Assalamualaikum, aku rasa untuk beberapa ketika ini aku akan menulis entri yang pendek-pendek belaka. Cukup sekadar meluahkan apa yang aku rasa dan apa yang aku fikirkan.
Cuti Pertengahan Semester Tak Lama Lagi
Tak lama lagi cuti pertengahan semester akan bermula. Lebih tepat lagi menjelang hari Khamis 3 November 2011 nanti UniSZA bakal lengang seperti mana hari-hari cuti yang lain. Tambah pula pelajar diploma juga sedang bercuti.
Persediaan Aku Untuk Bercuti?
Persediaan aku untuk cuti semester mudah sahaja. Sediakan diri untuk melihat UniSZA jadi lengang yang mana aku sangat suka keadaannya. Pada Ketika itu UniSZA sangat tenang dan sunyi suasananya. Tiada bunyi bising keterlaluan.
Sediakan stok makanan ringan ataupun rajinkan diri untuk berjalan sedikit jauh untuk makan memandangkan kafe di UniSZA mungkin akan tutup sepenuhnya. Ataupun ada satu atau dua gerai yang dibuka tapi tutup sekitar jam 8 malam.
Soalan cepu emas. “Fahmi kenapa tak balik cuti kat kampung?” Aku jawap. “Tak berapa rajin nak balik.” :-)
Ya Allah Kau murahkanlah rezeki ku. Kau perlihatkanlah kepada ku jalan dan ruang untuk aku mendapatkan rezeki ku dengan cara yang halal lagi diberkati oleh Mu…
Related posts:
Tak balik kampung. Tak takut duduk sorang-sorang?

akubiomed recently posted..Solo outing dengan kamera DSLR di Sg Ramal Dalam
Tak ada benda yang nak ditakutkan… semua pun makhluk Allah juga…
dah nak cuti. tidur la puas-puass ye. hehe..
tidur sambil buat kerja… bersusun kerja yang tunggu giliran untuk dibuat tu…