Saya Nak Samsung Galaxy S II Sebab…

Assalamualaikum. Semalam, semasa BW a.k.a blog walking aku terperasan yang ada satu giveaway yang macam best anjuran beta.my. Tapi tak tahulah boleh percaya ataupun tidak. Aku skeptikal sikit dengan benda-benda begini.

Boleh percaya ke senang-senang saja mereka nak bagi Samsung Galaxy SII dekat orang. Lagi-lagi pula orang yang tak mereka tak kenali? Kau orang sanggup ke nak bagi hadiah harga ribu-ribu dekat orang yang tak dikenali.

Hadiah Untuk Kroni?

Aku rasalah mereka dah set pun siapa yang akan menang hadiah tu. Macam biasalah mungkin hadiah untuk kroni. Alah macam orang politik yang jahat tulah. Nanti  akhirnya hadiah tu dia orang bagi dekat member-member juga.

Agaknya sesama kawan-kawan dia orang berborak begini…

“Aloha geng, aku nak buat giveaway. Hadiah dia aku ingat nak bagi Samsung Galaxy SII. Kau orang masuklah, nanti aku pilihlah kau orang jadi pemenang. Kitakan kawan…”

Lepas tu kalau ada kawan-kawan tanya pula apa pasal kau buat giveaway ni? Kau buang tabiat ke? Kau tersalah makan ke semalam?

Nanti boleh jawap…

“Aku saja pancing backlink dengan Samsung Galaxy SII tu. Aku yakin dengan sepenuh jiwa dan raga aku… Mesti beratus-ratus, silap-silap beribu-ribu… eh tak-tak… Aku rasa berjuta-juta orang akan join giveaway ni… Backlink tu… backlink…”

Aku tak tahulah betul ataupun tidak. Aku rasa-rasa saja benda ni. Kalau nak tahu lebih lanjut kau orang patut cuba masuk sendiri. Kalau kau orang menang maknanya aku tak betul dan mereka yang anjurkan giveaway yang macam best ni tak salah.

Kalau nak cuba masuk pergi sini: Giveaway ni tak tahulah boleh percaya ke tak… Kalau kau orang nak masuk juga… Masuklah… Aku tak jamin…

Pancing Lebih…

Macam yang aku kata dekat atas tadi… Aku masih rasa penganjur ni pancing saja lebih. Ini mesti dia nak backlink dari blog aku ni. Ini semua teknik nak dapat backlink. Ingat aku tak tahu ke dia nak link juice dari blog aku saja.

Sekarang ni blog aku PR1 PR2 (aku baru semak semalam), kalau ada blogger besar lain join boleh dapat PR yang lagi tinggi. Nak PR berapa? PR3, PR4, PR5 cakap saja…

Tengoklah… Dalam kod yang kena letak kat dalam entri kalau nak join giveaway tu… Nak link dofollow saja… Link yang nofollow tak nak pula… tak mainlah link nofollow…

<a href="http://mynewshub.my/" rel="dofollow" target="_blank"><img title="nak-galaxy-s-2" src="http://beta.my/wp-content/uploads/2011/10/nak-galaxy-s-2.jpg" alt="" width="620" height="335" /></a><p style="text-align: center;">Contest ini dianjurkan oleh <a href="http://beta.my/" target="_blank">Beta.my</a> &amp; ditaja oleh <a href="http://mynewshub.my/" target="_blank">Mynewshub</a>

Lepas letak kod tu nanti dia jadilah macam gambar kat bawah. Tengok tu… Entah apa-apa… Bagi gambar besar-besar… sampai aku kena kecilkan… Width untuk gambar dekat dalam blog ini maksimum 500 pixel sajalah. Lantaklah, biar aku edit width dia… Kalau buruk padan muka dia orang… muahahahaha….
nak galaxy s 2 Saya Nak Samsung Galaxy S II Sebab...

Contest ini dianjurkan oleh Beta.my & ditaja oleh Mynewshub

Peluang Menang Tipis

Satu lagi, aku rasa peluang nak menang samsung galaxy tu tipis lah sangat. Aku rasa mesti ramai yang akan masuk giveaway ni. Jadi kalau penganjur bagi hadiah tu dekat member-member dia orang pun orang tak boleh nak pertikaikan.

Asalkan nanti ada pemenang sudah. Lepas tu nanti dia orang buat pengumuman dan akan letakkan link blog yang menang tu untuk orang lain tengok. Kalau orang tanya sebab apa menang pun apa nak risau, alasan tu kita boleh karang.

Bukan orang lain pun yang buat… Nak pukul? Nak pecahkan cermin kereta? Atau pun nak spam ke beribu-ribu blog guna domain beta.my kasi google sandbox domain beta.my?

Kalau penganjur dah kata Mamat A pemenang… Peserta lain nak terima atau tidak terpulanglah… Lagi pun terma dan syarat… sah-sah penganjur boleh tukar bila-bila masa…

Aku buat andaian yang penganjur memang dah set siapa pemenang hadiah giveaway tu. Belum kira lagi kalau aku analisa entri pengumunan giveaway tu lagi.

giveaway samsung galaxy s2 Saya Nak Samsung Galaxy S II Sebab...

beta.my samsung galaxy s2 giveaway

Aku tengok setakat pukul 8.35 pagi (29 Oktober 2011) masa aku tengah mengarang entri ini sahaja dah ada 155 fb like, 53 tweet, 1g+ dan 38 komen untuk entri giveaway tu.

Itu baru analisa sikit. Kalau 155 orang like dan purata setiap orang ada 100 orang kawan… Maknanya ada

155 x 100 = 15500 orang

Yang mungkin dah tertengok link pasal give away ini 15500 orang. Andai katalah 5% sahaja yang betul-betul baca dan berminat nak join giveaway ini… Maknanya…

0.05 x 15500 = 775 orang

Sekarang kebarangkalian untuk aku menang dah jadi semakin kecil. Tu tak kira lagi kalau orang yang baca pasal giveaway ni bagitahu pula dekat kawan mereka macam yang aku buat. Apa pasallah aku bagitahu dekat member aku si Ari tu agaknya… Buat menambah persaingan saja.

Tu pun tak kira lagi budak yang nak spm macam si FD Aizan Fahri (dia dah tukar nama panggilan) tu pun nak join… Padahal spm dah dekat dah tu… Aku tengok si Aizan ni pun boleh tahan juga hasil penulisan dia. Tengok? Bertambah lagi pesaing… Habis bila nak menang?

Percaya atau tidak…

Saya Aku Nak Samsung Galaxy S II Sebab?

1. Tengah Budget-budget…

Kenapa aku nak Samsung Galaxy SII ni? Sebab aku tengah budget-budget sekarang ni… Kalau tengok duit PTPTN aku dalam bank Islam tu tinggal berapa ratus saja…

Aku kat UniSZA ni lama lagi… duit dah nak kering… Tu tak kira lagi duit nak kena guna untuk bayar bill broadband, topup… Model untuk projek rice cooker aku tu pun nanti tolak dari duit PTPTN juga…

Pakai telefon pula asyik rosak saja… Akhir sekali aku pakai saja telefon murah… Sampaikan hajat aku nak buat live blogging entah berapa tahun dah bertangguh… Entah bilalah nak tercapai hajat aku nak buat live blogging. Handphone nokia warna biru aku tu… bukan boleh buat live blogging pun setakat boleh panggilan dengan sms… ada radio pun aku tak guna fungsi radio tu…

Memandangkan aku tengah budget-budget… Kalau aku dapat samsung galaxy s2 tu mungkin boleh dah buat live blogging… Dengan kata lain giveaway ini mungkin membantu aku untuk bergerak setapak lagi ke depan dalam arena blogging… WOW!

2. Android macam best…

Ni pun aku nak salahkan kawan aku si Ari tu juga. Dah dia yang mula tunjuk android dia dekat aku… Pernah sekali dia tunjuk aplikasi yang boleh tunjuk arah kiblat dekat aku… Serius… senang nak cari kiblat… tak payah nak guna batang kayu dah…

Pakai handphone pun dah boleh tengok arah kiblat sekarang ni… Aku pernah baca dan dengar pasal android tapi aku buat tak kisah. Sebaik saja kawan aku tunjuk apa android boleh buat depan mata aku sendiri, secara tiba-tiba perasaan nak pakai android meluap-luap.

Minggu lepas aku boleh pula bantai buang bandwidth 100mb lebih download satu software BlueStacks apa tah yang boleh main game android kat laptop… Tapi apakan daya… hampa… main game android kat laptop mana sama dengan main game android kat android sendiri… Feeling dia tak sama…

Dekat laptop aku tak boleh nak main touch screen touch screen ni… Kalau aku dapat samsung galaxy ni bolehlah aku merasa pakai handphone android yang ada touch screen… Boleh main tarik-tarik dengan seret-seret tangan dekat touch screen samsung galaxy sII tu…

3. Aku Sangat Terdesak Sangat…

Aku sangat terdesak nak pakai android sebenarnya… kalau dapat samsung galaxy s2 yang percuma pula… tak ke best? Siapa tak nak kan… benda percuma ni memang best… kan… kan… kan…?

Aku terdesak sangat ke? Alah kalau setakat kumpul idea penuh satu muka A4 tak kira terdesak lagi… Siap main pen color-color lagi… Aku rasa tu biasalahkan? Semua orang pun ada buku blogging dan tulis idea penuh satu mukakan?

4. Hantaran Nikah…

Sebenarnya semua alasan kat atas tu aku tipu… Sebenarnya aku cadang nak buat Samsung Galaxy tu jadi hantaran nikah. Samsung Galaxy SII disertakan dengan dinar emas yang nilainya sentiasa meningkat… Tak ke best gitu? Rasa macam sweet kan buat gitu…

Tak, tak, aku tipu sekali lagi. Macam mana aku nak jadikan samsung sII sebagai hantaran nikah kalau calonnya pun aku tak ada lagi? Sementara dapat jumpa calon yang sesuai, aku pakai dululah handphone tu. Andai kata tiba masanya dan samsung galaxy sII itu masih gagal dan si Dia sudi nak pakai, bolehlah dipertimbangkan…
icon smile Saya Nak Samsung Galaxy S II Sebab...

Semoga tak ada pihak yang kecil hati…

Sebenarnya giveaway memang salah satu teknik yang berkesan untuk dapatkan backlink dan entri yang aku tulis ini pun boleh dikatakan salah satu teknik juga. Tapi tak tahulah menjadi atau tidak. Buat post yang kondem orang (kontroversi)… Moga-moga tak jadi kontroversi nanti… icon smile Saya Nak Samsung Galaxy S II Sebab...

Terima kasih Beta.My kerana kasi peluang untuk aku memenangi Samsung Galaxy SII dan kasi aku peluang untuk cuba menulis dengan gaya yang sedikit lain dari kebiasaan.

Fahmi Raazali
Last edit on: 9 November 2011.

Related posts:

  1. Membahasakan Diri… Saya Atau Aku?

0 thoughts on “Saya Nak Samsung Galaxy S II Sebab…

  1. serius post ini sangat kontroversi dan jangan risau..hadiah tu ada dan bukan untuk kroni..entry kreatif syarat utama..kalau obviously tak kreatif mana mungkin berpeluang menang :)

  2. I just don’t want to show off with my prematured creativity….. asal bro faiz ni extend mse eh? nak SPM ni weh… T____T

    creativity aku terungkai, bila aku menang… kalau tak menang, tak pe lah.. ia tidak berada di dalam Dylandy.net, tapi diletakkan di tempat laen sebab bagi mengelakkan kreativiti dicuri…. tempat di mana search engine di tahan daripada melakukan penyiasatan~ woah!

    • Tak tahulah kenapa dia lanjutkan masa. Tunggu sajalah…

      Wah! Letak kat tempat lain yang search engine tak boleh masuk… Tak apa… kita tunggu saja keputusan pemenangnya macam mana nanti.

      Good luck for your SPM… :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge