Sesi Suai Kenal Antara Pelajar Baru dan Lama

Assalamualaikum. Sekarang ni dah masuk minggu ke-3 minggu perkuliahan. Tetapi memandangkan pelajar degree masuk agak lewat, makanya sesi suai kenal antara pelajar baru dan pelajar lama masih berjalan.

Aku pernah menulis cerita sesi suai kenal masa aku mula-mula masuk UDM. Masa tu belum pakai nama UniSZA lagi. Isu seniority…

Cara Terbaik Untuk Berkenalan

Aku bukan baik sangat. Aku pun bukanlah seorang yang sempurna sangat. Cuma aku ada pandangan aku yang tersendiri tentang sesi suai kenal. Aku tak kisah pun dengan sesi suai kenal, cuma kadang-kala aku rasa cara yang digunapakai kurang sesuai.

Kadang-kadang sesi suai kenal lebih dikenal sebagai sesi raging bila cara ia dikendalikan tak sesuai. Cara yang dirasakan terbaik untuk berkenalan mungkin berbeza mengikut pandangan peribadi seseorang. Bila aku rasa ok, mungkin orang lain rasa tak ok.

Kenapa Perlu Kenal Senior?

Kes 1: Senang nak minta tolong bila dalam kesusahan. Manalah tahu pelajar lama ada soalan exam yang lama ke… Tak pun boleh tanya macam mana style sesetengah lecturer mengajar… dan lain-lain yang sesuai…

Kes 2: Bagi satu fakulti yang kecil dan bilangan pelajar pun tak ramai, selalunya kita akan saling bertembung. Tak kan tak nak kenal? Paling kurang kalau tak kenal nama pun, kenal rupa pun jadilah.

Bagi pelajar bagi fakulti aku, kedua-dua kes di atas memang betul. Belajar bukan sekadar dengan pensyarah saja, dengan senior pun boleh juga. Lain orang lain skill mereka. Kalau ada 50 senior bermakna ada 50 skill yang berbeza-beza.

Untung kenal ramai orang lagi-lagi bila fakulti kita kecil saja. Nak minta tolong pun tak adalah kekok sangat.

Kena Sporting

Kebiasaannya, bila sesi suai kenal, seseorang pelajar perlu menjadi sangat sporting. Jadi pelajar yang sememangnya sporting langsung tiada masalah untuk turut serta memeriahkan sesi suai kenal.

Cuma pada pendapat aku, sporting itu pun kena bertempat juga. Jangan sampai menjatuhkan maruah diri. Jika dirasakan permintaan yang diminta itu berat, kenalah ditolak secara baik. Supaya nanti tidak pula timbul isu lain dalam sesi suai kenal antara pelajar baru dan pelajar lama.

Sempadan Buli

buli II 1. perbuatan mendera, mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dgn suasana yg baru; 2. = membuli mempermain-main orang, biasanya orang yg lemah, dgn tujuan utk menggertak atau menakutkan orang yg berkenaan dsb.

Macam mana nak bezakan antara buli dengan berkenalan?

“Saya kena buli sebab mahu berkenalan dengan senior?”

“Tak lah saya mana ada kena buli, saya cuma main-main dengan senior untuk berkenalan dengan mereka.”

Aku rasa ikut pada pandangan mereka yang terlibat dalam situasi itu sendiri. Kalau tak biasa boleh jadi semua benda pun dikatakan buli. Kadang-kadang pada pandangan orang lain seseorang itu dibuli, tapi bagi orang itu pula ia perkara biasa. Mereka tak rasa dibuli pun.

Apa Nak Buat?

Bila ada sesi suai kenal apa perlu buat? Tolong backup sikit kawan-kawan kita. Tak perlu nak takut dengan sesiapa. Walau macam mana pun kita digertak, kebiasaannya ia hanyalah secara cakap mulut sahaja.

Insyaallah, tiada serangan fizikal akan dilakukan. Jika anda diserang secara fizikal, anda perlu melaporkan kepada pihak yang sepatutnya. Bagi aku sendiri, serangan secara fizikal adalah keterlaluan.

Bawa bertenang. Kadang-kadang ada pelajar yang terlalu menggelabah. Belum apa-apa dah dilaporkan kepada pihak atasan. Bukan bagitahu dekat MPP, sampai pihak Hal Ehwal Pelajar pun direpot sekali.

Umumnya, aku setuju dengan sesi suai kenal yang dikendalikan dengan cara yang baik. Biar kedua-dua belah pihak seronok dan interaksi harus dilakukan dengan elok.

 

Related posts:

  1. Aku Secara Rasminya Menjadi Pembantu Mahasiswa
  2. Cermin Mata Pelajar Patah
  3. UniSZA – Program Minggu Mesra Siswa Sesi 2011/2012
  4. Seronok Bila Orang Tegur Kita
  5. Seniority….

0 thoughts on “Sesi Suai Kenal Antara Pelajar Baru dan Lama

    • hehe… ramai yang solo kot… :-)

      saya tak ambil tahu sangat mereka solo atau pun tidak… macam tak ada kaitan…

      fuh, saya sendiri pun jarang2 jejak area Rembau… macam mana nak ajak Puteri and the gang jalan-jalan dekat sana ya? Tapi kalau sudi untuk sesat bersama-sama apa salahnya kan? :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge