Assalamualaikum. Mula-mula sekali, jangan terperdaya dengan tajuk entri yang berbahasa Inggeris yang aku gunakan. Tajuk “Studio Life” itu aku rasa sangatlah sesuai untuk aku gunakan untuk entri kali ini.
Sekarang ini, masa lapang aku banyak dihabiskan di studio. Waktu kuliah dalam studio. Waktu petang dalam studio. Waktu malam pun dalam studio. Hampir setiap waktu dalam studio. Duduk di studio sampai lewat pagi, sehinggakan ada pengawal keselamatan yang menjenguk dan menyuruh balik ke hostel.
Sampai satu tahap, aku berada di studio hanya untuk membaca buku sahaja.
Studiolah tempat aku belajar, studiolah tempat aku makan dan studiolah tempat aku tidur. Cuma lagi aku tidur beralaskan meja sahajalah. Belum cukup gila lagi untuk sampai membawa “sleeping beg” untuk tidur di studio…
Kepentingan Studio Kepada Pelajar Rekabentuk Industri
Studio sangatlah penting kepada pelajar jurusan rekabentuk perindustrian. Alasan mudah? Kami memerlukan meja dan ruang studio yang besar untuk membuat kerja. Kami perlukan meja yang besar untuk meletakkan peralatan lukisan kami. Ruang studio yang besar pula diperlukan supaya kami boleh berparti dalam studio…
Tentang berparti itu aku tipu. Tapi ruang studio yang besar memang perlu kerana peralatan lukisan kami banyak. Tambah peralatan lukisan untuk pelajar satu kelas, tambah dengan laptop untuk satu kelas, dan tambah lagi barang-barang lain yang dibawa ke studio seperti extension plug, mock-up lama, dan sangkar hamster. Sangkar hamster?
Kebiasaannya menjelang minggu masuk ke bengkel, para pelajar akan sibuk menyiapkan Mock-up mengikut reka bentuk produk mereka.
Pada ketika itu, studio akan penuh pula dengan polystyrene foam. Itu belum kira lagi apabila kami menyalahgunakan studio sebagai bengkel untuk membuat mock-up mahupun untuk menyiapkan model, yang mana menyebabkan barang-barang lain turut dibawa dan diseludup masuk ke studio.
Mock-up?
mock-up digunakan untuk melihat rupa bentuk sebenar yang bakal dibuat. Mock-up yang baik adalah sehampir mungkin dengan produk sebenar. Ia memudahkan pelajar melihat rupa bentuk produk yang direka sebelum mereka mula membuat model produk mereka.
Mock-up dibuat sebelum pembuatan model. Pada satu aspek ia lebih menjimatkan berbanding membuat model. Sebarang ketidaksesuaian pada reka bentuk produk ataupun fungsi, boleh dilihat lebih awal apabila mock-up yang baik dibuat. Jika perlu reka bentuk produk boleh diubahsuai mengikut kesesuaian.
Mock-up boleh dibuat menggunakan apa-apa bahan pun. Ia boleh dibuat menggunakan kotak, polystyrene, straw, dawai, batang aiskrim, mahu pun botol plastik. Pandai-pandailah gabungkan bahan yang digunakan asalkan dapat mencapai matlamat menunjukkan rupa dan fungsi sehampir mungkin dengan produk sebenar.
Erm, nak tangkap gambar mock-up yang aku buat dan masukkan dalam blog ini. Tapi apakan daya, kamera aku tiada bateri. Makanya, terhasillah sebuah lagi entri tanpa gambar…
Related posts:
Seronok bina binaan macam kembali ke zaman kanak-kanak membina istana dengan pasir.
akubiomed recently posted..Skodeng kapal selam di Pantai Klebang
Buat mock-up boleh jadi seronok atau pun menjadikan kita lebih tertekan… Tapi bila berjaya hasilkan mock-up seperti apa yang kita mahu, di situ kita mendapat satu kepuasan…
Masa nak reka binaan tu mesti tertekan sikit kan, tapi bila tengok hasilnya macam yang diharapkan pasti rasa gembira.
Masa mula-mula memang agak tekanan, sebaik sahaja buat persembahan akhir nanti, baru hati lega. Tapi nanti risau pasal keputusannya pula… hehe…
tangkap je gambar. aku nak tengok gak mock-up ko tu..mana tau..ada yang berminat nak beli. hehe..
titan recently posted..Komisen ke 5 dari Bidvertiser
Aku nak tangkap gambar, tapi kamera tak ada bateri… hehehe…
hi…sy dl pn amik industrial design gak tp smpi awal sem 2
tukar g politeknik…
seronok tgk senior2 wat design
kdg2 pnh studio 2 tetibe blackout….trpkse la blik hostel
en hisham de lg x?
erm, saya tak kenal en Hisyam lagi. Kalau tak silap saya, dia masih lagi dengan UniSZA. Tak pasti dia dah habis sambung belajar ke belum.