Assalamualaikum. Aku pernah menulis pendapat aku tentang kehidupan di universiti beberapa kali. Antara pendapat aku yang pertama telah pun aku coretkan dalam entri Seniority. Selepas itu pula aku tulis tentang Sesi Pelajar Baru dan Pelajar Lama.
Pada hari ini, pendapat aku tentang isu seniority sudah sedikit berubah. Dulu aku fikirkan universiti sebagai sebuah tempat yang bersifat individual semata-mata. Pendapat aku mengenai isu tersebut juga agak rigid.
Konflik Antara Pelajar Baru dan Pelajar Lama
Konflik di antara pelajar baru dan pelajar lama boleh berlaku apabila berlakunya salah faham diantara mereka. Pelajar senior melakukan sesuatu perkara dengan matlamat yang baik. Tetapi apabila cara yang digunakan tidak sesuai ia menimbulkan perasaan tidak puas hati pelajar junior pula.
Senior pula tersepit sama ada mahu menurut kehendak pelajar senior atau pun tidak. Akibat perasaan tidak puas hati terhadap pelajar senior, ditambah pula dengan hilangkan rasa hormat kepada pelajar senior, mengeruhkan lagi keadaan.
Senior mahupun junior, mereka saling memerlukan. Kegagalan senior dan junior untuk bersatu menyukarkan perancangan sesuatu aktiviti.
Universiti Bukan Sekadar untuk Belajar Akademik Sahaja
Aku tersilap apabila mengatakan senior tak boleh memberikan aku “A” dalam pelajaran. Tetapi senior boleh menyumbang untuk membantu aku mendapatkan “A” ataupun kecemerlangan yang aku idamkan itu.
Di universiti kita bukan hendak cemerlang dalam bidang akademik sahaja. Di universiti juga kita belajar untuk hidup. Belajar bagaimana hendak terus bertahan mengekalkan survival kita.
Alangkah ruginya apabila seseorang itu masuk ke universiti dengan matlamatnya sekadar hanya ingin cemerlang dalam pelajaran semata-mata. Alangkah ruginya mereka kerana melepaskan banyak peluang untuk mempelajari banyak benda baru yang boleh kita pelajari.
Kehidupan di universiti memang menyeronokkan. Di sini kita berpeluang untuk belajar banyak perkara baru yang boleh digunakan dalam kehidupan harian kita. Oleh itu, gunakanlah sebaiknya masa kita di universiti.
Peace no War
Related posts:
Pergeseran antara Senior dan Junior juga berlaku di peringkat sekolah. Ada kala tindakan mengajar oleh Senior kepada Junior tidak bertepatan boleh mengundang pergolakan antara mereka.
Kalau di peringkat universiti kalau yang aktif didalam persatuan pelajar sudah mula berjinak-jinak dunia politik diperingkat universiti dan sudah mula menonjolkan ciri-ciri kepimpinan.
akubiomed recently posted..Wordless Wednesday #19 – Nampak saya????
Banyak benda boleh belajar di universiti. Cuma nak atau tidak saja lagi. Saya setakat hari ini baru beberapa kali terlibat dengan aktiviti yang mana saya menjadi ajk. Banyak juga belajar benda baru dari penglibatan tersebut.
masa ni kita tahu minat kita menjurus ke mana yer tak hee…
betul tu, tapi kalau minat tu banyak sangat pun susah juga…
masa aku jadi senior..memang aku buli diorang dulu kalau diorang nak nota aku. haha..menang kejam gak la masa jadi senior dulu. hoho..
titan recently posted..Trafik itu kacak.
Setakat inilah, aku tak pernah lagi buli sesiapa. Aku tak mahu dapat ‘doa’ percuma dari orang yang kena buli tu.
Cabaran bergaul antara junior dan senior mengajar kita menyesuaikan diri dengan persekitaran dan masyarakat. Terlalu menumpukan kepada akademik menjadikan kita lemah dari segi interaksi dengan orang lain dan menyukarkan kita menangani isu-isu berkaitan manusia. Soft skills seperti ini banyak gunanya di alam kerja kelak bila kita sedikit demi sedikit menggalas tanggungjawab sebagai ketua kumpulan, jabatan atau organisasi… paling penting perlu diingat “human capital” adalah aset paling berharga…
P/S Ayat last tu …”gunakanlah sebaiknya masa kita di universiti.” kan?
adamfaiz recently posted..Apple Miliki 7 Domain Porno!
Yup, dekat hujung tu memang ‘gunakanlah sebaiknya masa kita di universiti’. Salah taip masa jadi mata. Terima kasih tegur.
Bab bergaul dengan orang adalah benda yang saya perlu belajar lagi. Saya tak berapa pandai nak bergaul dengan orang. Bila bekerja kita akan bekerja secara berkumpulan, sebagai satu pasukan. Walau macam mana hebat pun seseorang itu dia masih memerlukan sokongan dari orang lain.
Andai dia membuka syarikat, masih perlu berurusan dengan pekerja. Dia memerlukan sokongan orang lain bagi memastikan syarikatnya dapat diuruskan dengan baik….
suka belajar tapi bab junior dan senior sllu kami tolak tepi apa yg penting kejar ilmu hee…
Bergantung juga pada keadaan. Apabila sesuatu aktiviti itu memerlukan kerjasama antara senior dan junior, tetapi kedua-dua pihak tak ngam dan tak boleh bergaul dengan baik, ia sedikit sebanyak mengganggu kelancaran aktiviti.
salam..
sihat ke lma dia ker nyorok balik teady bear hee…
tak suka senior yg berlagak rasa tgok hangin jer heee..