Menulis Amat Menyeronokkan

Salam, kebelakangan ini aku asyik mencari bahan bacaan yang berkaitan dengan penulisan. Habis segala keyword yang terlintas difikiran aku  gunakan untuk membuat carian di search engine. Sampaikan close group fb dari negara seberang pun aku minta masuk sekali. Tapi aku dah keluar dari group tersebut.

Buat masa ini aku tak membeli apa-apa bahan bacaan tambahan memandangkan keadaan kewangan aku yang tidak mengizinkan aku berbuat demikian. Jadi terpaksalah aku bersabar sedikit. Sabar itu juga sesuatu yang indah lagi menyeronokkan.

Semoga hendak-Nya aku dapat mengekalkan perasaan seronok untuk menulis sesuatu yang memberi faedah kepada orang lain. Medium yang akan aku gunakan ialah blog. Blognya sudah ada. Tinggal lagi aku perlu menghidupkan semula blog yang bagaikan hidup segan mati tak mahu itu sahaja lagi.

Target yang nak aku capai dalam blog itu nanti sudah ada dalam kepala. Aku perlu tulis dalam buku blogging aku saja lagi. Kemudian susun strategi yang bersesuaian untuk mempromosikan blog tersebut.

Membaca Blog Penulis Lain

Aku ada terjumpa dengan beberapa blog yang gaya penulisannya aku gemar. Senang sahaja baca blog mereka. Gaya bahasa pun mudah dan tidak berbelit. Sedikit sebanyak blog tersebut boleh aku jadikan rujukan apabila perlu.

Satu dari kata semangat yang aku jumpa ketika blogwalking ke blog mereka ialah. “Jangan mencari kesempurnaan. Kerana kesempurnaan itu terletak pada mula.” Tak tak ingat sepenuhnya macam mana ayatnya. Tapi point utamanya ialah “mula”. Boleh disamakan dengan “ambil tindakan”.

Berlatih dan Terus Berlatih

Nak jadi penulis yang baik? Terus menulis dan terus menulis. Nak jadi pelukis yang baik? Menulis dan terus melukis. Nak jadi designer yang baik? Design dan terus design. Pendek kata nak menjadi baik dalam sesuatu itu kita perlu berlatih dan berlatih.

Aku mahu menjadi seorang penulis yang baik. Dapat menulis bahan yang berfaedah dan harapan aku agar mereka yang membaca mendapat input dari apa yang ditulis.

No related posts.

0 thoughts on “Menulis Amat Menyeronokkan

  1. Betul tu, menulis sangat menyeronokkan. :) Bekas pensyarah saya (Dr.Lim Swee Tin) ada cakap ” Saya boleh ajar bagaimana cara untuk menulis, tapi saya tak boleh ajar kamu bagaimana untuk menjadi orang yang suka menulis. Itu kemahuan diri”

  2. aku ske baca blog2 lowprofile..jenis yang takde iklan2 promosi..yang jenis tulis guna ayat power2..kadang2 blog2 yg femes bukannya bagus pon penulisan diorg..tulis macam haram..

  3. ada blog bt hati nak menulis jer tapi kata org biar ilmu manfaat org suka nak baca..klu ilmu gosip2 mmg tak dtgkan bagus tapi dpt dosa ada juga huhu…

    slmt berblogging yer :)

  4. menulis klu ada minat mmg serba menjadi,tpi klu nk menulis gak tak der minat nak paksa diri bagai mmg susah..

    menulis bukan cakp2 kosng jer tapi pelu ada isi yg berguna,.brulah setiap hasil tulisan yg kita tulis mendatangkan manfaat pda diri dan org lain gak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge