Assalamualaikum. Kebelakangan ini aku perlu bijak mencuri masa untuk meng-update blog. Seolah-olahnya tak cukup masa pula sejak semester baru bermula sehinggakan bilik pun tak habis kemas lagi.
Dalam minggu lepas aku ada terbaca kes Mat Sabu dan kenyataan beliau yang panas. Isu tersebut masih belum surut dan sekarang dah masuk ke frasa saman-menyaman. Semua orang asyik nak saman orang sahaja. Mungkin juga sebab bila saman orang boleh dapat banyak duit.
Satu lagi bila kita saman orang, seolah-olahnya orang yang menyaman itu berada dipihak yang benar dan orang yang disaman itu bersalah.
Siapa hero sebenar pejuang kemerdekaan negara kita Malaysia?
Ini sekadar pandangan peribadi aku mengenai isu ini. Sejarah merupakan peristiwa dan sudah pun berlaku dan tidak boleh diubah lagi. Jadi tidak berbaloi untuk kita berselisih faham tentang sejarah. Lagi pun sejarah boleh diubah memandangkan yang mengkaji sejarah itu adalah manusia.
Aku berpendapat tak perlulah terlalu rigid apabila kita membicarakan soal siapa hero sebenar pejuang kemerdekaan.
Dari sudut pandangan mereka yang berhaluan kanan, mereka yang berhaluan kiri adalah pengkhianat. Mereka sanggup mengorbankan bangsa sendiri. Mereka zalim dengan bangsa sendiri. Tetapi bagi mereka yang berhaluan kiri mereka mungkin menganggap pengorbanan itu perlu bagi mendapatkan kemerdekaan.
Dari sudut pandangan mereka yang berhaluan kiri, mereka yang berhaluan kanan adalah mengkhianat negara. Mereka sanggup bersetongkol dengan mereka yang telah menjajah* negara kita. Malah dikatakan bekerja dengan mereka bagi mengekalkan lagi penguasaan mereka ke atas negara kita.
*dijajah atau dinaungi?
Bila kita di pihak A pandangan kita mungkin lain apabila kita dipihak B. Pihak A mungkin betul dan pihak B tak semestinya salah.
Sebagai contoh, Hang Tuah membunuh sahabatnya Hang Jebat kerana menurut perintah. Hang Jebat pula memberontak bagi menuntut bela di atas kematian sahabat yang disangkakan telah mati.
Pada satu pandangan Hang Tuah adalah hero tetapi Hang Jebat juga boleh dikatakan hero pada pandangan yang lain.
Belajar Dari Sejarah
Peristiwa yang telah berlaku tidak boleh diubah lagi. Tetapi kita boleh ambil mengajaran dari peristiwa yang telah berlaku itu supaya ia tidak berulang lagi. Belajar dari sejarah.
Alhamdulilah negara kita mencapai kemerdekaan dengan cara yang begitu baik sekali tanpa menumpahkan banyak darah. Kita mencapai kemerdekaan melalui rundingan tanpa perlu mengangkat senjata.
No related posts.
Bila isu ini dimainkan oleh ahli politik maka kes ni mula panas…Sebelum ni senyap jer isu pasal pejuang ni…
Bertambah keliru rakyat jelata…termasuk aku…
Betul juga tu… ahli politik memanaskan isu ini… Aku ada juga baca tentang isu ini dekat blog lain… cuma secara spesifik mereka mengecam komunis sebab mereka zalim… ada pandangan tak tidak menafikan perjuangan mereka yang berhaluan kiri tetapi mengecam komunis kerana kezaliman yang dilakukan oleh komunis.
Kita ini dilahirkan sebagai generasi pasca Merdeka jadi maklumat pejuang Kemerdekaan kebanyakkan dapat dari buku rujukan. Bagi saya ahli Sejarah mempunyai bertanggungjawab besar untuk mendapat fakta sebenarnya kalau tidak ia akan menjadi cerita si Penglipurlara dari mulut ke mulut.
akubiomed recently posted..Amitabh Bachchan tidak mahu terima bayaran
setuju dengan pendapat saudara, ahli sejarah punya tanggungjawap yang besar untuk menulis fakta yang sebenar. Tanggungjawap itu memang agak berat tambah pula jika terdapat campur tangan pihak tertentu yang mempunyai kepentingan mereka yang tersendiri.
bab politik ni kalau boleh..aku malas campur.. tapi aku tetap kena ambil tahu. Benda ni semua dah termasuk dalam sejarah dan politik negara kita..
cuma yang aku tak suka..bila dah jadi macam ini..ntahlah..
titan recently posted..Aku sudah pulang.
Aku pun begitu juga. Cuma sekarang ini memang kita kena ambil tahu juga tentang politik sebab kita akan terlibat sama sedikit sebanyak.
Kita perhatikan macam mana senario ini akan berakhir sama ada ia diselesaikan dengan matang atau dengan cara kebudak-budakan.
tak blh gak ambil ringan kan nnit anak cicit dok tanya lagi hal tu kat kita camner..takut juga klu2 saat tu hal ni mash tak setel2 gak bhya juga deh…heeee
p/s:lma tak leoak sni sjk blog kena godam huhu..sori2 ye..
suri recently posted..Tiada Gambar Gavatar
betul2… kita belajar sejarah supaya kita boleh ambil iktibar darinya… moga-moga semua dapat diselesaikan dengan baik…
tak apa… saya sendiri pun tak perasan yang blog suri lama tak update kat feed reader tu…
minta maaf juga…
tak tahu mana satu.seperti yg bro akubiomed cakp smua mklumat kita dpt dri buku2 sejarah sek..klu dema putar belitkan cerita tak tahu plk kita semua huhu..bhya2 klu bab2 ni di gembar-gemburkan sapa btul sapa salah entahlah
betul2, kita banyak baca dari buku sejarah masa sekolah dulu sahaja… kalau buku itu tipu… kita kena tipulah… dan kalau bagitahu dengan orang lain… kiranya kita pun menipu juga…
ada baca blog lain yang kupas isu ini… tapi banyak yang faham juga tentang pejuang yang berhaluan kiri di samping pejuang berhaluan kanan dalam hal kemerdekaan… tapi rata-rata tak mengiktiraf komunis… sebab mereka zalim… tak kira siapa… semua pun merasa kezaliman komunis…
di malaysia… dulu ia dikaitkan dengan orang Cina, ada baca pasal komunis kat Indonesia… mereka orang Islam dan turut berlaku zalim terhadap orang Islam…