Berani Untuk Buat Silap

Assalamualaikum.

Berani Untuk Buat Silap

Aku tak ada bakat melukis secara semulajadi. Jadi mahu tak mahu kena paksa diri untuk belajar melukis bila aku melanjutkan pengajian dalam bidang Industrial Design di UniSZA ini. Jadi bila tak pandai nak melukis, lukisan yang dihasilkan masa mula-mula dulu pun sama level dengan lukisan budak tadika. Pada satu tahap, aku rasa budak tadika punya lukisan pun lagi cantik.

Sekarang aku dah masuk semester 5 tapi tak banyak peningkatan dalam mutu lukisan yang aku hasilkan. Antara sebab yang paling utama ialah aku takut untuk buat silap. Bila takut buat silap, sikitlah perkara baru yang aku dapat pelajari hasil pengalaman buat silap. Semakin besar kesilapan yang kita buat semakin besar pengajaran yang kita boleh ambil.

Tapi kalau masih tak dapat belajar dari kesilapan yang kita buat, alangkah ruginya kita.

Buat Latihan Berulang Kali

Dalam lukisan pun kena buat latihan berulang kali. Kadang-kadang bila tengok video tutorial dekat youtube tu, nampak senang saja nak buat. Tapi bila cuba buat sendiri hasilnya tak seperti dalam video tutorial tadi pun. Apa yang dilihat tadi tak semudah yang disangka.

Berbanding mereka yang memang ada bakat semulajadi, mereka tak perlu mengerah banyak tenaga dan masa untuk dapatkan lukisan dengan hasil yang baik.

Pengalaman Adalah Cikgu Terbaik

Dari kalangan kawan-kawan aku dalam kelas, aku dapat perhatikan pelajar bekas diploma Industrial Design adalah antara pelajar yang menunjukkan prestasi yang baik. Sebabnya mereka ada pengalaman 3 tahun masa ambil diploma berbanding pelajar lain yang ada diantaranya kena belajar segala-galanya dari kosong.

Bekas pelajar diploma kelihatannya agak tenang dan dapat melihat hala tuju mereka. Mereka tahu apa yang mereka perlu buat dan mereka dapat menjangkakan hasil dari setiap tindakan dan keputusan mereka.

Tapi jika kita bijak, kita juga boleh belajar dari pengalaman dan kesilapan orang lain… icon smile Berani Untuk Buat Silap

Related posts:

  1. Pendidikan Percuma Untuk Rakyat….
  2. Tips Belajar Untuk Pelajar

0 thoughts on “Berani Untuk Buat Silap

    • erm, dalam keadaan tertentu… kadang2 kita takut buat silap sebab takut dengan pandangan masyarakat disekeliling kita juga… :-)

      apa2 pun, macam biasalah… kalau dah jatuh kena bangun semula… jangan mengalah…

    • Erm, ada juga industri tertentu yang mana membuat keputusan yang betul adalah penting. Bidang kedoktoran pun sama juga… :-)

      Tapi itu rasanya dah melibatkan kebolehan kita membuat keputusan pula… Walaupun begitu, masih ada ruang untuk belajar tentang sesuatu dari kesilapan yang dibuat. Cuma harga yang perlu dibayar tu mahal… iaitu nyawa.

      Tadi pun ada baca buku yang bagi contoh tentang coach yang buat keputusan yang silap… Harga yang perlu dibayar ialah kekalahan dalam perlawanan yang mereka sertai. Tapi coach tadi tu masih belajar sesuatu… :-)

  1. setiap owang pasti pernah gagal ..
    dengan kegagalan ,, kejayaan akan datang ..
    kesalahan tu benda yg pasti apabila kita belajar ..
    yg penting usaha ..
    hehehe ..
    cayok fahmi !!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge