Assalamualaikum, kebiasaannya bila kita pergi mana-mana mesti ada cerita seram mengenai tempat yang kita pergi tu. Selalunya dekat sekolah atau mana-mana pusat pengajian tinggi mesti ada punya cerita seram ni.
Cerita Seram di UniSZA
Setakat aku belajar di UniSZA sehingga hari ini tak banyak cerita seram yang aku dengar. Aku mula dengar tentang cerita seram di UniSZA pun pada hujung tahun 1 semester 2. Cerita seram itu pun aku dengar sekadar dengar sahaja.
Ya lah aku pun akui percaya dengan kewujudan entiti yang tidak boleh dilihat ini. Cuma mungkin cara aku ambil tahu tentang entiti yang tak nampak di mata ini lain dari orang lain.
Cerita Orang Sebelah
Cerita orang sebelah ni adalah antara cerita yang mula-mula aku dengar. Masa itu aku menumpang tidur di blok hostel lama UniSZA. Bangunan hostel lama ni susunan dia berlainan dengan bangunan hostel baru. Tandas ada dihujung blok dan di tengah-tengah itu ada bilik pelajar. Satu bilik menempatkan 2 pelajar.
Ceritanya lebih kurang macam ini. Ada pelajar yang tinggal seorang diri dalam bilik dan ada orang ketuk pintu biliknya. Kemudian dia pun tanya, “Siapa tu?” kemudian ada orang jawap, “orang sebelah”.
Apa yang orang tu kata dah betul dah. Dia memang orang sebelah. Cuma lagi yang sebelah tu adalah badan dia.
Aku Nampak Kau Dekat Hujung Blok
Cerita ini aku dengar budak diploma yang cerita sendiri. Kebetulan pula masa tu aku pergi ke blok yang dikatakan oleh budak diploma tu dengan kawan aku. Kata budak diploma tu dengan kawan aku tu “Tadi aku nampak kau dekat hujung blok”.
Versi cerita yang sama juga aku pernah dengar dari kawan aku yang lain. Lagi-lagi pelajar lama KUSZA mesti pernah dengar atau mereka pernah alami sendiri pengalaman seram yang aku ceritakan.
Nampak kawan sendiri di blok berkenaan tapi sebenarnya kawan kita tu ada dekat tempat lain.
Kena Kacau
Ada juga kes kawan-kawan aku yang duduk seorang diri buat kerja dan mereka kena kacau. Contohnya, dengar ada orang ketuk pintu dengan tingkat. Kejap ketuk dekat kemudian makin jauh kemudian dekat semula. Antara sebab kenapa kawan-kawan aku akan ajak kawan yang lain bila nak belajar.
Tak nak kena kacau dan tak nak merasa mengalaman kena kacau.
Secara peribadi, aku tak pernah mengalami sebarang pengalaman seram di UniSZA. Aku suka sangat duduk di UniSZA. Walaupun ada dari aspek tertentu UniSZA kekurangan tapi UniSZA juga ada kelebihan yang tak ada di universiti lain.
Related posts:
uh..tempat koleh dulu ada kot tapi dah lupa.tapi masa duduk rumah sewa dah berkali2 kena kacau adeh…
hehe… Suri boleh lupa pengalaman begini…
benda ini mmg wujud cuma kita jer yg tak nmpk pada amta kasar sndri..hanya org2 tertentu shja nampak huuuu
sma la..tak pernah pun alami kjadian2 spt itu di unisza..wlupun pnh duk sorg2 je dlm satu blok tu..n kalu blk blik lwat2 mlm pun alhamdulillah x de kjadian yg x diingini berlaku..unisza tetap di hati ku heheheh
cte kt blok sy
kt blok lma jgk tp yg kt bhg dpn..ada satu pokok dkat tpi jalan tu..mlm2 de bnda dkt2 pokok tu hehe
erm, tu la saya pun tak pernah alami juga. Orang tertentu saja dapat lihat benda2 begini…
Mahkluk halus ini hidup bersama dikalangan kita. Mungkin sebelum terbina KUSZA ini adalah tempat mereka jadi terpaksa berkongsi dengan manusia
akubiomed recently posted..Yang rajin komen di blog AkuBiomed bulan September
Mungkin juga mereka dah lama menetap kat area sebelum KUSZA wujud lagi…
so, ape kelebihan unisza berbanding universiti laen eh? cuba explain sbb bnyk sgt cerita buruk yang aku dgr pasal unisza bermula dengan sistem pentadbiran hape sume….
citer hantu aku tak berapa nak heran, sebab sume tempat leh ada hantu tersendiri kan kan kan…
Frantz recently posted..#Future – WishList 2012 Serta Kemalangan Ringkas
Erm, kelebihan tu aku rasa bergantung kepada individu yang menilai. Aku suka suasana dan persekitaran dekat UniSZa ni. Antara sebab lain ialah mungkin di UniSZA ni lah aku berjaya membuat banyak perubahan pada diri aku yang aku tak mampu nak buat masa aku belajar di universiti lain.
UniSZA K.G.B ni kecil saja, dan fakulti aku FRIT tu pun kecil juga, jadi kat sini aku banyak berinteraksi dengan kawan-kawan aku. Bagi aku tu satu kelebihan sebab aku boleh belajar berinteraksi dengan orang lain.
Tapi kadang-kadang disebabkan fakulti aku kecil, kadang-kadang tu terasa fakulti aku ni di anak tirikan dalam hal tertentu. Tapi itu just pandangan aku sajalah. Pandangan tu mungkin juga tak betul. Tapi aku rasalah pandangan aku tu tak adalah 100% salah.
Pasal cerita buruk UniSZA tu memang banyak yang betul pun. Aku sendiri pun bila melepak dengan kawan-kawan aku asyik mengkritik dan mengomen pasal kelemahan pentadbiran kat sini. Macam-macam kes yang membuatkan kita sebagai student sakit hati…
hehe..gi mana-mana pun ada kisah seramnya..
titan recently posted..Komisen pertama dari LelakiSubur.com
Betul tu, asalkan kita jaga tingkah laku kita. Dekat mana pun kita pergi insyaallah selamat…
menakutkan uh …
hehe… menarik juga dengar… tadi kadang-kadang bila duduk seorang diri dan tiba-tiba teringat… seram jadinya…
hoho ..
memang pun ..
kamu pernah t’kena ke ??
tak pernah terkena… cuma pernah dengar saja…
Leh tahan seram la kat asrama lama..kompleks ibnu sina. pernah gak kena. first time kena masa tido bila bangun terus lari pergi bilik kawan. 2nd time kena dah relaks..
Bila dah biasa, kita boleh buat tak tahu saja bila diganggu…
ade lg cite2 seram? bak kongsi link kalo ade
Erm, kalau cerita seram di UniSZA tak pasti pula ada lagi atau tidak. Cuba google kalau-kalau ada lagi.