Tekanan Air Rendah Punca Masalah Air di UniSZA?

Assalamualaikum. Agak lama aku tak update blog ini. Aku agak sibuk walaupun tak berapa sibuk. Alasan biasa… pengurusan masa yang tak berkesan dan kurang cekap serta waktu tidur yang tunggang terbalik.

Baru-baru ini aku dengar ada masalah air di UniSZA. Aku tak tahu cerita lengkapnya tapi yang pasti masalahnya berkaitan dengan bekalan air di UniSZA. Dengarnya, ada blok lama yang sudah 3 hari tak ada air.

Aku tak tahu pula masalah air kali ini teruk sampai begitu. Masalah air di blok lama itu mungkin ada betulnya. Ada satu surau berdekatan dengan studio fakulti aku tu aku perasan dah beberapa kali bila aku nak solat di sana mesti tak ada air. Tapi dekat blok fakulti aku tu ada saja air paip.

Kata kawan aku, masalah air di UniSZA disebabkan oleh tekanan air rendah. Ada logiknya, sebab dalam minggu lepas jalan yang ditutup dari lalu lintas. Mungkin mereka sedang menukar paip baru…

Krisis Air UniSZA dan MPP

Mencabar juga jadi badan wakil pelajarkan… Bayangkan sajalah asalkan ada masalah MPP adalah diantara mereka-mereka yang akan diserang. Macam-macam komen yang kritikan yang mereka akan terima. Kepada MPP diharapkan dapatlah bersabar melayan kerenah pelajar yang perbagai ragam. Tambah pula jikalau mereka sedang emosi.

MPP UniSZA bukannya tak buat kerja tapi ada perkara yang diluar bidang kuasa mereka. Bukan mereka tak nak tolong tapi mereka tak boleh nak tolong. Jadi apa yang mereka boleh lakukan hanyalah menyampaikan luahan rasa pelajar kepada pihak terbabit sahaja. Kalau mereka (badan terbabit) ambil tindakan adalah hasilnya. Kalau mereka buat dek… Sabar sajalah…

Pelajar UniSZA pun mesti tahukan macam mana keadaan UniSZA tu… icon smile Tekanan Air Rendah Punca Masalah Air di UniSZA?

Komen dan Kritik Biarlah Beretika

MPP UniSZA pun pelajar juga. Mereka ada tanggungjawap sebagai pelajar dan pada masa yang sama perlu memikul tanggungjawap untuk menjaga kebajikan pelajar. Macam biasalah, belajar itupun ada tekanannya (stress) yang tersendiri. Tambah lagi dengan tekanan yang pelajar beri apabila mereka ada masalah… Agak-agak kalau kita sendiri yang kena pikul tanggungjawap MPP tu, mampukah kita nak pikul semua tu?

Aku jarang baca komen-komen pelajar mengenai sesuatu masalah. Antara sebabnya ialah mereka sangat emosi dalam memberi komen mereka. Walaupun bukan semuanya emosi, tapi kebanyakannya macam itulah.

Sampaikan kadang-kadang mereka menggunakan perkataan yang kesat dan menyakitkan hati orang lain pula. Aku yang baca pun boleh rasa emosi mereka dari komen yang mereka berikan. Sebab ada benda yang dikomenkan itu aku sendiri pernah rasa dan lalui.

Walaupun mereka tengah marah dengan emosi yang tak berapa nak stabil, ada baiknya mereka memberi komen dengan baik. Janganlah guna perkataan yang kesat. Ingat orang lain yang ditujukan itu manusia juga. Manusia biasa yang ada perasaan… Jadi bila komen tu berpada-padalah.

erm, aci tak nak kata dekat mak aku gini… “Mak… Anak mak yang seorang ni nak nikah boleh…” icon smile Tekanan Air Rendah Punca Masalah Air di UniSZA?

Nak nikah tapi tak ada bakal pengantin perempuannya… icon razz Tekanan Air Rendah Punca Masalah Air di UniSZA?

Related posts:

  1. Masalah Yang Perlu Diselesaikan
  2. Kesimpulan Minggu Mesra Siswa 2011/2012 UniSZA
  3. Tekanan a.k.a Stress
  4. Cerita Seram di UniSZA?
  5. Krisis Air UniSZA…

0 thoughts on “Tekanan Air Rendah Punca Masalah Air di UniSZA?

  1. sejak tak ada air ,,
    mandi pom dop basah ,,
    mkn pom dop kenyang ,,
    tidor pom dop lena …
    ngee ~~
    dugaan …
    memang mpp dop patut d serang … sbb bkn salah mereka ..
    mereka pom dah cuba yg terbaip tuk jaga kebajikan pelajar >_<

    • Setuju, kadang-kadang benda nampak mudah untuk diselesaikan ikut logik akal tapi bila dah berlaku depan mata ia tak semudah yang disangka. Apa-apa pun kita perlu tenang dalam membuat keputusan… :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge