Assalamualaikum. Hari ini aku berasa sangat ceria. Seawal jam 5 pagi lagi aku sudah bersiap mandi. Itu pun selepas seorang rakan aku kejutkan aku. Dia ajak aku temankan beliau untuk jemput seorang lagi rakan aku di stesen bas MBKT.
Dalam perjalanan pergi ke stesen bas MBKT memang wajib kena tempuh beberapa lampu isyarat. Selalunya awal-awal pagi, kenderaan tak banyak di atas jalan raya. Jadi kenapa pula masih ada insan yang baik hati menunggu lampu isyarat hijau?
Andai katalah, aku langgar lampu isyarat merah jam 5 pagi dan keadaan trafik sangatlah lancar memandangkan jalan raya yang lengang, aku masih boleh kena saman ke?
Apa Fungsi Lampu Isyarat?
Ikut kefahaman akulah, lampu isyarat fungsinya adalah untuk melancarkan lalu lintas. Jadi bila lalu lintas sesak, lampu isyarat akan melancarkan lagi lalu lintas. Lampu isyarat juga sangat berguna dipersimpangan jalan. Atau pun untuk memudahkan pejalan kaki melintas jalan. Lagi-lagi bagi golongan pelajar dan golongan tua yang ingin melintas jalan.
Antara fungsi lain lampu isyarat ialah sebagai signal untuk mula racing bagi mat kereta. Boleh tak kalau aku kata macam tu?
Langgar Lampu Isyarat
Dekat Malaysia, boleh dikatakan banyak jugalah kemalangan yang berlaku akibat dari kesalahan melanggar lampu isyarat. Kadang-kadang tu kemalangan itu berlaku di jalan yang lurus.
Dari pemerhatian aku, lampu isyarat dekat depan UniSZA, kadang-kadang pemandu yang langgar lampu isyarat itu boleh dikatakan agak melampau. Sudahlah langgar lampu isyarat, bawa kenderaan pula macam tengah berlumba. Lampu isyarat pula dah lama merah. Itu pun masih ada yang langgar lampu isyarat.
Langgar lampu isyarat pula pada waktu siang-siang hari yang mana kebiasaannya memang comfirm ada pengguna lain pada waktu tersebut.
Masa aku belajar dekat UTHM dulu, aku agak kerap langgar lampu isyarat dekat depan pintu masuk kampus induk UTHM tu. Bukan langgar pada setiap masa pun. Aku cuma langgar bila aku dalam perjalanan dari Parit Raja nak ke Taman Universiti sahaja.
Tapi ada satu hari tu, seorang kawan aku cakap dengan aku. “Fahmi, lepas ni kita tak payah langgar traffic light lagi lah, nampak macam orang bodoh pula.” Selepas itu, aku pun tak lagi melanggar lampu isyarat di hadapan UTHM. Lagi-lagi pula di siang hari.
Sebenarnya, aku nak cakap kalau nak langgar lampu isyarat pun biarlah bertempat dan kena masanya. Asalkan tak membahayakan diri sendiri dan orang lain sudah.
Macam tak ada benda lain aku nak cerita… Boleh pula jadikan lampu isyarat buat modal untuk update blog ni…
Saman Ekor
Memandangkan saman ekor masih lagi berkuatkuasa, mungkin ia menjadi salah satu sebab kenapa ada insan baik hati yang menunggu lampu isyarat hijau di pagi hari. Walaupun jam 3 pagi dan tiada kenderaan lagi di atas jalan, mereka masih setia menunggu lampu isyarat hijau.
Related posts:
lampu isyarat bertanggungjawab sebagai pencerah jalan sewaktu malam2…. tuh pendapat aku….
dan btolllah…
kalau langgar lampu isyarat memang nampak mcm orang sentiasa bodoh pun…. tapi yang tension bila dekat tempat pejalan kaki nak melintas tuh, hatta cuma sorang je nak lintas tapi pi tekan juga lampu isyarat tuh, habis sume kereta dan motor kne hormat akan dia seorang je yang nak melintas… What the fish !!
Frantz recently posted..Aset Kepunyaan Seorang Budak Yang Tidak Kaya Tapi Berlagak
Aku pernah kena traffic light yang lampunya terang sangat sampai sangat mata…
Pasal pejalan kaki tu… kadang-kadang dekat depan 7e dekat dengan Pustaka Seri Intan tu kes macam tu terjadi… Kenalah perlahankan kenderaan untuk berhenti dan tunggu mereka melintas jalan.
Bahaya langgar lampu isyarat silap hari bulan nyawa melayang
Langgar lampu isyarat memang bahaya… lagi2 kalau kita tak biasa dengan kawasan tersebut…
Sedih juga dengar cerita orang kemalangan meninggal sebab langgar lampu isyarat…
saya slalu langgar lampu isyarat bila saya tengah laju ..
hehehe
ish3, nana ni… tak patut buat mcm tu…
hehehe ..
ye la ,, lau b’henti ,, musti kena break mengejut .. bahaya tu .. hehehe
betol dop saya punya teori .. hehehe
boleh diterima pakai
lampu isyarat telah membantu dalam kurangnya kemalangan, tanpa lampu isyarat kemalangan x yah cakap ler, faham sendiri
Juan recently posted..Mengenal Peta Dunia | Pentingkah?
Betul2, kalau tak ada lampu isyarat… agak-agaknya jalan dekat KL akan jadi seolah-olah zon perang…
bahaya tu langgar lampu isyarat, dah boleh kira macam langgar lari tu.
Betul tu, umumnya kalau langgar lampu isyarat memang bahaya…
certain orang kita,dahlah dia langgar lampu merah.then bila accident,boleh salahkan orang lain sebab tak alert dia yang tengah laju.boleh tahan bodohnya dia.haih
izwannizam recently posted..Kredit Bukan Percuma
Maknanya, orang tersebut ada masalah perangailah… diri sendiri salah… salahkan orang lain…
aku pernah tunggu lampu hijau..tapi bila dah macam lebih 10 minit..aku redah gak lampu merah tuu..semua kereta dah dok hon aku..haha..so..aku jalan ajelah..haha..
yap, benda ni berlaku watktu kul 3 pagi..
titan recently posted..Komisen ke 84 dari TNX
Kalau akulah, pukul 3 pagi kalau selamat untuk langgar lampu isyarat… aku langgar saja. Tapi kalau hati rasa boleh mendatangkan bahaya, aku tunggu sekejap.
Lebih baik bersabar dan tunggu sekejap dari hilang nyawa atau kena keluarkan duit untuk benda lain pula…