Domain Datang dan Domain Pergi

Assalamualaikum. Sekarang ini aku dalam minggu cuti pertengahan semester dan kerja aku berjalan dengan perlahan sekali. Tak lama lagi 2 domain milik aku akan expired. Memandangkan aku tak membangunkan domain tersebut dengan baik, domain tersebut akan aku lepaskan.

Kalau ada orang nak beli boleh jual. Kalau tak ada orang nak beli biarkan ia expired begitu sahaja…

Tak laratlah aku nak terus bayar harga renew domain untuk domain yang tak aku gunakan. Contohnya, domain pertama aku unactive.com sekarang ni aku gunakan sebagai domain eksperimen untuk buat autoblog article directory.

Memandangkan aku tak buat promosi ataupun proses seo unuk domain tersebut, trafik ke article directory itu boleh dikatakan tiada.

Mungkin dah tiba masanya aku ucapkan selamat tinggal kepada domain dot com pertama milik aku itu.

Domain kedua yang akan aku lepaskan ialah sharedtvshow.com. Asalnya blog itu adalah video blog untuk tengok siri drama enggeris secara online. Tapi aku tak berapa rajin nak promosikan blog tersebut dan nak kemas kini blog itu pun agak melecehkan bagi aku.

Sekarang ini pun trafiknya masih konsisten 100++ sahaja dan theme blog itu perlu diperbaiki semula memandangkan ia tidak lagi memaparkan embed video seperti yang sepatutnya.

Sehingga tahun lepas, aku masih renew domain itu kerana aku boleh gunakan ia untuk mengumpul point bagi mendapatkan akaun premium megaupload. Tapi memandangkan ia sudah tidak lagi berkesan bagi aku untuk mendapatkan premium akaun megaupload, mungkin ada baiknya aku melepaskan domain tersebut.

Bersama dengan domain tersebut, aku kuburkan juga hosting yang juga tak aku optimakan penggunaannya. Serius, aku tak mampu nak bayar harga dua hosting pada masa yang sama.

Satu rm 60 yang kira OK perkhidmatannya yang mana kalau ada rezeki lebih pasti aku akan berhenti melanggannya.

Satu lagi hosting luar negara yang aku beli ketika ada promosi. Harga masa promosi rm80. Tapi lepas renew nanti harga dia rm180 kalau aku tak silap ingatlah. Hosting inilah yang akan aku kuburkan.

Selepas ini kiranya aku masih memiliki 2 domain dan satu hosting. Satu domain akulearn.com dan satu lagi domain untuk buffer blog. Buffer blog itu pula perlu dibangunkan semula.

Buffer Blog a.k.a Blog Penampan

Hobi ini aku buat sejak dari tahun 2008 lagi. Pada masa itu aku gunakan blog penampan tadi untuk mengenakan para pengunjung. Aku buat sebiji macam blog lucah yang betul tanpa tak ada letak gambarlah.

Cuma aku tulis tajuk panas-panas dan link ke mediafire yang mana file dekat dalamnya aku letak gambar ngeri seperti gambar kemalangan seram.

Tapi aku tak buat macam itu lagi. Dummy content yang asal aku dah padamkan semuanya sekali.

“Aku masih memikirkan tentang buffer blog tersebut. Matlamat tidak menghalalkan cara.”

Adakah cara yang aku gunakan itu betul? Sesuai ke aku buat begitu? Boleh tahan rumitnya. Alahai domain, kau datang dan kau pergi…

Related posts:

  1. Datang dan Pergi Sebuah Kehidupan….
  2. Duit Datang dan Pergi….
  3. Selamat Datang ke Blog Ini…

0 thoughts on “Domain Datang dan Domain Pergi

  1. hoho..biasalah tu..aku tahun nih aje..dah lebih 5 domain aku terpaksa let go. Bukan tak sayang..tapi sebab blog tu tak perform..hasil kurang..aku pula takde masa..jadi..nak tak nak..aku kena jaga apa yang ada dan apa yang mendatangkan profit.. kalau tak..aku rugi lebih dari apa yang aku untung. hoho..
    titan recently posted..Nak makan ApamPolkadot. Nakk..My Profile

    • Adat untuk orang yang ada domain agaknya. Beli, majukan domain, sekiranya domain tak profit, let go… :-)

      Bagi kes aku, beli domain, peram… hehe… kena berfikir jauh ke depan sikit apabila beli domain lepas ini.

  2. Sudah macam CEO syarikat sahaja banyak anak syarikat. Apabila prestasi anak syarikat tidak memberansangkan akan difikirkan samada menjualkannya atau menutupnya. Nasib baik tidak ada pekerja yang perlu VSS yer bro. :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge