Assalamualaikum, satu lagi entri pendek untuk kali ini… Tips mudah untuk mula bekerja atau belajar. Nak aplikasikan pun mudah sangat-sangat.
1. Sediakan persekitaran yang sesuai
Kalau nak bekerja atau belajar pastikan persekitaran bersesuaian dengan pekerjaan yang hendak dibuat. Kalau boleh biar selesa tapi jangan sampai terlampau selesa…
2. Sediakan peralatan yang akan digunakan
Pastikan semua peralatan yang akan digunakan disediakan terlebih dahulu. Pastikan juga semua peralatan tersebut mudah dicapai. Kenapa perlu dekat dengan kita? Supaya fokus kita tidak terganggulah…
3. Jauhkan segala gangguan
Jauhkan semua gangguan yang boleh menyebabkan kita hilang fokus. Contoh? Tutup web browser, tutup telefon bimbit dan lain-lain yang boleh dikategorikan sebagai gangguan.
4. Mula buat kerja atau belajar
Okey, semua dah siap disediakan. Apa lagi mulalah buat kerja dan belajar.
Antara perkara yang susah sebenarnya ialah untuk memulakan sesuatu pekerjaan atau mula untuk belajar. Selepas kita mula, insyaallah selepas itu urusan kita akan menjadi lebih mudah kerana kita sudah mendapat MOMENTUM untuk mula bekerja dan belajar.
Tips dekat situ ialah TAKE ACTION…
Related posts:
Kalau bagus syarikat yang hendak bekerja mempunyai ISO dan amalan 5S sebab dari mula sudah dididik. Kalau belajar dari senior adalah ilmu yang baik dan ada juga ilmu songsang

akubiomed recently posted..Solo outing dengan kamera DSLR di Sg Ramal Dalam
hehe… memang kalau belajar dari orang lain ada baik dan buruknya… Perangai orang pun lain-lainkan…
Macam mana nak tahu syarikat yang kita nak kerja tu ada iso dengan amalan 5s?
betul. betul tu semua.

titan recently posted..Lee Chong Wei juga Kacak.
Tinggal buat saja lagikan…