pengalaman Sambung Belajar di Peringkat Master dan PhD

Aku suka sangat dengar pengalaman orang sambung belajar. Contohnya, nak sambung belajar di peringkat master atau phd (aku tak pasti sangat). Kita boleh ambil by course atau by research. Dekat Malaysia ini selalunya orang ambil by research dan kalau pandai cari “geran” bolehlah dapat dana untuk buat research.

Kata pensyarah aku, dulu dia buat by project tapi dia buat di luar negaralah. Aku pun tak berapa faham sangat penerangan yang diberikan sebab banyak benda baru bagi aku dekat situ. Tak pernah dengar dan mungkin pertama kali aku dengar orang lain cerita secara panjang lebar depan aku.

Bila kita nak buat research, kita perlu ada supervisor. Kiranya mereka inilah yang akan menyelia kerja kita ataupun bagi guide apabila perlu. Bila nak pilih supervisor kita perlu pilih dengan berhati-hati. Sebab kegagalan memilih supervisor yang baik akan mengganggu perjalanan kita nak membuat master atau phd.

Masalah Timbul di Pertengahan Jalan

Contohnya, bila kita dah buat research separuh tapi tiba-tiba dipertengahan jalan tadi, supervisor kita tadi berhenti kerja. Jadi mahu tak mahu kita kena cari supervisor baru. Supervisor baru tadi cara dan style dia mungkin berbeza dengan supervisor kita yang lama dan mungkin kita akan perlu buat research yang baru dari awal sekali lagi.

Contoh lain, kita sambung belajar di universiti yang tidak mempunyai fasiliti yang baik. Bila kita nak buat research, kita perlu menggunakan fasiliti yang ada di universiti lain. Kadang-kadang timbul masalah apabila universiti yang memberi pakai fasiliti mereka tadi enggan melepaskan data-data yang telah diperolehi keluar.

Mungkin mereka akan meminta bayaran jika kita mahu mendapatkan data-data yang telah kita dapat hasil dari eksperimen yang dibuat menggunakan fasiliti mereka walaupun eksperimen tadi itu kita buat sendiri dan mereka hanya memberi pakai fasiliti mereka sahaja.

Belajar Dari Pengalaman Orang Lain

Pengalaman adalah guru dan terbaik. Jadi untunglah mereka yang belajar dari pengalaman orang lain. Jadi ada untungnya juga sekiranya sorang junior baik dengan senior mereka. Jangan jadikan isu seniority sebagai penghalang. Berkenalanlah dengan senior kita.

Ataupun selalulah berjumpa dengan penyarah kita untuk meminta pandangan atau pendapat tentang sesuatu. Pensyarah kita selalunya memang tak lokek ilmu dan sudi memberi pandangan mereka apabila diminta. Tinggal lagi kita perlu usaha bertanya dengan mereka.

Tips penting di sini ialah bertanya apabila mereka sedang lapang dan jangan gahttp://akulearn.com/blog/wp-admin/post-new.phpnggu waktu privacy mereka. Bergantung kepada pensyarah juga kerana ada yang sudi melayan pelajar mereka walaupun waktu bekerja telah pun tamat.

Jika ada perkara yang aku tulis kurang tepat, sebarang teguran adalah sangat-sangat dialukan.

Kata orang, orang yang bijak belajar dari pengalaman orang lain. icon smile Seronok Mendengar Cerita Pengalaman Orang Lain

Aku pernah cakap aku nak kurangkan bercakap untuk semester ini. Tapi ada kawan aku tegur dan bagi pendapat, kalau aku buat begitu nanti orang kata aku sombong pula. Makanya, semalam aku adjust sikit supaya ianya lebih mesra aku dan mesra rakyat.

Aku akan kurangkan bercakap kosong dan akan berusaha untuk bercakap sesuatu yang bermakna dan berfaedah. Jadi diri sendiri memang seronok sebab aku memang suka bercakap.

Related posts:

  1. Rajinkan Diri Menegur Orang Lain…
  2. Seronok Bila Orang Tegur Kita
  3. Pengalaman Kali Pertama…
  4. Let’s the Holiday Begin…
  5. Ingat Kepada Orang Yang Tersayang…

0 thoughts on “Seronok Mendengar Cerita Pengalaman Orang Lain

  1. Jika dahulu sebelum menyambung pengajian, aku juga tidak faham apa itu supervisor, geran penyelidikan dan pelbagai lagi. Bahkan aku juga tidak tahu apa itu proposal. Hehe. :D

    Alhamdulillah kini setelah melaluinya, aku mula faham. Aku juga sedang mengintai-intai jika ada kekosongan RA di dalam bidang yang berkaitan. Boleh sara hidup bujang aku di KL. :-)

    Aku doakan semoga kita sama-sama berjaya dengan cemerlang. Amin. ;-)
    Hadi Rofiee recently posted..Genggaman jari tanganMy Profile

    • Aku tak dengar lagi cerita pasal proposal ni. Nanti ada peluang aku nak tanya lagi dengan pensyarah dengan tutor yang mengajar aku. Sekarang ni dekat U aku tengah ada ramai tutor yang baru diambil bekerja.

      Boleh ambil peluang bertanya tentang sambung belajar dengan mereka. Ada peluang tanya sekali macam mana cara mereka belajar.

    • Betul, kalau tak dengar cerita pengalaman orang mesti kita tak tahu apa-apa. Lepas dengar pengalaman orang sekurang-kurangnya dapatlah gambaran apa yang perlu dilakukan untuk sambung belajar dan apa yang kita bakal tempuhi bila sambung belajar.

      Secara tak langsung boleh membuat persediaan mental dan fizikal. :-)

    • Jika ada peluang insyaallah akan merasa sendiri pengalaman sambung belajar ke peringkat master dan PhD.

      Tapi dengar kata tutor yang bercerita, lagi tinggi kita sambung belajar bertambah sunyilah kita. Jadi lone ranger… :-)

    • erm, tolong orang, insyaallah nanti suatu hari bila kita memerlukan orang lain, akan ada orang yang sudi memberikan pertolongan kepada kita… :-)

      tentang sambung belajar tu, nanti bila ada peluang boleh la saudara sambung belajar… :-)

    • Kalau niat di hati memang betul-betul nak mendidik anak bangsa tak apalah jadi penyarah atau guru. Kalau sekadar untuk mendapatkan kerja sahaja baik tak payah jadi tenaga pengajar…

      Nanti kasihan dengan pelajar kita tu nanti… :-)

  2. Salam just nak share sikit…sebenarnya susah nak cakap pasal PhD ni, walaupun saya dah kenal supervisor masa buat master lagi, tapi bila PhD ni baru tau perangai sebenar. Senang cakap lepas tangan…, yang pasti geran dari proposal yg saya buat duitnya dienjoy beli barang personal camera, laptop, i pad dll. Dummy barang research saya…, kita ni nak tak nak terpaksa ikut, barang yg betul-betul nak pakai terpaksa beli guna duit sendiri. Bukan murah pulak tu….

    Mungkin ni cabaran saya…tapi Allah bantu dari segi lain, Alhamdulillah lebih kurang setahun dah nampak contribution ilham Allah tunjuk. Ramai sahabat bantu walaupun dari orang yg baru kenal.

    Data pun dah dapat, insyaAllah dah nak start writing

  3. Seronok baca pengalaman orang lain belajar phd. Sebelum aku ambik phd dulu, aku pergi kursus cuti belajar anjuran universiti tempat kerja aku. Dalam kursus tu, macam-macam cerita pengalaman phd diorang sogokkan. Macam-macam nasihat yang diorang bagi. Semua itu persiapan mental dan fizikal. Ambik phd ni kena kuat semangat. Jangan mengalah.

  4. saya baru dua minggu belajar in master kat UKM ….dlm kos saya , saya sahaja fresh from degree . yg len sume part time coz bekerjaya …sgt2 mencabar . tp pgaulan saya sgt berbeza compare zaman degree :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge